Skip to main content

PULAU PERHENTIAN BESAR (Coral View Island Resort)


Plan ke Pulau Perhentian ni bertangguh lama sungguh makan tahun!

Akhirnya selepas PKP nekad terus book tanpa rundingan dengan husband , terus buat keputusan sendiri. Januari 2022 dah book- punyalah nekad- lepas book dan bayar depo baru inform suami-punyalah nekad.

Tarikh yang dipilih :-3 September 2022 hingga 5 September 2022 (3D2N) ( setelah cuti sekolah bulan jun full).

Penginapan yang menjadi pilihan :- Coral View Island Resort Perhentian- 1 Family Suite Sea View- RM750-pernight.

Kenapa pilih sini? private pool supaya anak tak bosan dan ada aktiviti.


Boat Transfer RM70 perhead (4pax) si kecik dapat FREE (8years old)





Snorkling Trip (Normal trip) RM55 perhead (Si kecik dapat FREE)

5Point:-

1-Teluk Kekek

2-Shark Point 

3-Turtle Point

4-Lata Berani

5-Visit perkampungan Nelayan.

Actually untuk pakej snorkling  boleh jer jalan-jalan kat sana dan compare harga, tapi saya jenis malas nak serabut-fikir nak bercuti jer..so semua saya amik dengan agen.

Part Makan-agent bagitau boleh cari sendiri ikut selera tak perlu amik pakej. ( so kita follow jer lah)

Korang boleh tambah untuk aktiviti ke Long Beach - kat sini meriah waktu malam dan boleh tengok sunset.


1ST DAY


Kiter gerak dari KL jam 5am 

Singgah subuh di RNR 

Sampai di jeti Kuala Besut dalam jam 10.45am

Plan nak naik boat jam 10am tapi terlajak sikit. but no worries agent ejast naik boat jam 11am. 

Sampai jer jeti, agent dah tunggu bawa untuk park kereta then singgah opis Safe Park-bayar full payment.

...ouh terlupa saya guna agent SAFE PARK Dari opis Safe Park agent bawa laluan express terus naik boat. 

Yeay tak perlu beratur...express lane.  Alhamdulillah dalam 20minit rasanya sampai ke Jeti The Barat Perhentian setelah beberapa kali pit stop turunkan penumpang.

Daripada jeti The Bharat berjalan menyusuri pantai ke Coral View Island Resort- nasihat saya jangan bawa beg roda ya...kalau boleh bawa back pack sudah...tiga hari jer nak bawa apa sangat kan! 

Sampai jer kat reception dapat welcome drink dan bilik dah ready... so awal dapat check in.. sepatutnya dalam jam 2pm tapi sebab bilik dah ready... yahuuuuuu.

Bersorak anak-anak bila sampai kat bilik, bilik kitoarang  ada private pool dan seaview. Terus pakat nak terjun kolam la. Sebab perut dah lapar kami alas dulu perut dengan bekalan yang dibawa.


Aktiviti 1st day ni mandi kolam sampai lebam. Pastu  merayau pergi beach main pasir -amik gambar sebab cuaca very nice.


Sebab tak sempat lunch tadi, maka kami berjalan la merayau mencari restoran dan akhirnya lunch cum dinner dekat The mama Restoran. (tak sempat nak snap photo).

Area sini ada 3 pilihan  sahaja kedai makan.  Pada pemerhatian saya harga yang paling okeh dan reasonable  adalah restoran The mama.  Kedai area sini jam 9pm dah tutup yer.

Kalau nak meriah boleh amik boat ke long beach atau Perhentian Kecil. Satu kepala RM10.


2ND DAY

Sepatutnya aktiviti snorkling  pagi, tetapi memandangkan hujan renyai-renyai dan pelancong agak ramai, agent suggest buat trip snorkling petang dalam jam 2.30pm.  So pagi tu breakfast roti canai, mandi kolam dan  mandi laut.



Kitaorang berjalan sikit daripada Coral View menuju ke Perhentian Island resort, kat sini banyak ikan. so aktiviti mengejar baby shark do-do dan ikan pari. 

Lunch harini kami pilih  Restoran Coral View Island- order Fried rice dan ice lemon tea-order menu yang sama senang. Konon plan asal nak lunch kat perkampungan nelayan if snorkling trip waktu pagi, namun apakan daya. 

Selesai solat,  call agent untuk trip snorkling,  Rugi pulak amik trip petang sebab boat man tak nak pergi perkampungan nelayan katanya air besar sebelah petang.



Trip snorkling bermula dengan melawat coral-selam la melihat coral. Anak-anak tak berani sangat sebab takut terlanggar coral.

Then ke  penyu point-penyu tak mau naik...nampak la sayup-sayup.

Rupanya dua point ni depan resort kitaorang jer patut ler nampak banyak boat berhenti dari pagi tadi...hahahah.

Kemudian ke Shark point.. tak nampak pun shark. baik snorkling depan hotel nampak baby shark do-do.

satu point lagi saya tak ingat apa nama, ni pun tengok ikan juga lah...anak kecik dah tak nak turun dia amik biskut bagi ikan makan jer time ni.

Tapi boat man ni sporting , masa kat penyu point tu dia selam p kacau penyu, naik jugalah penyu tu sekejap.

Pastu kat Shark point pun dia turun siap tangkap ikan nemo bagi anak-anak tengok sekejap -teruja la anak-anak.

Last point kami lata berani- air bukit, weh memang best dapat siram kepala dengan air bukit, setelah ko asyik terkena air laut rasa nak pening. Kat sini ada jual makanan ringan- so boleh la beli kudap-kudap isi perut.

Selesai Trip snorkling  balik sambung terjun kolam.

Harini 6.30 kita dah keluar untuk Dinner, Restoran pilihan The Barat Restoran dengan menu masing-masing makanan barat.




Balik bilik - solat maghrib- layan tv- layan view malam- solat isyak- tidur



LAST DAY



Last day- mandi kolam -mandi laut-main pasir- snorkling kejar ikan pari, baby shark

Breakfast habiskan semua makanan yang dibawa (tak pergi cari makanan luar).

Sepatutnya jam 12tengah hari  check out, tapi kami lewat sikit keluar siap solat zuhur dulu ..hiiiii (halal la yer).

Masa nak balik ni, staff  Coral View bawa ke jeti The Bharat untuk tunggu boat (pakej tolong angkat beg sekali).

Otw dalam boat sikecik tu siap terbuai-buai tidur- best sangat kena angin.

Sampai di jeti besut -anak-anak singgah beli cenderahati- masa datang harituh tak sempat merayau sebab ngam-ngam sampai kena naik bot..

Pergi pejabat Safe Park amik kereta.

Perjalan pulang singgah Lunch di ICT penarik, otw nak ke penarik tu dah lapor maka  singgah beli kopok tepi jalan, singgah beli satar tepi jalan untuk alas perut. Sampai Ikan celup tepung penarik perut pun dah kenyang...hhahhah

Tapi dah sampai oder jugalah , ikan celup tepung, sotong celup tepung segala bagai buat rasa...hiii.

Dan meneruskan perjalanan pulang ke KL (tiba-tiba teringat alang-alang dah sampai ) jom  ke Jambatan angkat Kuala Terengganu. Singgah amik gambar (kita pun dah sampai tempat viral ni) hahhahaah.


Perjalanan yang jauh -hahahah rupanya jauh juga ya...sepatutnya stay semalam kat kuala Terengganu baru boleh pekena nasi dagang, menyoping kat pasar payang.


Next ke Pulau Redang kita mengejar penyu.

Next time kena plan betul supaya tak fenaaatttttt.

Jumpa nanti pulau Redang.




Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon