Perancangan percutian ke A-Famosa dibuat selepas MIL membuat keputusan nak beraya di KL.
Menjelang pagi raya haji, selepas sembahyang raya , kami konvoi 3 biji kereta menuju ke A-Famosa Melaka, perjalanan mengambil masa dalam 1 jam +- dari Putrajaya. Pengagihan kerja & menu sudah diagih-agihkan.
Cik Tiyah
![]() |
Vllla 4 Bedroom with pool |
Villa 4 Bedroom menjadi pilihan, budak-budak tidur luar atas toto. Terdapat private pool dibahagian belakang villa.
Lunch dah bawa bekal dari rumah , sampai je kat villa terus lunch nasi arab. Lepas solat we decide nak ke Melaka Premium Outlet. Jangan tak tau lokasinya sebelah je A-Famosa ni. Pergi shopping ni mak & bapa budak jer yang pergi, anak-anak mandi pool la.
![]() |
si tecik ni kena la bawa sebab susu cap gantung. |
![]() |
Bukan Mak & baba jer shopping si kecik ni pun sama |
Melaka Premium Outlet ni tak der la besar mana, dan brand pun tak banyak, tak der shopping sangat setakat menjamu mata dan exercise kaki jer, Nak best Pergi JPO banyak pilihan & kawasan besar.
Selesai meronda balik semula Villa dan bersiap-siap untuk program malam nanti nak masuk Old West. Persembahan bermula jam 8.30am
Persembahan Malam :
Cultural Show 7.30pm Daily
Red Indian Show 8.30pm Daily
Carnival 9.15pm Daily
Firework 9.45pm Daily
In between persembahan diorang akan lepaskan binatang yang jinak seperti kambing, ayam , itik. boleh bergambar, tapi gambar yang diorang snap 1 keping rm20.00 tau.
masuk jer old west diorang dah snap 1 gambar, pandai tau diorang buat duit..hiiii
Keesokkan paginya aktiviti Animal World Safari bermula seawal jam 9am, breakfast dekat villa jer sebab dah bawa rice cooker, pressure cooker segala bagai, selesai breakfast nasi lemak made by MIL, maka berangkatlah kami, sampai parking area, kereta dah agak penuh di parking yang berhampiran pintu masuk safari , makanya kena menapak. parking rm3.00 per entry.
Aktiviti yang anda boleh lakukan adalah:
1- Safari Adventure
Meneroka keajaiban habitat hidupan liar seperti harimau, singa, gajah, unta, kuda dan lain-lain dan alam sekitar dalam trak safari. Anak-anak memang enjoy dua trip diaorang follow.
2-Monkey Island
Menyeberangi tasik menaiki rakit moden, saya panggil rakit moden...hhhahaha ke Monkey Island mungkin boleh memberi pengalaman baru kepada anak-anak. sekejap jer 5 minit jer pun. tengok ler bukan anak-anak jer suka mak & ayah anak pun suka.
![]() |
nilah rupa rakit moden tu. |
Selain tengok Wildlife menaiki trak, kita boleh Berjalan di sekitar Safari sambil melihat haiwan-haiwan dengan lebih dekat, si kecik tu suka la sangat tengok beekkk (kambing), yeahhhaaa( poney), kwekk-kwek (itik) dan ada lagi binatang yang saya tak dapat nak senaraikan, disini ada jualan air dan makanan ringan , tapi harga sendiri mau tau la.
4-farm House
Melawat Farm house boleh memberi pengalaman kepada anak -anak melihat ayam dan arnab yang ada dinatranya saya sendiri pun belum pernah lihat sebelum ini, anak-anak berpeluang menyentuh anak ayam yang comel, dimana terdapat 10 jenis ayam yang berbeza. excited tau.
Selain itu boleh menikmati
5-Persembahan Gajah (Waktu persembahan dua kali sehari 10.15am & 4.30pm).
Anak minta nak tengok jam 4.30 waktu persembahan, tapi kitaorang dah flate dah..
6-Multi Animal Fun Time (Waktu persembahan 11.20am & 3.00pm)
Persembahan dari pelbagai jenis haiwan, anak-anak la excitednya, mak anak tak de perasaan pun.
Selesai persembahan pelbagai haiwan , kami menuju ke persembahan Burung, si kecik tu suka la bird, kat sini pun diorang buat duit tau, dengan cara, kita pegang duit RM10 sahaja berdiri angkat tangan sambil mengoyangkan duit tersebut, burung akan terbang amik duit tersebut, sebagai pertukaran anda akan diberikan sekeping lukisan hasil daripada lakaran burung tersebut. RM 10 sahaja tau, RM 5 or RM1 burung tu tak amik.
yang ni pun anak-anak ler excited, kalau ada 5 orang anak kesemua nak ..jenuh mak RM50.
8-Wild Wild West
Persembahan Wild-wild West ni anak saya bagi Thumbs up , maybe sebab adegen koboi tembak menembak, kejar mengejar dengan kuda , adegen berlawan dan sedikit lucu tu yang dia suka sangat. tapi pada saya biasa sahaja (bosan).
Seharian sehingga jam 4.00pm kami bersiaran di Safari, si kecik tu sampai dua kali poo-poo sampai Villa omak dah letih, anak-anak tak reti letih ke? diorang sambung terjum pool.
Lepas maghbrib bersiap-siap untuk dinner di Ikan Bakar Parameswara Umbai.
KM 12, Jalan Pengkalan, Pulau Besar, 75460, Melaka, Malaysia
moment A-Famosa Resort Melaka
Jika nak lebih info sila lawati laman A-Famosa di bawah.
http://www.afamosa.com/accomodation/villa/
Comments
Post a Comment