Daripada Tanyong Pao perjalanan diteruskan ke Pak Bara Beach berpandukan penunjuk arah 'waze'. Sejam lebih perjalanan, agak lama juga. Perancangan asal nak bermalam di Lang Ka Beach Resort, Parking jer kereta di Lang Ka Beach, terus di sambut oleh dua orang pekerja dan berbahasa malaysia. wah bestnya tapi yang tak best bilik family dah Full tinggal bilik standard sahaja tu pun di sebelah belakang, dan pekerja kat sini baik, siap bawa tunjuk bilik dulu untuk view. Jadi saya buat keputusan nak jalan lagi, sebab di Lang Ka Beach Resort ni memang tepi laut tetapi tak boleh mandi laut sebab ada tembok batu, so alasan tu paling top sebab anak-anak memang hantu main pasir. Kami meneruskan perjalanan menyusuri pantai Pak Bara, banyak deretan restoran di sepanjang pantai, pendek kata bab makan tak kebuluran la kalau stay area ni. Satu perkara di Satun ni diorang mengutamakan tulisan signboard dalam bahasa thailand, so saya yang memang tak tau bahasa siam apa lagi tulisan siam...
by Zakiah Zakaria