Skip to main content

DOA

Ya Allah Makbulkan Doa hambamu

Antara sifat seorang Mukmin sejati ialah sentiasa memohon dan meminta kepada Allah S.W.T dengan penuh pengharapan dan bersungguh-sungguh.

Doa adalah talian hayat dalan kehidupan seorang insan bernama hamba dengan Allah yang Maha Berkuasa.

Apabila seseorang hamba itu berdoa, dia akan merasakan Allah S.W.T sentiasa dekat dengannya, mengawal dan memerhatikan segala tindakannya tanpa henti. Apabila seseorang hamba itu berdoa, dia perlu yakin dan percaya bahawa doanya itu akan diperkenankan oleh Allah S.W.T.

Keyakinan ini berasaskan kepada firman Allh SWT yang bermaksud:
Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada meyembha-Ku akan masuk neraka Jahanan dalam keadaan hina dan dina. (al-mukmin :60)

Namun begitu, kita perlu berwaspada agar doa yang kita panjatkan kepada Allah SWT terhalang daripada dimakbulkan. Ini adalah kerana, terdapat daripada kalangan orang beriman yang bukan sahaja tidak dimakbulkan, bahkan langsung tidak dipedulikan oleh Allah SWT. Antaranya ialah:


Terdapat beberapa kemungkinan doa tidak dimakbulkan

Menggunakan Harta Haram
Seseorang yang memperoleh pendapatan yang haram. Lalu menggunakannya untuk makan dan minum, membeli pakaian, rumah dan kenderaan. Ia akan menyebabkan doa yang dipanjatkan  kepada Allah SWT terhijab dan tidak diterima.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud:
Seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalaan yang jauh, hal rambutnya kusut masa, mukanya berdebu di manadia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku ....Wahai Tuhanku ...sedangkan makananya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram...dan dia dibesarkan dengan memakan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. (riwayat Muslim)

Dalam hadis tersebut Rasulullah SAW telah mengambarkan bagaimana doa seseorang itu boleh ditolak kerana tidak mempedulikan persoalan hartanya, sama ada daripada sumber yang halal atau yang haram.

Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam menentukan sumber pendapatan yang kita peroleh, sama ada haram secara zat (haram lizatihi) atau haram kerana sebab-sebab yang lain (haram ligharihi).
Haram lizatihi boleh terjadi apabila kita terlibat dalam kegiatan haram yang terkandung dalan al-Quran dan hadis secara langsung seperti; perniagaan minuman keras, perjudian dan maksiat. Manakala haram lighairihi pula yang melibatkan keharamansecara tidak langsung seperti riba, gharar dan sebagainya.

Gelojoh dan Terburu-Buru
Antara golongan yang ditolak doanya ialah mereka yang gelojoh dan terburu-buru ketika berdoa.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Dikabulkan doa seseorang daripada kalian selama ia tidak buru-buru, (dimana) ia berkata: Aku sudah berdoa namun belum dikabulkan doaku. (diriwayatkan oleh Al-Bukhari) Yang dimaksudkan dengan demikian ialah mereka yang apabila berdoa, dia seolah-olah mendesak dan memaksa Allah SWT supaya memakbulkan doanya secepat mungkin. Justeru, dalam kita beroda, kena banyakkan bersabar dan bersangka baik kepada Allah SWT.

Mungkin doa kita sudah dimakbulkan, tetapi menunggu masa untuk dijadikan sebagai realiti. Semuanya mengikut keputusan dan perancangan Allah dan ia adalah yang terbaik.

Lihatlah bagaimana Nabi Musa dan Nabi Harun as. berdoa tentang kekejaman Firaun. Doa mereka berdua dimakbulkan oleh Allah SWT. Namun, kerajaan Firaun tidak tumbang dalam masa sehari dua, bahkan memakan masa puluhan tahun selepas itu.

Demikian juga Nabi Yaakub as. yang tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT supaya dikembalikan anak Baginda iaitu Nabi Yusuf as. Doanya dimakbulkan, namun selepas puluhan tahun baru Baginda bertemu semula dengan Nabi Yusuf as.

 Tidak Bersungguh-Sungguh Dalam Berdoa
Sebagaimana sekiranya kita meminta daripada manusia, kita juga perlu bersunguh-sunguh ketika berdoa dan memohon  daripada Allah SWT tidak boleh beroda secara sambil lewa atau acuh tak acuh seperti melepaskan batuk di tangga.

Sabda Nabi SAW:
Apabila seseorang daripada kamu berdoa dan memohon kepada Allah SWT, janganlah dia mengucapkan : YA Allah ampuni dosaku jika engkau kehendaki, sayangilah aku jika engkau kehendaki, dan berilah rezeki jika engkau kehendaki. Akan tetapi, dia harus bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya Allah berbuat menurut apa yang Dia kehendaki dan tidak ada yang memaksa-Nya (diriwayatkan oleh Al-BUkhari).

Lalai dan Tidak Khusyuk
Kita perlu fokus dan betul-betul memberikan perhatian dengan penuh pengharapan. setiap lafaz perkataan yang diungkapkan daripada mulut perlu keluar daripada hati yang tulus ikhlas. Ini menuntut supaya kita memahami isi kandungan doa yang dikemukan.
Sabda Nabi SAW: Berdoalah kepada Allah SWT dan kamu yakin akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang hatinya lali dan tidak khusyuk. (diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Al-Hakim).

Meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar
Allah SWT telah menjadikan amar makruf dan nahi mungkar sebagai satu syarat untuk kita menjadi umat yang terbaik. Firman Allah SWT yang bermaksud : kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik melarang daipada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (ali Imran :110)

Apabila kita meninggalkan kewajipan ini, maka akan berleluasalah maksiat dan penderhakaan di atas muka bumi . Apabila kita hanya melihat sahaja maksiat yang berlaku tanoa mengambil tindakan untuk membanterasnya, maka pada ketika itulah Allah SWT akan menurunkan bala dan tidak akan memakbulkan doa kita.

Nabi SAW bersabda: Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, hendaklah kalian menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran atau (kalau tidak kalian lakukan) maka pasti Allah akan menurunkan seksaan kepada kalian, hingga kalian berdoa kepada-Nya, tetapi tidak dikabulkan. (diriwiyatkan oleh At-Tirmidzi dan Ahmad).

Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon