Tuesday, 6 February 2018

Baby Rub Puers Kidsdom



Saya nak berkongsi tentang Baby Rub ni, sebenarnya terbeli baby rub ni sebab banyak riview yang saya baca bagus untuk selsema dan batuk.

Selepas saya sapu pada anak saya memang betul baby rub mampu mengurangkan batuk dan selsema tanpa perlu anak saya makan ubat. tapi sapuan tu bukanlah sekali sapu terus hilang , mak kena sabar sapu beberapa kali.

dan terbaru ni saya pula terkena selsema sampai tersumbat hidung dan hidung tersumbat. saya amik baby rub sapu pada bahagian kepala kat dahi, kemudian sapu pada bahagian hidung urut dari atas ke bawah. Serius amazing terus terbuka hidung yang tersumbat tu. 

sangat rekemen produk Puers ni sebab tiada bahan kimia selamat digunakan daripada bayi hingga orang dewasa.

Harga seketol rm39.00 dengan isian 30gm.

kalau nak boleh contact agent:
6017-2908954

Gunung Jerai 2018



Kan ku ukir namamu

Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

Kan ku ukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...
Cinta kita di Pantai Merdeka...



Perjalanan ke Gunung Jerai dari Changloon mengambil masa 1 Jam exit Gurun ** follow je Waze.

Nak mendaki ke atas menggunakan kereta sendiri atau kereta sewa yang disediakan pun boleh-kereta sewa tu termasuk driver. Sebab jalan dia boleh tahan kona lipat.

pastu kalau yang sejenis pening kepala dan muntah like my son sila sediakan plastik muntah.

Trip pendek kitaorang berkelah celebrate my besday Boy turn to 10years.











Nak berkelah sila berkelah di kawasan camping berhampiran muzium, kami tak singgah pun muzuim sebab excited nak mandi dan makan.

tapi air tak de la best sangat kawasan camping ni, air terjun yang tak berapa nak terjun dan   ada kolam untuk anak-anak mandi dan part best ada wakaf yang selesa untuk berkelah. Fasiliti pun selesa ada surau, dan tandas serta kawasan persekitaran pun bersih.


Kalau nak best air terjun kena naik atas lagi ke kawasan Regency Jerai Hill Resort. kira ni dah sampai puncak la,  ada resort kalau nak menginap kat sini, rate silalah google.


kat sini juga ada taman botani, telaga tok sheikh, Air terjun cantik dan pemandangan memang superb.

Disebabkan kami sampai dah petang kat puncak maka suasana angin sepoi-sepoi tu fefeling macam cameron highland.


Rekemen untuk perkelahan keluarga, masjid pun ada kat atas ni , selesa lah sangat.


gambaq pun tak snap banyak sebab dok layan angin.












Wednesday, 6 December 2017

Hot Spring Sungai Klah

Assalamulaikum.

Lama benar peram , phew baru berkesempatan update.



Trip ke Hot Spring Sungai Klah adalah  Hadiah sempena Hari lahir saya dari suami tercinta.

bertolak pada hari kejadian pagi dalam jam 10. Mengambil masa dalam 2jam setengah kot ** dah lupa.




Tak dapat nak bermalam kat Felda Residence  Hot Spring Sungai Klah sebab dah Full Book. So sape yang plan nak bermalam kat sini sebaiknya booking 2-3 bulan sebelum tarikh kejadian.





 Dah sampai tengah hari qembang kenalah cari parking, agak ramai jugaklah orang . Dia punya tiket masuk sila refer gambaq, tapi kalau pergi per group ada diskaun lagi. tapi oklah harga tiket tu main sampai lebam kan.







Sementara baba cari parking kami beratur beli tiket. 






Selesai beli tiket baba pun dah dapat port cantik parking kereta,terus masuk dan tunggu tram . Makanan tak dibenarkan bawa masuk, tapi korang pandai-pandai ler selit, jangan masuk dalam tuperware, korang masuk dalam plastik pastu balut dalam towel so masa depa check beg tak de rasa tapaware sangat kan.



Ha ini dia rupe tag tangan dia, colour ungu ni untuk yang tak bermalam kat sini, kalau bermalam depa pakai tag warna putih.



Naik tram sekejap ja pun 3minit ada la kot, nampak tu excited sangat.






Dah turun tram nanti korang akan nampak sebelah kanan 'Rumbia Cafe'  tetapi masa saya datang ni, Cafe ni macam tutup jer.


Manakala sebelah kiri pulak ada disediakan surau.





Tara dah nampak dah 






Tak sabar dah nak terjun ni. Bila mana sampai tengah hari makanya port lepak pun dah tak cantik kan. pendapat saya kalau nak anak berendam pagi , kena datang pagi betul, port pun dapat cantik, pastu tak panas anak nak berendam, lagi satu bila bagi peluang anak berendam tengah hari ni satu masalah lagi timbui keesokkannya sure anak jatuh sakit- mana tak sakitnya dok berendam part kaki jer , kepala dok kena matahari terik.
So kalau nak bagi anak berendam petang mai time petang kira matahari dah condong. Dan lagi satu tidur dekat Hot Spring Sungai Klah ni sebab esok boleh repeat lagi, lagipun dia akan bagi pass untuk esok punya. 







Berhampiran tempat mandi ni ada satu 'Cafe Tempayan' Tapi masa saya pergi ada jual Maggi & Nasi lemak bonjot sahaja, harga sendiri mau ingat lah kan.


 Kat sini korang boleh rebuih teloq guna ayaq panas - refer gambar na.




Suhu nak rebuih teloq megelegak ko.



Kaedah merebus telor so silalah beratur amik turn yer.





Kat sini mampu rendam kaki ja tu pun tak leh lama huhuuuu, korang tengok la suhu dia. Sambil rendam kaki sambil makan telur rebuih.




Dah agak lama berendam kat kolam pertama, Untuk pengetahuan korang kolam pertama tu ada gelongsor air. Orang dewasa boleh naik, kanak-kanak pun boleh naik sebab Ada dua gelongsor.


Disebabkan anak kecik saya tak suka gelongsor so dia rendam-rendam bontot ja dalam air, pastu dah agak bosan dok rendam bontot saya bawa dia ke play ground yang ada air . Abam dan kakak memang tak layan la tempat ni sebab bebudak baya adik dia ja kot layak main kat sini hahahh. 







ha ni port ketiga untuk anak-anak, tapi yang ni si adik tak nak main, nak duduk tepi jer. So abam n kakak jer lenjan main kat sini. Tapi sekejap jer tetiba hilang. Rupenya pergi main gelongsor yang kat kolam besar.






kata Hot Spring awat dok main ayaq sejuk ja kan??? ok port seterusnya adalah kolam air panas, tu nampak gambar kami melepak tu tak panas sangat, mula-mula rasa la panas tetapi dah lelama rasa selesa ja suhu dia.







 pergi ke tengah ni dia punya suhu makin panas, makanya ramai yang duduk berendam kot tempat cetek jer.





Kat sini disediakan 3 tempayan besar untuk kita basuh badan ke kaki ker, dalam tempayan ni air paip jer. Mula-mula tu pikior juge macamana air ni sentiasa ada sedangkan orang dok guna, pergi jenguk sekali ada paip didalam tempayan ni.



Kawasan ni air dia suam-suam, anak-anak saya selamber jer berendam cuma yang kecik tuh dah nak abes bateri sebab seharian dok berendam + berjemur.





ada lagi kolam air panas yang boleh mandi tapi keluasan agak kecil dan saya tak mandi sebab tengok ayaq pun tak berapa nak clear...hahhahaha
Kalau rajin sila ronda kawasan sekitar macam-macam lagi ada.







Mandi sampai puas-berbaloi sungguh la kiranya. Saya kata puas tapi anak bujang saya request nak mai lagi esok hahahah.

Nak salin baju ada disediakan tandas dan tempat persalinan yang besar dan pada ketika saya pergi tu tandas dalam keadaan baik dan selesa.


Kan dah kata anak kecik saya dah low batery, abam Dan kakak pun dah nampak muka keletihan.  





Sebenarnya dekat tempat park & beli tiket ada juga tandas, tapi tandas kecik dan tak der lampu, kalau dah jam 6 lebih tu memang gelap.



Loading barang dalam kereta kami pun bergerak menuju ke Felda Residence Trolak untuk bermalam disana. Ikutkan hati memang nak bermalam kat Hot Spring Sungai Klah tapi apakan daya udah PENUH!!!!

Nak ke Trolak tu jauh la juga saya rasa dekat 20-30minit juga. Harga saya memang tak tau la sebab Suami tercinta yang booking. sampai sini pun dah hujung-hujung Maghrib gambar yang cerah nii kitaorang snap time check out.







Saya riview sikit  dalam  bilik Trolak Residence ni, bilik memang besar cumanya tak der lift. Masa kitaorang check in ni tak ramai so agak lengang. Bagi saya kemudahan yang disediakan lengkap sangat siap ada seterika, bukan semua hotel ada sedia seterika tau. shower pun ada air panas.









Almari baju pun besau 






Bilik include breakfast, tapi menu dia kureng buleh la nak lapik perut. Kan saya dah cakap bangun pagi anak kecik saya dah demam panas, Selesai sarapan kami pun bertolak balik. Tak menyempat nak singgah makan nasi dalam buluh ke apa ke.


Sebelum lupa untuk dinner boleh makan kat Cafe Felda Residence Trolak tetapi perlu memandu tapi tak de la jauh mana dan makanan dia pun sedap.


Alhamdulillah selesai coretan saya untuk Trip ke Sungai Klah setelah hampir dua bulan diperam.


Next Trip saya akan kongsi Pengalaman saya dan anak-anak ke Kidzania Kuala Lumpur insyaalah.