Skip to main content

Jalan-Jalan Terengganu

Makan Angin Terengganu 


Akhirnya rancangan untuk bercuti ke Terengganu berjaya , sempena cuti perayaan Deepavali Ganu kita!!!!percutian 3 hari 2 malam.

Bertolak dari KL seawal jam 6am, singgah R&R Temerloh sarapan dan mandikan anak-anak, meneruskan perjalanan, sampai ke kemaman dalam jam 10.30am harus singgah makan sata, sebab saya memang dah kecur liur teringat sata. Destinisi pilihan Warung Aziz Sata Lokasi belakang Hentian bas Chukai

Bukan sata jer yang ada, macam-macam ada, nak makan tengah hari pun sodap :
 ikan Goreng Tepung,
Ketam Goreng Tepung,
 Sotong Goreng Tepung 
Lauk Pauk yang meriah
 pinggan besar Gajah 

Menu saya  sata jer.


sata



Nampak ketam masak sambal tu

Bukan main selera mamam

meneruskan perjalanan dan singgah solat Jumaat, sampai KT petang ,  sebab hujan, dah tu sesat pula mencari Hotel, sampai hotel dalam jam 5.00pm, kebas montot la mak buyong adoiiiii.


Sebenarnya saya dapat rate hotel murah dari Groupun, ambil dari  tahun lepas , rancangnye tengah tahun 2014 nak jalan-jalan  Terengganu, oleh kerana saya mengalami mabuk mengandung terpaksa ditunda, naseb ler expired bulan 12 /2014..so memang kena pergi juga la..Merang Suria Resort & Hotel, 
sebenarnya tak jauh pun dari KT, tetapi sesat punya hal tu yang jadi jauh.
Tengoklah aktiviti yang boleh dilakukan di hotel, seronok bukan main kanak-kanak ribena ni,  Laut dekat jer...belakang Hotel, swimming pool depan hotel jer.

saya pilih King size bed & Connecting room


Tapi yang tak best masuk-masuk jer hotel nyamuk berterbangan..aiyoooo,maybe sebab kawasan depan hotel yang ada kawasan payau bakau & air bertakung, kebersihan kat kawasan luar hotel kurang memuaskan, pihak hotel tak berapa jaga gayanya.

sarapan pagi pun memang sendu untuk citarasa saya, tak de yang istimewa dan sedap!!! makan bagi tak lapar jer la.

Tapi bilik agak besar, room service pun cepat jer. call jer minta dah sampai depan pintu.

Untuk makan malam keluar jer dari kawasan hotel, sebelah kiri dah ada medan selera, makan pun boleh lah, janji perut tak lapar!!! tengok en. suami tu tersenyum sebab apa?? sebab Pahang Menang lawan Kedah 5-0.

 Laut pun belakang hotel jer... pantai pun bersih. tengok lah photo yang saya snap tuh.

Makan Malam di Merang

Bangun pagi ni lah aktiviti anak-anak, bersuka ria kat kolam, pas kolam terjun laut pulak sampai jam 11.00 baru masuk bilik, siap-siap nak check out...next destinantion KT pulok kita.
Kolam di Merang Suria Beach

Hepi sangat sebab ada gelongsor air

View dari pantai..tu hotel

Budak bandar jumpa pasir, ni lah gayanya

pemandangan yang mendamaikan



Siap baring lagi atas pasir

jom tengok video kanak-kanak main gelongsor air


On the way nak ke KT singgah beli kepok lekor..gila sedap ker memang aku tengah lapar..hahhahahah dalam 30minit dah sampai KT, dah jumpa hotel puas pulok memusing cari jalan masuk ke Hotel...

Ni lah hotel untuk malam kedua kami di KT, dekat sangat dengan Hentian bas, Jalan kaki jer!!!! Hotel ni bersih n selesa cuma bilik kecik sikit dari hotel Suria Beach. ada swimming pool, tapi anak-anak tak sempat pun berendam, sebab aktiviti penuh, mak nak poei sopping ...dekat Grand Puteri ni connecting room dah penuh, awainye orang check in.. Kelengkapan yang disediakan TV LCD,  Peti Sejuk, Seterika, Pengering Rambut, Cerek air panas. 

ada welcome drink, tapi amik sendiri la ada kat hujung reception tu.
Entrance Grand Puteri Hotel







Pemandangan dalam Hotel






Lobi Hotel


Reception



Anak Bujang & Anak dara sementara nak tunggu Check in



Sebelum ke Terngganu saya dah risik-risik, Menurut kawan pejabat, kalau nak shopping murah jangan pergi Pasar Payang pergi Station Bus, tu yang semangat cari Hotel dekat station bus, saya jalan kaki jer ...memang murah if nak compare dengan pasar payang, Kain Sutera, kain batik, kaftan...banyak ler bezanya. pastu kena pandai tawar menawar, silap-silap boleh dapat separuh harga. Sape yang redah jer beli tak tawar menawar meme rugi.

Petang lepas asar pergi Masjid Kristal, kekonon nak solat asar kat sana, tapi sebab leka sopping, asar jer ler kat hotel, sampai sana anak-anak sibuk nak masuk taman tamadun islam, tapi sayangnya taman tamadun islam dah tutup, mengamuk juga la, dan nak redakan anak-anak  janji esok kita datang lagi...baru lah ok...kitaorang tunggu azan maghrib, solat maghrib di Masjid Kristal baru gerak balik hotel & singgah makan malam..ni pun satu hal..puas la mencari tempat makan sedap bawah jambatan katanya..pusing sampai satu jam..tak jumpa..lastly makan jer kat mana-mana...janji perut diisi.

Lepas Brekafast terus bersiap ke taman tamadun Islam..tak leh lengah-lengah sebab kul1.00 dah nak check out.

Sarapan pagi pulak best juga ni antara menunya :
Nasi dagang
Mee Goreng Mamak
Nasi Goreng
Mee / Meehun Sup
Kopok Leko
Ubi Kayu rebus & Ubi Merah dengan Kelapa / Sambal Bilis
Red Bean
Telur dadar
Kacang Kuda
Pulut manis
Roti bakar
Buah-Buahan
Minuman Panas
Jus Oren
Side order if nak milo ke boleh order dan bayar jer la.


dalam jam 9.30 kitaorang sampai taman tamadun islam, dekat ja pun dalam 15-20 minit kot.

kaunter tiket taman tamadun islam



Bayaran Masuk


Harga Tiket


Tengok lah harga tiket, ada pakej.
Waktu masuk tu Isnin -Khamis Jam 10.00-7.00pm Sahaja , kalau lambat !!!datang ler keesokan harinya, macam kitaorang.
Waktu Operasi Taman Tamadun Islam


Lepas je entrance anda boleh bergambar kat sini




muka hepi dapat naik ketapi chot-chot



Didalam Taman tersebut disediakan Tram, buggy dan basikal, kalau nak jalan pusing taman pun boleh, tetapi macam saya yang buyot & anak-anak yang comel tu tak der la nak jalan, kang sampai separuh sibuk nak berdukung la..penat la ..letih la..so jalan selamat, kitaorang pilih naik Tram ja...dewasa RM5 seorang, kanak-kanak bawah 6 tahun FOC, so sampai destinasi tram akan berhenti bagi peluang kita melawat ke monumen dan menonton video, bukan semua monumen, kalau tak silap saya ada 3-4 monumen.
tengok lah tu..tengok wayang deme kata.

tengok wayang




Diantara gambar-gambar masjid di seluruh dunia yang dapat saya snap, sebenarnya semasa menaiki tram tersebut diberi penerangan pada setiap masjid yang kita lalui, tetapi sebab dah banyak saya pun tak ingat.












seronok yeayyy

posing la sangat

Berlatar belakang Masjid Kristal.

Pintu gerbang Taman Tamadun Islam




Selesai pusing Taman Tamadun Islam, kitaorang naik cruise menyusuri sungai, amik pakej masuk taman tamadun sekali dengan cruise-perjalan dalam boat dalam 45minit, tengok anak dara saya dah tertidur, banyak juga penerangan tentang sejarah Terengganu yang kami dapat dari penerangan anak cruise sepanjang perjalanan menyusuri sungai. Sebenarnya anak bujang saya tu yang excited sangat nak naik boat ni.
alang-alang dah sampai layankan aje!!.


Masjid Kristal



best sangat sampai tertidur


tengok tu muka happy kemain anak bujang dengan sepupu dia.

Habis naik cruise kitaorang terus balik hotel, nak kemas-kemas dan check out, nak pergi Pasar Payang nak beli ole-ole untuk orang KL.

Demikian la percutian kami Ke Pantai Timur.

Nantikan percutian kami seterusnya untuk tahun 2014-Insyaallah.


Salam sayang

SID SHAKLEE :888221 | 017-2908954 | FB: Zakiah Zakaria 
















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon