Skip to main content

A Famosa 2016

Perancangan percutian ke A-Famosa dibuat selepas MIL membuat keputusan nak beraya di KL.



Menjelang pagi raya haji, selepas sembahyang raya , kami konvoi 3 biji kereta menuju ke A-Famosa Melaka, perjalanan mengambil masa dalam 1 jam +-  dari Putrajaya.  Pengagihan kerja & menu sudah diagih-agihkan.



 Disebabkan bangun awal 3 teruna ni siap terlentok-lentok sepanjang perjalanan. Kalau konvoi adik beradik suami jer..kereta saya memang penuh dengan anak teruna, anak dara pula berpindah kereta lain.



Cik Tiyah 

Vllla 4 Bedroom with pool

Villa 4 Bedroom menjadi pilihan, budak-budak tidur luar atas toto. Terdapat private pool dibahagian belakang villa. 

Lunch dah bawa bekal dari rumah ,  sampai je kat villa terus lunch nasi arab. Lepas solat we decide nak ke Melaka Premium Outlet. Jangan tak tau lokasinya sebelah je A-Famosa ni. Pergi shopping ni mak & bapa  budak jer yang pergi, anak-anak mandi pool la.


si tecik ni kena la bawa sebab susu cap gantung.





Bukan Mak & baba jer shopping si kecik ni pun sama

Melaka Premium Outlet ni tak der la besar mana, dan brand pun tak banyak, tak der shopping sangat setakat menjamu mata dan exercise kaki jer, Nak best Pergi JPO banyak pilihan & kawasan besar.

 Selesai meronda balik semula Villa dan bersiap-siap untuk program malam nanti nak masuk Old West. Persembahan bermula jam 8.30am

Persembahan Malam :

Cultural Show 7.30pm Daily

Red Indian Show 8.30pm Daily

Carnival 9.15pm Daily

Firework 9.45pm Daily



In between persembahan diorang akan lepaskan binatang yang jinak seperti kambing, ayam , itik. boleh bergambar, tapi gambar yang diorang snap 1 keping rm20.00 tau.
masuk jer old west diorang dah snap 1 gambar, pandai tau diorang buat duit..hiiii



Keesokkan paginya aktiviti Animal World Safari bermula seawal jam 9am, breakfast dekat villa jer sebab dah bawa rice cooker, pressure cooker segala bagai, selesai breakfast nasi lemak made by MIL,  maka berangkatlah kami, sampai parking area, kereta dah agak penuh di parking yang berhampiran pintu masuk safari , makanya kena menapak. parking rm3.00 per entry.

Aktiviti yang anda boleh lakukan adalah:

1- Safari Adventure
Meneroka keajaiban habitat hidupan liar seperti harimau, singa, gajah, unta, kuda dan lain-lain dan alam sekitar dalam trak safari. Anak-anak memang enjoy dua trip diaorang follow. 

2-Monkey Island
Menyeberangi tasik menaiki rakit moden, saya panggil rakit moden...hhhahaha ke Monkey Island mungkin boleh memberi pengalaman baru kepada anak-anak. sekejap jer 5 minit jer pun. tengok ler bukan anak-anak jer suka mak & ayah anak pun suka.


nilah rupa rakit moden tu.
3-Walk Thru_Area
 Selain tengok Wildlife menaiki trak, kita boleh Berjalan di sekitar Safari sambil melihat haiwan-haiwan dengan lebih dekat, si kecik tu suka la sangat tengok beekkk (kambing), yeahhhaaa( poney), kwekk-kwek (itik) dan ada lagi binatang yang saya tak dapat nak senaraikan, disini ada jualan air dan makanan ringan , tapi harga sendiri mau tau la.

4-farm House
Melawat Farm house boleh memberi pengalaman kepada anak -anak melihat ayam dan arnab yang ada dinatranya saya sendiri pun belum pernah lihat sebelum ini, anak-anak  berpeluang menyentuh anak ayam yang comel, dimana terdapat 10 jenis ayam yang berbeza. excited tau.

Selain itu boleh menikmati 

5-Persembahan Gajah (Waktu persembahan  dua kali sehari 10.15am & 4.30pm).
Anak minta nak tengok jam 4.30 waktu persembahan, tapi kitaorang dah flate dah..

6-Multi Animal Fun Time (Waktu persembahan 11.20am & 3.00pm)
Persembahan dari pelbagai jenis haiwan, anak-anak la excitednya, mak anak tak de perasaan pun.



7-Persembahan Burung (Waktu persembahan 12.00noon & 3.45pm)
Selesai persembahan pelbagai haiwan , kami menuju ke persembahan Burung, si kecik tu suka la bird, kat sini pun diorang buat duit tau, dengan cara, kita pegang duit RM10 sahaja berdiri angkat tangan sambil mengoyangkan duit tersebut, burung akan terbang amik duit tersebut, sebagai pertukaran anda akan diberikan sekeping  lukisan hasil daripada lakaran burung tersebut. RM 10 sahaja tau, RM 5 or RM1 burung tu tak amik.
yang ni pun anak-anak ler excited, kalau ada 5 orang anak kesemua nak ..jenuh mak RM50.


8-Wild Wild West
Persembahan Wild-wild West ni  anak saya bagi Thumbs up ,  maybe sebab adegen koboi tembak menembak, kejar mengejar dengan kuda , adegen berlawan dan sedikit lucu tu yang dia  suka sangat. tapi pada saya biasa sahaja (bosan).


Seharian sehingga jam 4.00pm kami bersiaran di Safari, si kecik tu sampai dua kali poo-poo sampai Villa omak dah letih, anak-anak tak reti letih ke?  diorang sambung terjum pool.

Lepas maghbrib bersiap-siap untuk dinner di  Ikan Bakar Parameswara Umbai.



saya sertakan alamat:


KM 12, Jalan Pengkalan, Pulau Besar, 75460, Melaka, Malaysia


moment A-Famosa Resort Melaka
Jika nak lebih info sila lawati laman A-Famosa di bawah.

http://www.afamosa.com/accomodation/villa/








Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon