Skip to main content

Kundasang, Sabah 2015

dream world resort






view from pekan kundasang
Trip ke KK dibuat secara tetiba,  makanya tugas mencari tiket flite, hotel, kereta sewa jatuh atas bahu saya. Akhirnya  tiket paling murah pada saat akhir itu adalah penerbangan AIRASIA ke KK, manakala flite balik KL menggunakan MAS. kena pulak timing public holiday (labour day , memang sesak la nak mendapat tiket yang murah gila..memang tak dapat ler.. sebenarnya saya memang tak boleh nak rancang awal jika nak bercuti, paling awal pun rasa sebulan sebelum date.


dream world resort

Saya pilih Dream World Resort Kundasang, naseb ada kekosongan lagi, sebab apa pilih resort ni setelah riview rasanya resort ni paling best pada hati saya.
                                                     
                                                   

Booking kereta saya dah buat pada tarikh sebelum fly, sory no. hp adik ni dah hilang sebab lama sangat baru terajin nak coret kat blog. kebetulan kereta myvy baru  dengan sewa yang agak murah. Adik ni punya rate paling murah compare dengan agen lain yang saya hubungi. 

Flite dah booking, hotel dah booking, kereta sewa dah booking, so next cari tempat menarik untuk dilawati sepanjang kat kundasang.

1- Desa Dairy Farm
















2- Kundasang War Memorial


budak ni tertidur lepas tengok lembu jadinya tak dapat masulk war memorial


3- Tagal Sg. Moroli Kg Luanti






4- Ladang Teh 


























5- Mini Farm Strawberi














Day One 
dah ready nak ke airport

Korang yang bawa baby jangan lupa bawa mykid @ surat beranak anak-anak, masa nak fly diorang akan minta sebelum kita naik flite. sampai sana pun diorang akan minta juga.

Touch down KK petang dah...adik sewa kereta dah siap tunggu kat airport, so on waze memandu terus ke Kundasang, disebabkan awal gelap so kami sampai dekat resort dah malam dan sepanjang perjalanan naik ke kundasang tak dapat la nak melihat permandangan sekeliling tambahan pula hari hujan.










Day TWO


view from dream world
Dream World Resort ni best tak perlu ada Aircond pun sejuk gila, View dia yang paling menarik gila , siap ada jakuzi.. cuma yang tak best sebab tiada breakfast disediakan, malam tu kitaorang dinner kat restoran Dream World, harga boleh tahan la. lepas dinner memasing tarik selimut sebab keletihan.






Bangun seawal pagi, jam 6.00am dah macam kul 8 kita kat KL. destinasi pertama adalah Desa Dairy Farm fefeling New Zealand tengok lembu tompok-tompok.
dah jumpa geng






view from dream world
 subhanallah keluar resort perkara utama yang menarik mata saya adalah permandangan gunung kinabalu dari pandangan belakang...sangat clear tapi jangan lewat- lewat tengok view ni sebab nanti bila berkabus dah tak nampak gunung kinabalu.



view from dream world resort




Kitaorang sampai Desa Dairy Farm breakfast jer la kat sana, sambil tengok lembu dan menikmati kehijauan rumput dengan udara yang berkabus...best weyyhhhh gila best!.




                                                                                     



Kena bayar nak masuk ke Desa Dairy Farm tapi saya dah lupa.. time diorang perah susu pun ada, tapi saya memang tak ingat dah., SEBAB Peram entry ni lama sangat.



Next destinasi ke Strawberi Park, kawasan perkampungan, kecik jer sebab diusahakan oleh orang kampung secara kecil-kecilan, selesai petik & Makan strawberi terus lunch kat pekan Kundasang, sebab kat sini tak sure kedai makan yang halal, & nampak KFC, so kitaorang lunch KFC jer lah.



Lepas perut dah penuh, Terus menuju ke destinasi yang buat saya teruja adalah 'TAGAL", Sg Moroli nak tengok ikan kelah yang jinak, sebelum sampai Sg. Moroli akan jumpa  PORING HOT SPRING ( Air panas) kitaorang tak singgah pun. 

Dah sampai kat Ikan Jinak ni masuk ada Bayaran untuk DEWASA RM5 , KANAK-KANAK umur 6-12tahun RM2,   dan limit masa 15 minit sahaja nanti dah abes masa diorang akan panggil nombor, ada makanan ikan yang dijual , seingat saya rm0.50 sen satu pack, ikan akan datang berkerumun bila tabur makanan, rasa geli kena gigit manja dengan ikan-ikan ni.

 Dah selesai tengok ikan ni kitaorang pun drive balik ke resort , 
                                              
                                                                nampak tak boss pun goli
























kebetulan sebelah Ikan Kelah adalah Ladang Tea so gigih juga naik ke ladang teh dengan jalan yang berbatu-batu, habes lah myvy owner ni....nak sedap naik guna 4wheel, tetapi selagi boleh cut budget kita kasi cut kan. tapi tak de apa pun kat ladang teh ni, ada kedai cenderamata, restoran & snap photo view ladang teh. baik pergi Cameron Higland lagi best. kitaorang singgah sekejap jer, saya & anak teruna ni jer yang turun sebab dua girls lagi dah zzzzzzz.

                            


sebelum sampai resort  area pekan kundasang nampak kiri kanan gerai jual sayur, gerai jual bunga, gerai jual buah-buahan,  
                                                 

so singgah la beli bauh-buah untuk dinner malam ni, sebelum balik resort singgah kedai runcit beli maggi & apa yang patut untuk dinner malam nanti, sebab dah keletihan tak larat nak keluar. lagipun area Kundasang ni tak berapa mesra muslim, takut termasuk kedai non muslim..Settle day TWO



Day THREE

Bersiap-siap untuk check out, sebab nak pergi pulau pulak lepas ni, OTW turun ke KK bestnya udara nyaman tak yah pasang Aircond, baru nampak view masa turun ni, kitorang singgah sekejap ambil gambar kat  KINABALU PARK, 








perjalanan diteruskan sampai di Tamparuli buat U-Turn Singgah kat RUMAH TERBALIK nak masuk perlu beli tiket, Harga Tiket untuk dewasa RM10.60, manakala kanak-kanak 4-12 tahun RM5.30.dah puas bergambar kat Rumah Terbali bergegas en. boss Drive menuju ke Jeselton Jety..Drift juga le sebab kul 4.00 kena ada kat Jetty.


jom layan gambar kat rumah terbalik.





Akhirnya sampai Jeselton Jety dan terlewat sikit, kat sini baru jumpa geng, MIL & ipar duai dah sampai lama 
jeselton jetty
sebenarmya kitaorang datang awal 2 hari sebab nak naik kundasang, ipar tak nak naik kundasang sebab tu diorang datang lewat. so sampai boat dan hotel dah ready arrangement, bawa badan jer.


dah ready nak ke pulau Gaya
dah selamat sampai pulau gaya
landing time

PULAU GAYA aku datang, naik boat dalam 10-15minit jer dah sampai Pulau Gaya, Pantai & air laut memang cantik sangat, halus, bersih, jernih, NO WORDS ciptaan ALLAH.

CANTIK SANGAT AIHHHHH


Pulau Gaya Jetty

Kitaorang Check in kat Bunga Raya Island Resort, Mula-mula nak pilih Gaya Island tapi takut pula sebab atas air..hahhah rasa terapung.

Hotel Tip Top tak der nak komplain, nak tau harga refer agoda.. 



Malam tu dinner kat pulau ditemani alunan gitar dan kelunakan suara mendendangkan   lagu kenegerian sabah di bawah bayu.  tengok budak kecik ni nyeyak tidur.

Selesai dinner terus tidur la...kat sini tak payah nak menapak, sebab lokasi resort atas bukit , nak ke pantai boleh jer jalan or jogging, tetapi sebab mak anak ramai, call jer reception minta kereta golf, diorang akan datang  amik dan hantar naik bilik.











Day FOUR

Bangun awal pagi Jogging en. boss jer la, saya mendugong  jer atas katil, anak -anak dah terjun pool, sebab dekat bilik saya ada mini pool so depa awai-awai dah terjun.


                                     



Breakfast time, enjoy your food-cewaahhh


breakfast time




Snorkling yokkkk
lepas breakfast terus aktiviti air, snorkling, kayak, mandi laut & main pasir..
snorkling , budak tu pun terjun
air jernih





main pasir yang halus dan putih


aktiviti kayak
sedap la baby berayun kat sini
budak kecik ni bukan maik suka.




pantang jumpa air






batery dah low..hahhahah


nampak tak pasir yang putih tu...





Matahari dah betul-betul atas kepala beralih ke swimming pool...hahah berendam pulak kat swimmnig pool, naseb masa breakfast tadi siap dah bungkus apa yang patut kat restoran jadinya anak-anak tak der la kelaparan selepas berendam. Lunch hari ini service to room sebab dah tak daya nak turun dah,  lepas lunch rileks, simpan tenaga sebab petang nanti nak ke Marine Park dekat Gayana Eco resort
dah puas mandi laut, mandi kolam pula


 Petang siap-siap tunggu boat nak ke Gayana Eco Resort Melawat Marine Park dan Dinner kat sini.

Naik Bot sekejap jer dah sampai, tapi nak berjalan ke Marine park tu jauh juga, nasib bawa baby carrier, kurang la lenguh mendukung sibaby debob ni., kat sini macam ada Taman laut mini, so lagi dekat dapat tengok hidupan laut. selesai makan tunggu boat balik hotel.
dah sampai gayana eco resort




Naik Bot sekejap jer dah sampai, tapi nak berjalan ke Marine park tu jauh juga, nasib bawa baby carrier, kurang la lenguh mendukung sibaby debob ni., kat sini macam ada Taman laut mini, so lagi dekat dapat tengok hidupan laut. selesai makan tunggu boat balik hotel.




Day FIVE

Chaeck Out time, breakfast then berkemas nak menuju ke KK, Tunggu boat sekejap jer, sepanjang kat Pulau Gaya ni , tak der pun manusia Muslim, hanya keluarga kami sahaja, yang ada mat salleh, japanese dan satu family cina dari KL.

Sampai Jeselton Jety, terus lunch kat Jetty sebab dah kelaparan, my sister in law tak sempat lunch sebab nak fly balik kl , kitaorang yang tinggal ni  siap lunch  menuju ke Promenade Apartments, tetapi  1 family adik ipar akan fly balik petang, so lepas lunch diorang pun amik teksi menuju ke airport , so yang tinggal ni  muat la 3 bilik apartment...kitaorang la yang tak reti nak balik, dah ler datang awal, balik last sekali pula tu.

Petang tu minta driver hantar pergi pasar Philippines, Misi cari fridge magnet, t-shirt , kerongsang, butang baju melayu, ikan masin, makanan ringan. otw balik dari pasar tu driver bagitau dekat pasar malam barang jauh lebih murah, so apa lagi deal dengan driver bawa kitaorang pergi sana..hahah.


sotong goreng tepung
Datang Sabah wajib la makan, makanan laut, pergi kat Dataran Todak korang nampak replika todak kat tengah-tengah bulatan , lokasi betul-betul tepi laut bersebelahan pasar besar, pilih la kedai yang berkenan dihati sebab harga lebih kurang sama cuma yang beza sedap or tak jer , kat sini malam memang heaven dengan seafood. so pergi KK kena singgah makan kat sini. Ni je gambar yang sempat snap yang lain dah selamat kena langgar todak..kah..kahhh
ketam masak pedas

Lepas makan terus ke pasar malam nak cari kerongsang, memang betul kerongsang kat sini jauh lebih murah compare pasar Philippines, nak bagitau lokasi pun tak reti sebab orang bawa...huuu..so sopping la kerongsang kat sini tak hengat..phewww. dah siap balik tidur.
hasil tangkapan

Day SIX

Check out time, apa pun breakfast dulu sebelum check out takut kebuluran nanti..hahahh...


tinggal ni ja kanak-kanak ribena

akhirnya kitaorang dah nak fly balik kl, tapi sebelum balik minta en. driver hantar kat Pasar Philippines sekali lagi sebab ada lagi barang nak beli..hahahah..hahah lagi tak balik kan... 
bukan senang nak terbang mai sabah bah.

opssss bertentangan Promenade Hotel tu ada Mall yang baru buka, jika anda pengumpul t-Shirt Hard ROCK boleh dapatkan T-shirt  kat situ... tu jer nak bagitau.

Flite kitaorang tengah hari, selamat landing di Bumi KL - home sweet home.


my Journey to Sabah.

bye-bye..umur panjang, sihat tubuh badan, poket penuh insyaalah kita ketemu lagi.















































































Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon