Skip to main content

Posts

Pasir Putih Resort (Kalumpang)

Berkelah otak seminit😂 27 Mac 2022 Esok lusa nak pergi berkelah harini baru sebuk mencari lokasi- Sebab tu selalu kena marah dengan en. suami. Tujuan utama berkelah mandi sungai dan bbq- Apabila melibatkan aktiviti BBQ, mandi sungai, anak-anak aku akan jadi sendu jika family kami sahaja. Tindakan aku mencari mangsa,  adik-adik la ofcoz. Aktiviti macam ni kena ajak achu n paksu baru happening. Nak mudahkan kerja aku, aku bagitau adik ipar nak pergi  piknik area Kalumpang, so pandai-pandai la dia cari lokasi-hahahahah. Keesokan harinya- adik ipar wasap aku broucher ni:- Aku pun tak banyak cakap onz jer la.  Wakaf kena sewa RM50 Entrance pun kena charge :- Dewasa RM10   Kanak-kanak RM5 Bila kena charge ni mean tempat ni terjaga dan mudah-mudahan bersih. Disebabkan adik ipar aku teralu aku rajin dia volunteer nak perap ayam- so aku serahkan kat dia jer lah. Part aku- masak nasi, buat air asam, sayur, sosej. Masak meehun goreng untuk sarapan. Sediakan pinggan, mangkuk sudu garfu, pisau dll
Recent posts

TEDUHAN LANGAT

  Percutian yang mencuba nasib😋 @Teduhan Langat Retreat Bila tengok kalendar ada cuti sekolah, so kita pun try n error.  Plan memang tak nak pergi jauh sebab nak elak drive lama-lama (macam la aku kena drive). Hujung bulan May 2022 try contact Teduhan@Langat- Alhamdulillah aku wasap tengah hari, dan diorang reply pada petang hari tersebut. Teduhan@ Langat punya style akan tanya berapa orang dan pihak mereka yang akan tentukan unit yang sesuai (kita tak oleh pilih-pilih unit). Untuk kitaorang 3dewasa dan 2 kanak-kanak dapat unit Executive Studio Tingkat 2.  Dalam 1 unit Executive Studio ada:- 👉1 bilik (katil Queen) attach bathroom & 1 single mattress. 👉Hall area -  Sofa Bed , 1 single mattress, TV, cerek eletrik, Induction Cooker,  mini bar fridge, microwave, toaster bread, kitchen utilities (boleh masak). Tiber teringat tak best pula pergi tempat ni satu family jer, so tergerak nak ajak adik ipar (ada geng main anak-anak nanti). so bertambah la lagi satu bilik ( diorang berempat

PULAU PERHENTIAN BESAR (Coral View Island Resort)

Plan ke Pulau Perhentian ni bertangguh lama sungguh makan tahun! Akhirnya selepas PKP nekad terus book tanpa rundingan dengan husband , terus buat keputusan sendiri. Januari 2022 dah book- punyalah nekad- lepas book dan bayar depo baru inform suami-punyalah nekad. Tarikh yang dipilih :-3 September 2022 hingga 5 September 2022 (3D2N) ( setelah cuti sekolah bulan jun full). Penginapan yang menjadi pilihan :- Coral View Island Resort Perhentian- 1 Family Suite Sea View- RM750-pernight. Kenapa pilih sini? private pool supaya anak tak bosan dan ada aktiviti. Boat Transfer RM70 perhead (4pax) si kecik dapat FREE (8years old) Snorkling Trip (Normal trip) RM55 perhead (Si kecik dapat FREE) 5Point:- 1-Teluk Kekek 2-Shark Point  3-Turtle Point 4-Lata Berani 5-Visit perkampungan Nelayan. Actually untuk pakej snorkling  boleh jer jalan-jalan kat sana dan compare harga, tapi saya jenis malas nak serabut-fikir nak bercuti jer..so semua saya amik dengan agen. Part Makan-agent bagitau boleh cari sendi