Skip to main content

Orchid Bistro

Penghujung September 2015, en. boss ajak pergi Aeon Big Wangsa Maju, dengan alasan nak beli barang dapur.

Masuk jer Aeon si anak bujang dah sibuk lapar, so minta dia buat pilihan nak makan kat mana, jadinya dia pilih nak makan kat 'Orchid Bistro'. Sebenarnya ini kali pertama saya tengok restoran ni selepas Aeon Big buat renovation.



Dah dapat menu, memasing rambang mata nak order makanan. (sory gambar tak berapa cantik).

Bila tengok menu, saya sangat la tertarik dengan gambar 'Mamak Mee' 
Makanya saya pesan Mamak Mee (ada 2 ketul chicken wings)

Suami pulak pesan Nasi Black Pepper (Free Ice Lemon Tea)

Anak Teruna pesan Mixed Grill (3 Selction- ada chicken, beef & lamb) 

Anak Dara pula pesan Chicken Maryland *sebab dia order set ni ada jagung.


Portion dia agak besar , anak-anak saya punya memang tak habes makan, jadi saranan saya kalau budak kecil sebaiknya berkongsi jer lebih jimat dan tak membazir.

bab rasa, tidak terlalu sedap, elok-elok je rasanya.
tetapi service memang cepat, order sekejap ja dah sampai, tak yah nak tunggu lelama, pastu boleh minta extra black pepper sos, mushroom sos.

Air anak bujang

Nasi Ayam Black Pepper + telor mata

Mamak Mee + chicken wings 2 ketoi

amboi bukan main suap menyuap

Chicken Maryland ( ayam + fries + hot dog+ pisang+ jagung+coslow)

Mixed Grill (Chicken + lamb+ beef+ fries+Telor mata+ hot dog+coslow)




Suasana restoran menarik dan selesa, sebab tu anak bujang buat pilihan makan kat sini. Kena la dengan citarasa dia.





Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon