Skip to main content

Koh Lipe, satun Thailand


Jeng-Jeng, hasil pencarian di pak google malam tadi, akhirnya saya jumpa satu pulau di Satun -KOH LIPE!!!

Nak ke Koh Lipe perlu menaiki  speed boat dalam sejam setengah (macam dari kuala kedah nak ke langkawi). sebenarnya dari langkawi cuma 1 jam sahaja menggunakan speedboat aggaran dalam 30km
manakala dari Jetty pak bara 1 Jam setengah anggran 67km.

Daripada hotel tempat penginapan saya hanya 1.5km ke Jetty Pak bara., dekat sangat!!!!

sampai jer kat Jetty Pak bara deretan travel agent, tak sempat nak turun kereta diorang dah lambai-lambai panggil kita.

Anggaran ke Koh Lipe
-Speedboat dewasa 1000bhat (Ticket return)
-Speedboat kanak-kanan 4tahu -12 tahun 800bhat (selepas minta diskaun dapat ler 700bhat) **Ticket
Return
-Tax Jety Pak Bara 20bhat 1 kepala (DIKECUALIKAN BAYI)
Dah sampai Kat Jety Koh Lipe Kena bayar:
-200bhat 1 orang (DIKECUALIKAN BAYI) untuk jabatan perhutanan Thailand
- Daripada Jety Koh Lipe nak kena Pantai perlu naik Boat Long trail (50bhat seorang) ***SEHALA

Pendek kata depa ni seme DUIT ja!!!!! *** Nak angin pun hado

Harga makanan kat sini pun akan berlipat ganda, dan saya cadangkan uuoolsss bawa bekal macam meggi, roti, biscuit, air kotak, air mineral daripada Malaysia. Kat sini ada kedai runcit & Seven Eleven, tapi saya tak cadangkan anda membeli disini sebab makanan halal & non halal bercampur aduk, GELI kot saya.


Gambar ni otw kitaorang nak masuk ke Jetty Pak Bara  dah macam artis diorang Snap photo kita.
Gambar ni kita beli 100bhat time balik , once nampak jer kita dioarang akan tunjuk gambar kita dan panggil, kena pandai tawar menawar okeh!!!!!saya minta kurang 4 keping gambar sekali frame 200bhat sahaja.

Dari Jety Pak Bara boat katenya 11.30 tetapi jam 12.00 baru bergerak, opss sebelum terlupa sebab kitaorang bawa kereta so kereta kitaorang parking dengan agent travel, satu malam rm10-15.

Masa nak naik boat tu dia akan bagi kad nombor dan orang boat akan panggil kita ikut giliran nombor, once nombor kita dipanggil kad tersebut akan dikutip. tapi seat duduk jer la mana yang kosong.


Nak masuk ke kawasan Jetty untuk menaiki speed boat kena tol kat sini



Waiting Area Jetty Pak Bara







Sedang Tunggu Speedboat
Keutamaan kepada kanak-kanak diberikan safety jaket sebelum naik boat


mamat ni dah tak sabar nak korek pasir


Dah naik speed Boat ni if tak tahan pening kepala sila la amik pil.. Opah pun pening ,2 beradik ni naseb tertidur).




si kecik ni pun naseb ler pergi balik tertidur dalam boat.

Perjalanan diteruskan membelah laut yang luas, destinasi pertama Boat singgah di Tarutao National Park untuk menurunkan penumpang, dan penumpang dibenarkan turun selama 20minit, Perjalanan ke Tarutao ni ambil masa 30minit.


Singgah di Tarutao National Park




Kemudian perjalanan diteruskan lagi, dalam 30minit boat berhenti pulak di satu pulau yang memang cantik sangat, pasir puih sangat, air laut yang hijau, ada satu Natural stone Arch yang memang cantik, pulau ni dikenali sebagai Koh Khai. Berhenti kat sini untuk bergambar 20minit.













tengok kat belakang tu Stone Arch yang sangat cantik


Selepas hentian di Koh Khai, boat menyusur menuju ke destinasi, sampai je kat jety Koh Lipe loading beg , tercagak cagak juga lah nak pergi mana kan? perkara pertama kena buat kat sini bayar 200bhat satu kepala kepada Jabatan Perhutanan Thailand.

situasi di jetty Koh lipe


dah selesai bagi duit kat diorang bayaran untuk jabatan perhutanan tu memang kena bayar tak boleh tak hokehhh. Lepas tu  tunggu @ beratur nak naik boat long trail (sampan) kt sini kena bayar 50bhat satu kepala. Jarak  naik long trail boat ni sebenarnya tak jauh mana, dan speed boat boleh jer masuk, daripada apa yang diorang cakap nak jaga coral, tapi ada jer speed boat yang masuk untuk parking, salah satu sebab mungkin diorang nak bagi income kepada pengusaha-pengusaha boat long trail tu kot.

memang nampak coral, gambar diambil masa naik sampan

dah sampai pantai koh lipe


Saya besarkan gambar ni, nak  menunjukkan Jarak pantai Koh Lipe dari jety nak naik boat long trail




Turun kat sini, ada staff Varin Beach Resort dah siap tunggu untuk hangkut beg & check in.


Saya menyewa bilik yang berdekatan dengan Beach dan walking Street, sebenarnya sewa bilik boleh search & google sendiri @ minta agen travel yang uruskan, Banyak jer bilik macam-macam jenis, yang penting sediakan duit sahaja.

Saya terus deal dengan travel agent untuk speedboat dan tempat penginapan. Varin  Beach Resort adalah Resort yang memang sangat Ideal dan memenuhi kriteria saya,  Tepi pantai ,bersebalahan Walking Street dah breakfast provided.

Untuk Superior room RM230.00 dan saya ambil 2 extra bed  RM100.00.



sampai jer kita dihidangkan dengan Welcome drink.

Kemudahan Varin Beach Resort
Air panas
Peti sejuk
Pengering Rambut
Tuala
Sabun
Shampoo
TV
Mineral Water
Kopi
Teh
Gula
Jug Cerek

******Peringatan Korang jangan lupa bawa adopter plug oversea punya untuk charge handphone korang ya, kalau tak naya okeh sebeb plug dia tak sama macam Malaysia.


Varin Beach resort kupon untuk sarapan
View Varin Beach resort
View dari depan bilik


View dalam bilik 


Varin Beach resort Restoran


Dalam Bilik King Size Bed

Dah lepak dalam bilik, selesai solat, anak-anak yang hantu pantai tu dah sebuk nak mandi laut, Jom layan gambar diorang kat pantai.






pasir halus
air jernih oooo

subhanallah memang cantik la laut dia, tambahan model kecik yang cute tu ..hahahah









Dapat ler berendam sepetang anak-anak, kemudian naik untuk bersihkan badan , solat maghrib dan makan malam.

Walking Street??? Kenapa saya nak hotel berdekatan Walking Street ? dan uoollss yang pergi wajib juga find hotel the nearest.

Sebab kat sini ada bermacam-macam ada :
-kedai cenderahati, 
-kedai makan, 
-Kedai Baju/seluar/Topi
-kedai runcit, 
-seven Eleven,
-money changer, 
-Klinik,
-Massage
-Scuba & snorkling pakej
-Mesin ATM
macam-macam la.

Kitaorang tapau jer makan dalam bilik kat salah satu Restoran makanan India, uuoollsss Portion dia besar tau boleh makan untuk 2 orang, so jangan beli banyak-banyak.
Dinner kiorang:
Nasi goreng Udang
Nasi Goreng pineapple
Nasi Goreng apa ntah lupa dah
Tandoori  
600bhat.
Tapi 2 bungkus nasi tak abis, sebab portion dia yang banyak.


Welcome to Koh Lipe Walking Street

Jom layan gambar sunset











pemandangan petang












Tengah tunggu dinner
Lepas dinner memang terus zzzzz sebab letih, esok nak bangun awal main laut lagi...hip-hip hore.




Yang tak BEST SANGAT!!!!! pasal Koh Lipe !!!!

Untuk orang muslim macam saya memang tak menyenangkan bab
1- Kedai makan ada sign HALAL tapi still served arak ** faktor mungkin sebab kebanyakkan pelancong adalah daripada kalangan Non Muslim ** mat salleh.
2- Anjing bersepah- tambahan di Walking Street sepanjang jalan anjing berkeliaran, tambahan depan Seven Eleven *** memang tak jadik nak masuk, sebab anjing dok bertempek kot depan pintu masuk.
3.-Area pantai pun anjing dok melepak bawah kerusi pantai---eeuuwwww

Saya memang kurang selesa dengan enviroment ni.

Tetapi Pantai memang cantik, nak berscuba, snorkling memang best...

Uoollssss nak snorkling dari koh lipe ke pulau lain ada Charge lagi Hokehhhh... datang Koh Lipe sedia duit penuh poket yea!!!!!.


Semoga entry saya ini boleh memberi sedikit info & guide anda yang ingin bercuti ke Koh Lipe.


Jumpa lagi di next entry.

Zakiah Shaklee
Zakiah Dexandra Perfume











































































Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon