Skip to main content

TEDUHAN LANGAT

 



Percutian yang mencuba nasib😋 @Teduhan Langat Retreat

Bila tengok kalendar ada cuti sekolah, so kita pun try n error.  Plan memang tak nak pergi jauh sebab nak elak drive lama-lama (macam la aku kena drive).

Hujung bulan May 2022 try contact Teduhan@Langat- Alhamdulillah aku wasap tengah hari, dan diorang reply pada petang hari tersebut.

Teduhan@ Langat punya style akan tanya berapa orang dan pihak mereka yang akan tentukan unit yang sesuai (kita tak oleh pilih-pilih unit). Untuk kitaorang 3dewasa dan 2 kanak-kanak dapat unit Executive Studio Tingkat 2. 

Dalam 1 unit Executive Studio ada:-
👉1 bilik (katil Queen) attach bathroom & 1 single mattress.
👉Hall area -  Sofa Bed , 1 single mattress, TV, cerek eletrik, Induction Cooker,  mini bar fridge, microwave, toaster bread, kitchen utilities (boleh masak).

Tiber teringat tak best pula pergi tempat ni satu family jer, so tergerak nak ajak adik ipar (ada geng main anak-anak nanti).

so bertambah la lagi satu bilik ( diorang berempat) jadi pihak Teduhan@Langat bagi unit Riverside cottage. Actually dah takde pilihan sebab dah full semua unit, ni jer unit yang ado.

Aktiviti yang  boleh buat kat sini:-
👉Mandi kolam
👉Main Gelongsor (ada 2 slide)
👉Jakuzi
👉High rope 
👉Zip line (flying fox)
👉Berjalan kaki disekitar melihat tanaman 
👉Barbeque 
👉Ada zone haiwan ternakan seperti ayam, itik, burung, kambing, merak.

👉Sungai - tak cun (masa time kitaorang pergi ni air deras) kawasan nak mandi sungai pun tak mesra sangat - so kiter memang tak turun sungai.

👉Boleh petik sayur dan buah yang ada disekitar.

Sempat la at the morning tu kita briskwalk keluar dari kawasan teduhan merayau ke kampung sebelah jumpa titi gantung.

Teduhan Langat Retreat ni kalau pandangan saya lebih  kepada alam semulajadi. Air kolam dipam daripada air sungai, pokok yang ditanam menggunakan baja semulajadi. Pastu ada aktiviti hi element yang boleh dibuat oleh satu keluarga, Family Time👪👫.


Percutian 2D1N

Bertolak agak awal-cewah semangat,  sebab plan nak lunch dekat sana (berkelah)
siap masak nasi lauk segala.

Perjalanan mengambil masa 40minit.  Sebab sampai awal around 12-12.30 macam tuh so kita lepak kat wakaf dan berkelah. Wakaf cantik yer ( tempat baru memang cantik la).

Dia punya reception mobile ya...dah sampai kena wasap or call inform dah sampai sebab diorang nak arrange parking. so that day sebab ada family day dalam grop yang besar dan diorang  macam tak reti nak check out so bersidai juga lah kat wakaf tu. Actually check-in dalam jam 2.30pm.

Menu Lunch kitaorang-bersilat aku kat dapur nak menyiapkan menu ni.

Anak-anak dah semangat, pakai uniform swimming dari rumah, punyalah tak sabar nak nak terjun- masa ni baru sampai so kita bawa keluar kopok lekor dulu.Dah lama menunggu anak-anak pun dah lapar terus la berkelah kat sini, siap makan pun bilik belum ready biliknya. Anak-anak yang dah siap uniform swim terus terjun kolam.



Sedang seronok berhip horey main gelongsor, staff depa mai habaq kata boleh check in dah.

Tara ni la bilik kitaorang Executive Studio Tingkat 2 -nama bilik 'Anjung'
Tingkat 2 maksudnya kena menapak naik tingkat 2 la yer (ni kalau bawa orang yang sakit lutut tak sheshuai).


 
Buka jer pintu  ada kerusi dan meja makan, sofa, tv , peti sejuk semua .


Masuk lagi - ada bilik atach bathroom- view belakang tu hutan jer.


Selesai check-in, apa lagi pakat turun semula nak terjun kolam.



kat sini ada jakuzi- ebu dan baba lepak jakuzi ja.





Dalam jam 6.30 kitaorang dah ready untuk acara barbeque- Panggil anak-anak naik untuk bersiap.
Alat bbq pihak Teduhan ada sediakan- kena inform pihak teduhan yang kita nak guna BBQ pit. 

Walaupun dah sedia ada kat lokasi kami BBQ pit-tapi disebabkan kedudukannya jauh sikit daripada wakaf- so  saya request Portable BBQ . Arang kena beli sendiri atau boleh beli dengan pihak Teduhan.

Maghrib tumpang solat kat unit adik ipar sebab unit dia sebelah wakaf jer- belakang tu sungai (so boleh dengar air sungai. Unit aku pula nak kena menapak jauh sikit pastu kena panjat tingkat 2 pulekkk..








Siap periuk nasi ku bawa- senang untuk panaskan nasi yang dah masak seperiuk.
Menu kitoarang selain bakar-bakar, kita ada oden. so bakar dan rebus sahaja menu malam ni.





Pakej kambing bakar lagi.


Day 2 ( which mean hari nak check out)


ini adalah view daripada unit kami di ruang living room- so buka jer tingkap akan nampak view ni sambil dengar bunyi ayam dan burung (best weyh).


Pagi-pagi lagi suami dan si kecik dan turun merayau keliling satu Teduhan ni, siap keluar dari kawasan Teduhan jumpa titi gantung, ni kena keluar dari kawasan Teduhan (view dia subhanallah)


Hasil merayau di sekitar kawasan Teduhan dapat la durian dan buah kuini (Kedahan panggil konen) kebetulan owner Teduhan ni ada masa kitaorang stay dan sangatlah  peramah. Macam biasalah aku memang suka menegur orang, tak sangka pula yang ku tegur tu owner..hahahah- dia kata kalau ada buah yang boleh dimakan sila lah amik. Siap offer amik herba-herba lagi. 
(Owner dia orang melayu, orang Peneng).


Oh lupa- Pagi ni pihak teduhan ada sediakan sarapan pagi yang ringkas dalam jam 8.30am
Menu- nasi lemak bunjut dan kuih serta air panas.  


Selesai sarapan  kita bagi anak-anak beraktivit Zipe line- Actually zip line ni 4 orang tapi Teduhan charga untuk 3 orang sahaja. Satu kepala RM20- kena guna ayat manis banggggg!



Next aktivit terjun swimming pool dan main slide. Lepas swimming mestilah lapar kan? so ada bahan oden yang semalam tak abis kita sambung arini.







Korang tengoklah daun kesum yang ada kat depan wakaf kitoarang ni mashaallah gemuk gilerrrr.





Check out arini kitaorang sengaja lewatkan sebab semalam check in lewat hahhahaah.
Sistem check out dia pun sama- just wasap jer kiter dah chcek out, kunci letak jer kat pintu. 
As usual aku akan pastikan bilik yang ditinggalkan berada dalam keadaan asal semasa aku check in.



Ouh lupa nak story pasal payment- diorang akan minta  deposit security.

Aku  book 2 unit :-
Executive studio- RM430 
Unit ni memang luas, kat living tu boleh letak 3 unit single mattress dan ada satu sofa bed.
kat bilik pula ada satu katil Queen dan boleh letak 2 single mattress ( boleh bawa toto kalau anak ramai) sebab diorang bagi 2 single matress jer.

River Side Cottage-RM305
Unit ni kecik -sesuai untuk 2 orang sahaja- masuk 3 orang dah padat.
Kat unit ni ada cerek elektrik sahaja kalau tak silap-.
So sesuai untuk couple.

So total aku kena bayar RM1070.00 means depo security RM360.

Diesebabkan agak mahal dia punya Depo tu kan, aku pun tanya apa yang melibatkan Depo tu burn (hangus)?

penyebab Depo akan hangus:-
👉Jika ada barang dalam unit pecah (rosak), hilang 
👉Kotor yang melampau.
👉Buat aktiviti hi element - zip line, flying fox etc.
👉atau  naik ATV
👉dan oder makanan seperti kambing, ayam perap.

Security deposit tu akan refund within 24 hours tak silap aku.

Best juga bawa family bercuti dekat-dekat ni tak penat badan duduk dalam kereta lama-lama...hahahaha


Korang yang bawa anak-anak kesini 
ni alamat dan contact number:-

Teduhan @ Langat Retreat
Lot 1491 Batu 20 Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor

013-8338245







Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon