Saya sering terpikir adakah umat manusia di dunia ini, tidak mahu cantik???? Pasti berlumba-lumba, BEREBUT-REBUT nak cantik, tak kira lelaki mau pun perempuan, tapi yang sinonim dengan kecantikan adalah kaum hawa.. betol tak??? saya sendiri nak cantik!!!!! TAPI CANTIK YANG BAGAIMANA? KECANTIKAN berpaksikan kepada kecantikan yang hakiki. Kecantikan hakiki ialah kecantikan yang berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam. Ia lahir daripada sifat-sifat mahmudah kerana cantik di mata Allah lebih penting daripada cantik pada pandangan manusia. Kecantikan hakiki dimunculkan dari dalam jiwa melalui resapan pemahaman tentang Islam sehingga membentuk keperibadiannya. Pemahaman dan penghayatan Islam inilah yang akan menghasilkan kecantikan hakiki kerana berkeperibadian Islam memiliki pola fikir Islami (aqliah Islamiah) dan berpola tingkah laku Islam (nafsiah Islamiah). Di dalam Islam, wanita yang cantik hakiki tidak akan berfikir selain k...
by Zakiah Zakaria