Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

TIGA CARA MENGEPAM SUSU BADAN

Rasa sedih setiap kali susu badan merudum? tertekan ketika mengepam susu serta kecewa apabila susu yang dipam tidak seperti yang diharapkan? ala dah 30minit pam baru 1 oz??!!!! Sebenarnya masalah yang membelenggu kebanyakkan ibu menyusu itu sesuatu yang normal kerana ibu mengharapkan dapat memberikan yang terbaik kepada si kecil tersayang shingga berusia dua tahun. Apa yang tidak normal dan salah?   Apabila si ibu berterusan sedih tanpa melakukan sebarang ikhtiar dan usaha dan menganggap diri tidak dapat menghasilkan susu badan yang mencukupi untuk anak.  Maka mengambil langkah mudah dengan memberi susu formula walaupun menyedari si kecil ini masih memerlukan susu ibu terutama bagi mendapat khasiat terbaik. Bagi ibu -ibu yang sedang hamil dan baru melahirkan bayi anda perlu tahu kaedah dan teknik mengepam susu badan dengan betul, sebenarnya memahami kaedah bukan sahaja memudahkan , malahan ia membantu menghasilkan perahan susu badan yang mencukupi.