Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Pak Bara Beach, Satun Thailand

Daripada Tanyong Pao perjalanan diteruskan ke Pak Bara Beach berpandukan penunjuk arah 'waze'. Sejam lebih perjalanan, agak lama juga. Perancangan asal nak bermalam di Lang Ka  Beach Resort, Parking jer kereta di Lang Ka Beach, terus di sambut oleh dua orang pekerja dan berbahasa malaysia. wah bestnya tapi yang tak best bilik family dah Full tinggal bilik standard sahaja tu pun di sebelah belakang, dan pekerja kat sini baik, siap bawa tunjuk bilik dulu untuk view.  Jadi saya buat keputusan nak jalan lagi, sebab di Lang Ka Beach Resort ni memang tepi laut tetapi tak boleh mandi laut sebab ada tembok batu, so alasan tu paling top sebab anak-anak memang hantu main pasir. Kami meneruskan perjalanan menyusuri pantai Pak Bara, banyak deretan restoran di sepanjang pantai, pendek kata bab makan tak kebuluran la kalau stay area ni. Satu perkara di Satun ni diorang mengutamakan tulisan signboard dalam bahasa thailand, so saya yang memang tak tau bahasa siam apa lagi tulisan siam

Tanyong pao, Satun Thailand

Percutian hujung tahun 2015 destinasi pilihan saya adalah Satun, Thailand. Sebenarnya plan asal nak ke Hatyai, tetiba hari nak pergi tukar ke Satun. ni kira percutian main redah. Alasan nak ke Satun sebab seafood yang murah dan sedap & Laut yang cantik. Perjalanan dari rumah mak (Changlun ke Wang Kelian)*border ambil masa dalam sejam, Ikut wang Kelian nak ke Satun adalah yang terdekat. Kami bertolak 22 hb dalam jam 11am sebab pergi renew pasport mak dulu di Imigresen bukit kayu hitam. sampai kat sempadan, nasib orang tak ramai so tak yah beratur panjang, cuma amik masa nak isi borang jer. Korang jangan lupa nak cop pasport masuk kat imigresen Thailand sila masukkan siap-siap RM1, macam kitaorang tak selit alih2 abis cop dia minta rm10 untuk 6orang..rugi 4 hengget. Kitaorang bawa masuk kereta, ambil insurans kat pekan Changlun untuk seminggu punya cuma RM19.00 sahaja. dan pastikan bawa sekali geran kereta. kitaorang terus menuju ke pekan satun, singgah beli sim card thail