Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Didik Anak-anak Berpuasa

Ramadhan 1435, teruja menanti bulan yang mulia. Maka saya sebagai ibu yang mempunyai anak berusia 6 tahun, semestinya mengambil peluang mendidik anak bujang untuk berpuasa, didikan awal sangat digalakkan agar mereka boleh membiasakan diri kelak. Diawal 1 ramadhan kebetulan jatuh hari ahad, harapan saya tidaklah setinggi gunung, jika anak bujang tidak dapat berpuasa penuh, sekurang-kurangnya separuh hari pun dah ok- biar berperingkat, kerana ini adalah tahun pertama saya dedahkan si abang dengan puasa. Ramalan saya tepat jam 1.00 si abang dah mula bertanyakan bila nak azan..berulang kali, dan paling best bila mata dah mula berkaca,  jadi dapatlah separuh hari untuk minggu pertama bulan ramadhan.  Apa Aktiviti yang saya buat untuk mendidik & mendedahkan anak berpuasa.: Saya & anak menonton Upin & Ipin (siri puasa), macam mana Upin & Ipin bangun sahur, baca niat, dan berpuasa. Dan tanpa saya duga, tidak terlintas pun anak bujang saya boleh berpuasa penuh w