Skip to main content

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik.




Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK.

Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133. Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer.
Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan.

http://www.sugehhillresort.com

Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking. 

Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout 



Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50.

-Mandi Sungai FOC

-Mandi Pool FOC

-Picnic / Berkelah FOC

-Trampolin FOC

-Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa)

-Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendiri.

-Horse Riding (RM20) 15minit

-ATV

-Mini zoo (ada rusa, kuda, swan )

-Bersampan

-Karoke (FRee) so boleh la lepas gian apa lagi hahahahahh

-BBQ (tempat bbq disediakan , sila bawa arang dan bahan untuk dibakar).

-GYM

-Karaoke-FOC tapi kena DEPO 

Kitaorang bergerak dari kl dah jam 12am, pastu sangkut jem pulak...sampai dalam jam 2pm lebih-...waktu check in kat sini 2.30pm. Sampai jer terus pergi reception. Alhamdulillah laju ja reception bagi kunci sebab bilik dah ready cuma kena bayar Deposit RM50 each bilik. 


Taraaaaaa saya pilih Unit Janda Comel dan Janda Kaya, sebabnya unit ini menyediakan 2 katil Queen. So sesuai sangat la dengan jumlah kami 4 dewasa dan 3 kanak-kanak. Actually bilik ni ada connecting door. Cuma kalau korang nak unit yang dekat sungai jangan pilih unit Janda ya.... unit ni jauh sikit daripada sungai unit Janda ni dekat dengan mini zoo.




Apabila pilih unit Janda ni, masa nak drop  boleh jer park depan unit, lepas tu boleh park kat area parking...tak jauh mana pun dari unit Janda ni nampak kawasan parking.


Ni view depan bilik kitaorang, masa ni baru sampai lapaq, nasib bawa coq jagung yang opah masak.


Bilik Janda ni memang luas sangat-sangat.... sangat selesa.
Ada dua katil size Queen
cerek (tapi depa tak provide mineral water) saya siap komplen yang ni.
Iron board & seterika
Tv
Peti ais
Almari maju
Meja Solek
Sofa
Hiasan dia pun okeh lah....
yang penting bersih dan wangi hiiiii



 Bilik Ayaq ada Water Heater, Shampoo dan body shampoo. Ayaq pun dalam suhu yang okeh sepanjang kitaorang guna. Dan  tekanan ayaq pun syiok ja bersiram.

Nah ...saya bagi satu video dalam bilik janda , bagi saya luas sangat kalau korang yang anak4-5 orang boleh jer bawa toto jimat duit weyh hiiiii.











Ok back tu perjalanan kami....
Lepas Check in....solat, salin baju ....tunggu apa lagi pergi picnic kat sungai la... Saya memang dah masak dari rumah... so Picnic tepi sungai arrrr sambil beredam.








Disebabkan ada pool makanya anak kecik sibuk nak swim kat swimming pool.
'I want swim but not here at river, i want pool'.  Ko rasa nak gigit ja stetment dia...mak baru nak enjoy menyelam sungai...huhuhuu.

Dari sungai nak ke swimming pool kami jalan kaki jer, enjoy pemandangan sekeliling. Sambil sembang dengan mak..... udara sangat nyaman weyh best sangat. Tu kat belakang saya, adalah rumah batak ada 6 unit...belakang rumah batak tu terus sungai.



Dah turun naik sungai dua tiga kali, kami packing makanan..next terjun Pool yeahhaaaaaaaa, Budak ni yang paling enjoy mandi pool, tak nak naik huhhh.



Opah pun main ayaq hahahahha
Pool ni next reception jer...pastu tempat karoke tu sebelah ni jer....nampak tak kerusi kayu tu....ha masuk ikut situ if nak karoke, tapi ...tapi....tapi kena p book dekat reception pastu kena bayar deposit dulu baru depa bagi mikrofon. dah abis karok sila  return  mikrofon... dapat la balik RM50 tuh.


Budak kecik ni memang tak mau naik la mandi pool...lepas 10 minit, tambah pulak 5 minit...pastu tambah lagi...sampai kelam.



Dah naik mandi apa lagi ofcoz kebuluq kan, so kat sini best juga sebab port BBQ ni disediakan siap pemagang pun dah ada...cuma bawa la arang..mau tak bawa arang p la cari kayu kering mai bakaq hahahhahaahh. Ehhhh kedai ada jer kat area situ tapi kena drive sikit la.


Nah Oden pedaih hampa oiiii beqasap tingo aih makan..hhahaahha...
Habis le  hitam peqeyok den balik jenuh tonyoh hahahahaha. Eh korang sila bawa alatan masak yang lengkap siap sabun dan span basuh pinggan na. Sebab kat sini Pihak Sugeh tak dak sediakan tempat mencuci. Nasib depan unit kami tu ada paip yang depa dok siram pokok tu...kami basuh seme kat situ jer lah..



Ehhh yang best juga kat sini kalau nak tau ....... kawasan Sugeh ni dalam compound dusun deqeyan. Mai musim deqeyan dapat la makan deqeyan Sugeh Fresh. Konsep dia kalau deqeyan guguq kat unit kita ka...or tengah jalan-jalan tiber deqeyan guguq boleh amik makan haaaa...gituh,,,,kira nasib la kan...hiiii...Kami dapat la rasa durian Sugeh preshhhhh!




Bangun pagi esok my husband lepas subuh dah keluar jogging


Manakala kami pulak kayuh basikal la pusing - pusing.




Pastu siapkan breakfast....kami goreng nasi. sendiri jer kat area BBQ ....anak-anak pula makan cornflakes dan roti.
Sebenarnya kat sini  ada Cafe , so korang boleh la nak breakfast kat Cafe.... berdekatan swimming pool.

For temporary Sugeh belum sediakan bilik Include breakfast.

Settle breakfast, anak-anak dah kalud nak terjun pool.  So layankan depa .

lepas naik pool jom kita mendayung.




Tasiknye kecik dan cetek jer pun. Korang mesti kata tak safety kan!!!! 
tasik ni depat unit Janda jer....dan sampan ni ada  kat tepi tasik tuh...kalau ikutkan kena bayar....tapi takde orang jaga pun so...kami naik ja lah...bhahahahahah.



Mini zoo ni pun berdekatan unit Janda juga, so nampak kan ada kambing tu, anak-anak saya excited la nampak haiwan-haiwan gini....tu nampak tak buah deqeyan dia...hadoi jenuh tunggu tak luquh hhahahah.









Tengok tu, excited dia nak bagi rusa makan. 


So korang banyak sangat aktiviti keluarga boleh buat kat sini....
 Ni anak dara saya tengah naik flying fox....nampak dia enjoy betul.
Flying fox ni sesuai untuk kanak-kanak jer...hiiiiiii






Gamak hangpa jalan-jalan pastu rasa penat boleh jer singgah duduk kat buai or gazebo yang disediakan.

Best kalau lepak membawang kat gazebo tu sambil minum ayaq kopi ngn coq kodok nohhh apa nak kata...angin sepoi-sepoi bahasa.





So far bagi saya orang biasa-biasa ni enjoy stay kat sini.  Anak-anak happy dan enjoy, banyak aktiviti famili boleh buat, sampai  tak sempat nak menonoton TV pun. Rasa tak puas stay sehari....insyaallah ada rezeki mai lagi lain kali.

Tipu la kalau takde kekurangan kan... hopefully next time datang servis lebihh baik...cewah...



So saya listkan beberapa perkara yang perlu diperbaiki pada pendapat saya...

Tapi saya faham Sugeh masih baru... banyak pembinaan tengah run.

-Depan unit kitaorang tu ada lagi kerja-kerja pembinaan.

-Area parking tu waktu malam tak de lampu, ngeri sikit la time malam nak ke kereta.. maybe tak sempat letak lampu lagi masa kitaorang stay tu...sebab pihak Sugeh kata tu area baru buka.

-Mineral water dalam bilik tak provide. Ramai visitor complain tapi tak de action kot sampai time saya stay pun masih sama.

-Parking area tak cukup... masa nak check in... FULL...husband kena tunggu dalam kereta.

-Tak ada Privilage untuk Penginap Sugeh.... ada Visitor yang tidak menginap di Sugeh tapi mandi kat sungai!

- Then masa kitaorang dah loading barang kat bilik, kebetulan parking full so kitaorang tak dapat nak alihkan kereta ke parking area. Staff Sugeh minta kitaorang alihkan, kalau tak alih BURN DEPO. ....Staff menggunakan ayat tak proper la kan...Sebab kita tak tau siapa yang menginap so ayat tu kena la proper. 

-Basikal tak well maintenance....bukan semua basikal... tetapi ada dua tiga yang boleh dikateogerikan tak selamat digunakan.... lagipun basikal tu kena bayar kot bukan FREE!  Handle bengkok, hanlde longgar, tayar tak de angin...bayangkan kalau terjadi kecelakaan...bahaya tuh. 
Part ni pun tak de staff yang tunggu masa nak amik dan return basikal...kiranya belasah ja amik...kalau tak bayar pun takde sape yang tau!

-Sugeh provide tempat BBQ , tapi tak provide sinki untuk mencuci..so acerna nak cuci tu kan!!! Kang tinngal bersepah kena tolak Depo pulak!


Tapi mana ada yang sempurna kan.....insyaallah  kekurangan ni maybe akan ada pembaikan di masa akan datang.


Apa pun anak-anak memang enjoy dan happy gila dan request datang lagi..


Kat sini best sangat  buat Family Day....Bawa segerombalan family buat BBQ, mandi sungai, berkelah ...kayuh basikal best ooooooooo.


Comments

Popular posts from this blog

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony