Skip to main content

LEGOLAND MALAYSIA

Alang-alang baru balik bercuti,  semangat bercuti masih bersisa kan walaupun masih dalam keletihan. so entry Julai 2013 saya mulakan dengan  percutian ke Selatan Tanah air LEGOLAND MALAYSIA.




Actually since legoland Malaysia keluar iklan dekat tv anak sulung saya (abam) asyik dok ajak pergi sana. Masa tu tk terlintas pun dapat bawa anak-anak pergi sana, maklumlah tiket untuk dewasa dah rm140.00 perhead, 2 orang dah rm280.00, untuk kanak-kanak rm110.00, si adik tak kena charge.
memang patut tak kena charge boleh bilang dengan jari permainan yang adik boleh main.

Tetapi rezeki Allah maha kaya, Bonus saya dengan Shaklee pada bulan May 2013 tanpa disangka 4 angka, maka berangan-angan nak ke legoland, mungkin orang yang mampu tak kesah kan..tapi saya yang kurang mampu memang syukur pada Allah S.W.T. 

Memandangkan dah nak masuk ramadhan so saya pilih last week before ramadhan 6-7/07/13, so misi mencari hotel, sehari juga lah..mengadap en. google mencari hotel mestilah nak lokasi yang terdekat dengan legoland pada awalnya, tetapi hotel macam tak best kan...nanti si abam mesti komplain,  so tanyer pendapat kawan-kawan, diorang cadangkan !!!!!Tune Hotel..oppsss saya pangkah lah...kena cari hotel lain, cari punya cari finally 11@Century Hotel menjadi pilihan lokasi Johor Baharu drive 30-45minit dari legoland,so okelah..mulanya nak cari hotel yang view Singapore tetapi disebabkan beberapa faktor so kitaorang cancell.


Bertolak jam 8pagi(Sabtu) dari Bahau, kitaorang ikut jalan dalam..konon nak keluar Tangkak...last sekali keluar ikut lain..hahhahaah disebabkan kitaorang berenti makan, mandikan anak-anak,so dalam 5 jam baru sampai LEGOLAND  dalam jam 1pm.

Apa lagi si abam tersangat lah excitednya..nak snap photo pun dah tak nak..!!!! nampak sangat abam tersuka sangat..adik rileks jer... misi meronda, jalan-jalan sekitar legoland, bila baba n abam main jer adik mesti nak ikut-sian adik...adik kecik lagi tak leh main... keterujaan abam ketara sangat..tetapi abam lebih suka main-main cipta dengan lego..buat kereta pastuh lumba-lumba...if untuk entertainment daya kreatif berfikir anak-anak bagus!!! if orang dewasa macam saya..hermm janji anak-anak suka, kira ok lah..

Nak dijadikan cerita batery handphone saya n suami habes..so tak dapat ler nak posing sakan..kan..adeiii sayang nyer....dapat ler snap 2-3keping photo untuk kenangan, ok lah kan daripada tak ade.

Pengunjung memang ramai ler..ada dari Indonesia, Singapura, Filipino, puas juga beratur nak naik satu-satu permainan, nak makan pun puas juga beratur..nasi ayam sepingan RM23.00 hahhaa..amik ko..

Dah puas berjalan,main-main, watching movie, kitaorang keluar dalam jam 8, tapi sebelum keluar si abam sibuk nak 'galas beg' haahh sudah abis la nak beg galas legoland plak mau melayang rm100.00 nihh..suami dah ajak keluar, tapi saya ni kesian pulak tengok anak teruna sorang ni..masuk la souvenior shop..pilih punya pilih rupa-rupa nya 'galas beg' tuh keychain..hahahahaha tergelak besar aii n suami, nasib ko pilih keychain nak..kalu tak mau rabak ibu..tapi keychain tu pun rm19.00. Adik pula pilih Fridge Magnet RM25.00

dah jam 8.00malam perut pun minta diisi, sebelum keluar dari mall legoland kita orang singgah makan dekat Restoran Absolute Thai, actually masa nak masuk legoland tadi aiii dah usha restoran ni, so makan ala-ala Thai la kanm saya order Tomyam..memang sedap, pedas sampai gatai kepala, boleh bagi 4star untuk restoran ni, herga pun berpatutan. Dah kenyang baru kitaorang bergerak ke Hotel.





Jam 10.00 juga lah baru sampai 11@Century Hotel, tersesat lah juga, selesai check in..apa lagi time rest la kan..Taraaa buka jer pintu...aii letak beg..si abam, ''apesal bilik hotel ni kecik'' dah agak mesti dia komplain punya..tak abes setakat tu..abam buka pintu bilik air ''Ya Allah keciknyer bilik air''....adei anak teruna ku...berlagak sungguh-actually my husband yang request hotel murah-murah jer sebab nak tidor ja pun..that's why la aiii choose 11@Century Hotel cuma RM158.00 pernight 3 stars hotel, ada WIFI, Free Park, B.Fast...Kira okeh la kan

Keesokkan harinya jam 12.30pm kitaorang check out nak menuju balik ke bahau, tapi mestilah singgah Johor Premium Oulet, alang-alang dah lalu kan..rugi beb tak singgah..walaupun tersesat mesat juga lah nak sampai JPO.
Superb Murah...hahahh teruja aiiii teringat aiii masa ikut hubby ke Dubai..dengan pokok kurmanyer...building nyer...best sangat.. so my husband dari masuk tadi memang nak cari LEVIS..super Offer..dia beli untuk dia sorang jer..sampai hati tau!!!!!!



Untuk anak-anak saya pilih brand dari Poney N GAP, serius Murah tetapi pilihan tak banyak-so bab pilihan tu yang membuatkan terhad untuk membeli.
Last ibu juga tak der beli apa-apa pun..huhuuuu sadis tau.. Anak dara saya dah fitting tak nak tanggal..siap cakap 'antek..antek..huh...




Jam 7.30 pm kitaorang menuju balik ke bahau dan sampai ke rumah jam11.00pm..letih tak terkira sebab dua hari jer percutian. (percutian pendek) next week nak sambut puasa dengan family husband pulok...yeay..

Tapi apa pun alhamdulillah perancangan yang dibuat berjalan lancar dan selamat pergi dan kembali syukur sangat-Alhamdulillah.

Tapi nak tau..abam tanyer ''ibu boleh kita datang lagi Legoland tak? kita tidur kat Hotel Legoland"


Insyaallah kalau ada rezeki tahun depan kita datang lagi..Hotel Legoland pun 2014 baru siap.

Janji anak-anak suka..ibu n baba pun suka.

Rewards untuk family tersayang-Alhamdulillah dengan Shaklee saya mampu dengan izin Allah S.W.T

Salam Ramadhan Kareem
-ibuveronza-


Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon