Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

PENCUCI AJAIB

[PENCUCI AJAIB SERBA GUNA] Khas untuk ibu-ibu diluar sana, saya nak kongsi tentang Pencuci Ajaib untuk mencuci kasut sekolah & baju sekolah. ********************************************************************* Saya cuma perlu titiskan pencuci ajaib ke dalam baldi bersama air dan rendam baju @ kasut semalaman. Keesokkan harinya kasut sekolah tu saya berus-berus manja gitu, manakala baju sekolah saya gonyoh-gonyoh guna tangan je. Jika ibu malas nak sental nak lagi mudah , terus masuk dalam mesin basuh. Hasilnya✔✔✔✔✔ Kasut dan baju sekolah PUTIH BERSINAR & BERSIH BERSERI. Kulit tangan ibu pun Selamat kekal lembut & tidak mengelupas kerana Produk ini adalah BEBAS BAHAN KIMIA. Produk HEBAT & JIMAT terbukti BERKESAN. Order sekarang dengan saya!!!! Sila hubungi saya: ➡017-2908954 ➡facebook zakiah zakaria ➡cod sekitar wangsa maju/ Setapak/ Gombak ➡pos seluruh malaysia.

kundasang vacation

Alhamdulillah akhirnya dapat juga jejak kaki ke bumi sabah. Perancangan touch down kk terus ke kundasang. perjalanan dari airpot ke kundasang mengambil masa 3 jam sebab jalan jem, hujan lebat gila..ssmpai tak nampak jalan, nampak kabus je. dengan gelap gelemat mencari dream world resort. oleh kerana sampai malam so dari resort memang tak nampak apa2. keesokkan paginya masyaallah...view gila cantik. keluar bilik dah nampak dengan jelas gunung kinabalu. Destinasi kitaorang sepanjang di Kundasang: Desa dairy farm dalam 3km jer dari Dream World Resort -Strawberi Park -War Memorial -Lunch kat KFC -Sabah Tea -Tagal-Sg. Morali -Pasar Sayur Kundasang -Kinabalu Park Dream World Resort view depan resort, gunung kinabalu Tagal, Sg Morali Desa Dairy Farm kinabalu park view depan resort, kabus menutupi gunung kinabalu view dari belakang resort Ada umur yang panjang insyaallah jumpa lagi.

KUEH CARA MANIS

Saya nak kongsi resepi kueh cara manis. Dah lama bersarang beli acuan kueh cara ni semenjak dapat tau anak-anak gemar kueh ni. Akhirnya hari ini berjaya juga..yeay Bahan-Bahan 3 Cawan santan 2 Cawam Tepung Gandum 2 Biji telur ayam Pewarna Hijau 5 Helai daun Pandan Garam Gula Minyak Masak Cara-Caranya 1. Kisar Santan bersama 3 Helai daun pandan yang telah dihiris dalam pengisar. 2. Kemudian tapis bahan yang di kisar tadi 3. Campurkan bahan yang di kisar tadi bersama tepung gandum, garam, pewarna hijau dan telur. Kacau sebati dan tapis. 4.Ambil baki daun pandan tadi hiris dihujungnya untuk tujuan  lenserkan minyak pada acuan. 5.Kemudian masukkan bahan tadi dalam acuan dan masukkan gula ikut kemanisan yang anda suka dan tutup guna tudung periuk. 6.Nak tahu masak or belum ambil lidi cucuk pada kueh tersebut..bila kita cucuk dia terkeluar dari acuan makna kata dah ready untuk diangkat. Siap dihidang untuk minum petang. Mudah sangat. Selamat mencuba uuoollsss.