Skip to main content

Pulau Pangkor 2016

Trip ke Pulau Pangkor adalah trip yang last minit plan, sebab rasa agak jemu 3 hari cuti lepak kat rumah jer.

Acara mencari penginapan kat Pulau Pangkor hampir menemui jalan Buntu, apabila hotel & resort pilihan hati FULL.

So google hotel yang ada Swimming Pool & attach beach sebab anak-anak saya suka kan aktiviti mandi kolam dan main pasir.
saya jumpa resort ni  yang memenuhi kritetia, resort ni boleh check price kat agoda, trivago, booking.com, tripadvisor.

1-Puteri Bayu Beach Resort
2-Sandy Beach Resort
3-See View Resort
4-Coral Bay Resort

Lokasi semua resort kat atas ni sebelah menyebelah jer dan ada swimmnig pool .

Tetapi tak puas hati nak google lagi, sebab orang kata kat Teluk Nipah lagi best & Murah.

Saya Jumpa resort kat Teluk Nipah:

1-Nipah Guest Pangkor
2-Anjungan Beach Resort & SPA
3-Purnama Beach Resort
4-Flora Beach Resort ( Tak de swimming pool)

Sebenarnya tertarik sangat dengan Anjungan Beach Resort & SPA tu tapi dah FULL, tak de rezeki.

kat teluk Nipah ni ada banyak lagi resort kena pandai cari, cumanya yang tak best if stay kat sini kena cross jalan lalu belakang gerai nak pergi beach, macam leceh la kan kalau yang ada anak-anak, kalau couple ok la.

akhirnya 2-3 hari sebelum hari kejadian saya dengan lafaz 'Bismillah' booking  PUTERI BAYU BEACH RESORT..phewww berdebor sebab ada hotel yang gambar best sekali depan mata, rasa nak pitam.



day ONE

Bertolak dari kl jam 11am

sampai Slim river Waze suh exit guna jalan dalam, makanya kami follow waze sahaja.

sampai Manjung singgah Speed mart beli maggi, roti, biskut , air, makanan ringan. (ini bekalan lepas anak-anak swimming sure depa lapaq).
Perjalanan diteruskan...opss kitaorang naik Ferry Via MARINA ISLAND- sebab nak elak kesesakan & dekat sikit compare Jeti kat Lumut.
Sebelum sampai Jeti kiri kanan jalan ada gerai-gerai, singgah isi perut dulu, kitaorang makan laksa dan mee kari, taste is ok lah sebab lapor kan.



Perjalanan diteruskan kita orang sampai Marina Island dalam 3.15 *** 4 Jam perjalanan dalam kelajuan yang sederhana. Ada orang cakap 3 jam dah boleh sampai.

                     

Parking Berbumbung RM20 Sehari
Parking Tak De Bumbung RM15 Sehari




Siap Parking loading bag, misi mencari tiket ...Alhamdulillah memang orang tak de pun dekat kaunter tiket.

Sebelum sampai kaunter tiekt tadi dah berdebor kot kena beratur panjang, sebab member kata kalau ikut Lumut pastinya kena beratur nak beli tiket feri.

huhhh Alhamdulillah. Tiket Feri boleh naik tak kira jam, so kalau ada feri naik jer la, kebetulan 3.45 ada feri yang akan berlepas ke Pangkor, tetapi kami tak naik feri tu, kami solat kasi selesai seme baru naik feri yang berikutnya, masa nak naik feri beratur juga la. 
Beratur nak naik feri

Model free ni paling cool bila suruh posing.




naik Feri 10minit jer dah sampai Pangkor, tak sempat duduk pun sebab kitaorang naik kat atas berdiri kat luar ( syiok ooo) hahah jakun kan!!!! kikiki.



Dah selamat sampai Pulau Pangkor

sampai pangkor , nampak dah pink van, kitaorang berjalan sampai ke van dan bagitau nak ke pasir bogak, Tambang ikut tempat, Pasir Bogak rm10 untuk 1 van, so if van tu awak naik sorang pun rm10 dan jika naik penuh van pun totap la rm10.



naik sekejap jer  dah sampai Puteri Bayu Beach Resort. Dah sampai kami di sambut dengan Welcome Drink...sojuk tekak hiiiiiii. Register & Buat Full Payment terus staff bawa ke bilik, kitaorang pilih Garden Villa sebab bilik HOTEL TYPE  dan full.
Nampak sangat dahaga , 3 cawan sekali dia minum


Aktiviti petang tu yang pastinya mandi kolam & mandi laut yeeahuuuu...tak sempat letak beg budak-budak ni dah salin baju mandi.


Sedikit view dalam  bilik type Garden VIlla,
sampai-sampai terus buka baju nak terjun kolam



Ni pulak view kat Luar Villa




Malam kitaorang dinner kat luar berjalan dalam 5 minit dari hotel dah ada gerai - gerai . kami pilih menu:

 ikan gerut-gerut bakar 1st time makan sedap rasa lemak-lemak
 & Sotong Goreng Tepung,
Air Milo Ais
Air Teh O Ais
Air Suam
total dinner rm50

anak-anak nak minum jer sebab dah kenyang melantak maggi dan roti dalam bilik. Lepas makan ronda-ronda sekitar dan balik bilik.


Buka Pintu Nyamuk sambut, kena lah minta ridsect memandangkan saya ada anak kecik.
Malam tu tidur nyenyak la memasing sebab penat berenang petang tadi.


Day TWO

Bangun Tidur terus Brekafast, , menu kat Puteri Bayu ni ok lah sebab banyak juga pilihan,

Selesai brekfast acaranya terjun kolam . 







lepas terjun Kolam mandi pantai, sambil-sambil anak mandi pantai suami dok rikki price boat kat abang2 boat nak ke PULAU GIAM.


Jom layan gambar sepanjang perjalanan ke Pulau Giam, amik masa dalam 20minit jer.

Rezeki terjumpa Gamat di Pulau GIam


Best anak dara naik boat

Budak yang takut dengan bunyi ombak

Abang boat akan bagi roti untuk makanan ikan


batu yang terbentuk seperti mulut buaya

manusia kat pulau Giam 

Monkey island, kalau anda dalam kumpulan yang kecil jangan ngada-ngada nak singgah, karang anda yang jadi makanan en. monkey kat sini.


Batu dalam bentuk 'LOVE'
ha ni pulak batu kelihatan seperti penyu yang nak naik ke darat.

tu sinun tu Pulau Giam, kecik jer Pulau nye.





cer uuollss carik kepala penyu kat batu-batu tu...hiii selamat meneka.



Rate Kat Pasir Bogak ni paling murah pun RM100.00 boat besar tu pun sharing dengan orang lain, if nak 1 family jer rm150.00, 
boat kecik boleh dapat murah tapi kat area pasir bogak ni tak nampak la pulak boat kecik.

Tapi kalau nak murah rate dalam rm60-70 kena pusing-pusing kat Teluk Nipah COMFIRM dapat.

Sebelum sampai ke pulau Giam , abang boat singgah tunjuk batu-batu yang berupa binatang, seperti penyu, buaya.

Tapikan masa kitaorang pergi tu rasa MENYESAL haiihhh...tak dapat nak snorkling sebab orang ramai macam semut!!!!, lepas tu batu & coral yang mati banyak asyik terpijak jer .pastu timing pun tak kena sebab melayan anak-anak mandi kolam, patutnya kul 8.30 dah sampai pulau Giam ni baru best n orang tak ramai.

ini datang kul 11am dah le panas,   orang ramai sangat...ikan pun larik....haiihhhh patutnya kena datang time bukan public holiday baru best boleh nampak ikan.tak de rezeki lagi.




so kitaorang duduk dalam setengah jam jer pastu terus call abang boat ni datang amik, sebab masa dia hantar tadi dia dah bagi contact no. nak balik just call jer. dah sampai hotel budak-budak ni sambung lagi main pasir n mandi kolam sampai tengah hari...pantai kat Puteri Bayu ni sangat la strategik sebab redup ada pokok-pokok besar, so sesuai la bentang tikar & lepak..opps lupa nak bagitau Pulau Giam tu PAsir Halus & maybe masa kitaorang pergi tu time tak kena....huuhuu sadis.





Lepas zohor kitorang berjalan keluar cari kereta sewa, kitaorang dapat rm100 untuk kereta iswara, tapi saya reject & lepak kat gerai depan Coral Bay Resort pekena abc dengan cucur jagung , amik lunch ringan jer sebab dekat bilik tadi dah makan roti,  sambil tu saya goggle cari kereta sewa,ABC & cucur udang  sedap tau 3bintang saya bagi ***.




inilah kereta RM70 hengget tu.

 ada a few juga la yang kami contact dah habes kereta dan rate agak mahal (kancil rm80.00, iswara rm100.00) dan akhirnya kekonon nak cari orang melayu, call 1 ejen ni memang melayu, tetapi dia punya kereta dah abes, so dia bagi runner dia 'cina' Mr. LEE 013-513 2525 Iswara rm70.00...jika nak request owner melayu or request jenis kereta  mr. lee boleh carikan &  so apa lagi saya on la...malas dah nak pening kepala dah. Mr. Lee ni peramah dan baik orangnya.



pusing la kitaorang 1 pulau..hahahahah sekejap jer dah abes round pulau... 

singgah kilang satay borong makanan laut dekat Sg. Pinang Kecil, banyak kilang satay kat situ, so pilih la yang mana berkenan. Angkut la segala makanan laut.

pastu terus ke Teluk Nipah ternampak kedai jual baju ada seluar baby comel sangat so singgah, tujuan utama nak tanye lokasi Burung Enggang.

tetapi terbeli pulak baju & suar anak-anak kat situ. agak murah juga. 
Sebelum datang sempat saya search blog terbaca time makan burung enggang dalam jam 5.30-6.30 so pulun la cari lokasi dah kul5.15 terpacak kat tempat kejadian, 


Hungry Birds 6.30pm DAILY

Baik hati owner Sunset View Chalet ni, sebelum jam 6.30 dia dah kasi saya pisang untuk bagi makan kat Enggang, kome seme nampak tak mana Enggangnya? teropong copek.

Nampak Tak Enggang?


sekali 6.30pm daaaa waktu melihat burung Enggang..menunggu la penuh sabar sambul melayan kerenah anak yang dah bosan dok tercangak sambil bergaduh dengan diorang..hahhaha

Jam 6.00pm ramai dah orang berkumpul, burung pun dah datang 2-3 ekor maybe dia dah tau time makan.

disebabkan kitaorang sampai awal so kami di beri keutamaan pegang pisang dan burung enggan akan datang patuk pisang tu...nampak macam jinak.., 

kalau korang nak pergi...korang masuk lorong yang ada signboard Seagul Resort sebelum seagull korang akan nampak sunset Resort, haaa korang masuk jer duduk kat situ, sebab owner Sunset Resort tu akan bersiul panggil Burung Enggang ni. Percuma ja bawa Kamera, kalau anda bertuah dapat ler bagi burung tu makan. habes tengok burung terus balik hotel, terjun kolam lagi.

Malam dinner kat Teluk Nipah sebab malam ni dah ada kenderaan kan
menu kitaorang:

ikan jenahak bakor siap masak rm55 *** boleh bagitau rege sebab rege dia lekat kat ikan*
Udang bakar
Sayur campur
Air milo Ais 2
Air Teh ais
Air Limau Ais
Air Suam

Total Dinner malam ni rm95.00

..hiii tapikan kalau nak murah pergi makan kat Sg Pinang Besar dekat-dekat Jeti Nelayan ( ada laksa goreng) kedai ni buka 6.30pm so jangan ngada-ngada nak datang awal..

Ataupun  boleh singgah kat Restoran Hasan Jalan nak menghala ke Kota Belanda,  yang ni best laksa dia ...laksa gandum Kuah laksa utara memang sedap.



Siap Dinner jalan-jalan sekitar Teluk Nipah, tengok apa yang ada nak abeskan duit..hahahha. anak-anak beli keychain , mak & ayah anak makan angin jer.
.


Day Three

ANak-anak bangun seawal jam 7am sebab nak cover semalam mandi kolam tak puas, lagipun dan mention arini last day ,tapi spoil pulak orang cuci pool sampai 845 baru siap...huhhhh. so aktiviti pagi ni sampai jam 11am adalah mandi kolam dan main pasir kat pantai sampai hitam.

Breakfast menu almost sama tapi ada 2-3 menu yang bertukar so far ok lah.

11.30 siap packing sebab ibu & baby dah naik awal tadi sebab baby dah ngantuk so ibu terus packing,

12.00 checkout sayonara puteri beach resort, kitaorang terus memandu ke teluk nipah  MENUJU ke Sungai Pinang Besar destinasi adalah " tokong Fu Ling Kong Temple" singgah amik gambar & borong fridge magnet.

Lepas tu singgah kat Pekan Pangkor , korang kalau nak dapatkan ikan bilis mata biru yang murah silalah ke kedai 'HO HO TRADING' signboard hijau sebelah Ambank. saya dah servey kat tempat lain semenya rm40 atau pun lagi mahal.


Selesai sopping terus ke destinasi yang berikutnya KOTA BELANDA. Bacalah sejarah yang ada kat situ hiiii. Nampak sangat malas nak story pasal sejarah.

Jom layan gambar kitaorang.







selesai en. boss tanye nak kemana lagi.....???? perli nampak..hahhah

Destinasi seterusnya Jeti Pangkor naik feri balik..bye..bye...

owhh kereta sewa tadi kan kami park jer kat jety sebab dah deal ngan Mr. Lim.




Kebetulan masa kitaorang sampai jeti, feri dah ada so memang agak terkejar-kejar takut feri jalan kang menunggu pulak jam4.30pm.
Nasib tak naik feri  ikut lumut, Sebabnya   beratur panjang...

kitaorang nak ke Marina Island macam lane VVIP pulak..hahah. Lenggang kangkung jer.

Lenggan kangkung pun  tak sempat nak snap photo sebab tangan dah penuh.


ok itu sahaja coretan percutian kali ini semoga sedikit info buat panduan anda semua.

TQ sudi baca coretan saya.



Sedikit list budget untuk panduan.

1- Penginapan 2 malam rm600.00 

2- Parking kereta marina island (3hari) rm60.00

3- Minyak kereta rm100.00(estimate dari kl )

4- Tol rm50.00 (estimate) sebab masuk jalan kampung ikut waze

5- Feri dewasa rm10.00 (pergi balik) masa pergi simpan tiket sebab tiket yang sama digunakan masa balik nanti.

6- Feri kanak-kanak rm5.00 (pergi balik)

7- Van pink ke pasir Bogak rm10.00 (lain destinasi lain charge)

8- Dinner day 1 rm50.00

9- Sewa kereta iswara (power stering & manual) rm70.00

10- Boat Trip ke Pulau Giam RM150.00 (include snorkling & bagi ikan makan)

11- Dinner Day 2 rm95.00

12- Lunch day 3 rm20.00

13- Lunch day2 rm10.00  (abc + milo ais + cucur udang + tauhu goreng).

Shopping ikut ler budget uoolsss
tapi dah sampai kilang satay tu comfirm habes rm150 ***untuk saya ler.(sebenarrnya lebih tau )
pastu pergi pulak gerai-gerai jual baju, mesti nak beli buat kenangan.
ditambah pulak sevenior fidge magnet, key chain.

pandai-pandai ler budget yea ikut ketebalan poket...hahhaha



sayonara



Shaklee distributor
Dexandra Perfume Agent
Zakiah 017-2908954








Comments

  1. Assalamualaikum sis..tumpang tanya..tentang resort tu..kita kena book awal2 kew??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon