Sunday, 25 October 2015

Resepi bubur asyura (utara)


 Bubur Asyura Utara


Resepi bubur asyura saya ambil daripada bonda tersayang, kebiasaannya orang kampung akan gotong royong buat kat surau or masjid, tapi kat kawasan kediaman saya, tak de pulak nampak geng surau ni mengacau bubur asyura, disebabkan teringin sangat nak makan so saya putuskan nak kacau sendiri gigih sungguh walaupun kacau sambil kepit anak kecik.

Bahan-Bahan ** (rendam semalaman)
Beras 2 bekas bulat tau fu fa 
Kacang hijau
Kacang tanah
Kacang Kuda


Bahan-Bahan
Jagung
 Keledek
Pisang raja
Santan
Gula pasir
Gula Merah


Cara Membuat:
1. Beras yang direndam semalaman di kisar sehingga halus
2. Kacang hijau, kacang kuda, kacang tanah di rebus sehingga empuk
3.Masukkan beras yang di kisar bersama santan kedalam kuali / periuk
4. Masukkan keledek yang telah dipotong *****( dah gaul semua baru pasang api)
5. Masukkan gula *(ikut kemanisan yang anda suka)
6. Kacau sehingga keledek lembut dan menjadi pekat.
7. Masukkan kekacang yang telah ***direbus tadi bersama jagung.
8. Sehingga betul betul pekat masukkan pisang yang telah dihiris tadi.
9. kacau sehingga adunan menjadi berkilat dan ambil sedikit letak ke atas piring untuk pastikan bubur tersebut sedia di angkat.
10. Biarkan sejuk seketika sebelum di hidangkan.


Anggaran masa yang saya ambil adalah 3 jam. Lenguh kaki berdiri ..hahahhhhah



Adunan santan, gula merah, gula pasir dan keledek (dah siap semual dalam kuali baru hidupkan api)


kacang kuda yang dah direbus

Kacang hijau dah siap di rebus

jagung manis

Pisang 

setelah sejam di atas dapur


Gambar yang siap di hidang nanti saya hupload yer...
sebab dah letih sangat semalam tak sempat nak amik gambar guna hp saya, so kena amik dari hp suami.


**** selamat mencuba uullllssss, car abuat senang saja, tapi yang penat nak mengacau tu .