Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Resepi bubur asyura (utara)

 Bubur Asyura Utara Resepi bubur asyura saya ambil daripada bonda tersayang, kebiasaannya orang kampung akan gotong royong buat kat surau or masjid, tapi kat kawasan kediaman saya, tak de pulak nampak geng surau ni mengacau bubur asyura, disebabkan teringin sangat nak makan so saya putuskan nak kacau sendiri gigih sungguh walaupun kacau sambil kepit anak kecik. Bahan-Bahan ** (rendam semalaman) Beras 2 bekas bulat tau fu fa  Kacang hijau Kacang tanah Kacang Kuda Bahan-Bahan Jagung  Keledek Pisang raja Santan Gula pasir Gula Merah Cara Membuat: 1. Beras yang direndam semalaman di kisar sehingga halus 2. Kacang hijau, kacang kuda, kacang tanah di rebus sehingga empuk 3.Masukkan beras yang di kisar bersama santan kedalam kuali / periuk 4. Masukkan keledek yang telah dipotong ***** ( dah gaul semua baru pasang api) 5. Masukkan gula *(ikut kemanisan yang anda suka) 6. Kacau sehingga keledek lembut dan menjadi pekat. 7. Masukkan ke

PETUA RAMBUT GUGUR

 Masalah keguguran rambut agak ketara pada beberapa bulan pertama selepas kelahiran, kebanyakkan ibu yang baru mendapat bayi pertama akan terkejut dengan situasi ini. Sebenarnya perkara ini adalah normal jadi para ibu jangan panik, kerana ini tidak akan menyebabkan anda "BOTAK". Rambut anda insyaallah akan kembali normal ketika bayi anda berusia 1 tahun. M engapa saya  (Wanita) mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin? Kerana 85% hingga 95% rambut anda mengalami fasa pertumbuhan manakala 5% hingga 15% mengalami fasa rehat.  Selepas fasa rehat rambut ini akan gugur (biasanya ketika anda bershampo, sikat rambut) .  Kemudian akan diganti dengan rambut baru yang akan tumbuh. Ini Juga disebab kan perubahan HORMON. Wanita kebiasaannya akan kehilangan 100 helai rambut sehari!!! Ketika ibu mengandung, hormon estrogen akan memanjangkan fasa pertumbuhan rambut. Sedikit sahaja bilangan rambut yang berada dalam fasa rehat dan kadar keguguran rambut berk

Orchid Bistro

Penghujung September 2015, en. boss ajak pergi Aeon Big Wangsa Maju, dengan alasan nak beli barang dapur. Masuk jer Aeon si anak bujang dah sibuk lapar, so minta dia buat pilihan nak makan kat mana, jadinya dia pilih nak makan kat 'Orchid Bistro'. Sebenarnya ini kali pertama saya tengok restoran ni selepas Aeon Big buat renovation. Dah dapat menu, memasing rambang mata nak order makanan. (sory gambar tak berapa cantik). Bila tengok menu, saya sangat la tertarik dengan gambar 'Mamak Mee'  Makanya saya pesan Mamak Mee (ada 2 ketul chicken wings) Suami pulak pesan Nasi Black Pepper (Free Ice Lemon Tea) Anak Teruna pesan Mixed Grill (3 Selction- ada chicken, beef & lamb)  Anak Dara pula pesan Chicken Maryland *sebab dia order set ni ada jagung. Portion dia agak besar , anak-anak saya punya memang tak habes makan, jadi saranan saya kalau budak kecil sebaiknya berkongsi jer lebih jimat dan tak membazir. bab rasa, tidak terlalu sed