Skip to main content

lawas sembelit Ostematrix

BONE HEALTH ********** KESIHATAN TULANG
Ostematrix terbukti secara klinikal dapat menyediakan nutrisi penting serta unik dan melebihi fungsi kalsium dalam membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat serta membantu mengurangkan risiko osteoporisis.

Mengandungi 120 Kaplet / 30 Sajian
Sajian sehari 4 kaplet
Untuk hasil yang lebih baik ambik dua biji kaplet , dua kali sehari selepas makan.


Komprehensif , Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan

Lindungi Tulang anda dengan Ostematri. Anda memerlukan lebih daripada kalsium semata-mata untuk membina tulang yang kuat. Ostematrix juga menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk Kalsium, Vitamin D, Magnesium dan banyak lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat:

Ostematrix Membekalkan :
1,000mg (100% Pengambilan Harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu mengabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400IU (100% Pengambilan Harian) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.



FUNGSI OSTEMATRIX


Membina tulang dan gigi yang kuat
Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
Membantu mengurangkan simpton-simpton sengugut seperti perut kembong, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.


Siapakah yang memerlukan Ostematrix??

~Ibu menyusu-saya sendiri menggunakan ostematrix untuk memastikan mendapat kalsium yang cukup- Ini kerana 40% daripada susu ibu adalah kalsium, anak anda tak kesah pun badan anda mendapat kalsium yang cukup atau tidak.. yang akan mendapat kesan akibat kekurangan kalsium adalah anda.

~Suami /Isteri yang bekerja kepenatan / lesu rasa tidak bermaya

~Warga emas

~Wanita yang mengalami PMS, period pain, sengugut

~Mereka yang mengalami kekejangan otot, gigi ngilu

~Anda yang mengatasi masalah sering sakit kepala / migran / susah lawas.

PROMOSI MARCH



APO KATO PENGGUNA








Perbezaan Shaklee :

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%

Formulanya unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan boron.
Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetangah mineral.
Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.


Manfaat Utama
1. Menguatkan TULANG - kalsium menghalang OSteoporosis, MENGuatkan KUku, KerangKA, gigi & SISTEM SAraF
Merawat tulang retak, osteomalacia, kuku rapuh, ekzema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
2.Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg kalsium sebelum tidor akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
3.Meringankan Stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memlihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidor selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk & stress
Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala, pitam.
4. Memeperbaiki masalah haid - Kajian menunjukan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
5.Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.
6.Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik


Didalam Ostematrix terdapat Vitamin D,
Fungi Vitamin D : Dinamakan sebagai vitamin D pada tahun 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosfuros untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarin yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.

Magnesium : Ini adalah ion positif  no.2 penting didalam tubuh kita. Ianyan menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium , melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu pada hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
ZINC, boron, Manganes, kuprum : memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

BAGAIMANA MEMILIH KALSIUM PREMIUM?
Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium
Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
Elakan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

KEPERLUAN KALSIUM KEPADA WANITA

Umur 19-54 tahun -800mg
Umur 54 dan keatas -1000mg
Mengandung - 1100mg
Menyusu anak - 1200mg

Sumber kalsium
Produk tenusu
Makanan laut seperti tiram
Sayuran seperti taugeh, brokoli dan kobis
Buah-buahan seperti kekacang dan tauhu
 Supplimen
Mendapat cukup bekalan magnesium, protein, zink dan fosforus (membantu penyerapan kalsium)
Bersenam secara sederhana, sekurang-kurangnya 30minit tiga kali seminggu-terutama senaman mengangkat beban
Senaman semudah berjalan dan menaiki tangga sangat berguna untuk membina tulang kuat
Elak Merokok
Minuman keras atau mengambil kafein (teh@kopi) berlebihan kerana ia menganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
Menjalani pemeriksaan kepadatan jisim tulang (DXA) secara berkala terutama wanita yang selepas menopaus, ia boleh dilakukan menerusi imbasan yang boleh didapati hospital kerajaan dan swasta

Osteoporosis ancam wanita


Golongan hawa berisiko tinggi tulang patah-bilangan kes kian meningkat

Ini kerana ketinggian individu berpotensi semakin berkurangan sejajar pertambahan usia, dan semakin drastik pula dalam kalangan wanita menopaus.
Ukuran tinggi semakin berkurangan antara punca nyata individu menghidap osteoporosis atau tulang rapuh.
Lebih membimbangkan mereka yang menghadapi masalah tulang rapuh berisiko untuk patah tulang
Kajian mendapati patah tulang pinggul, lebih banyak dideritai wanita berbanding barah payudara, barah rahim dan pangkal rahim
Wanita menopaus berusia lebih 45 tahun yang terlantar di hospital akibat osteoporosis lebih tinggi berbanding akibat komplikasi diabetis dan barah payudara.
Tulang patah bukan sahaja mempengaruhi kualiti hidup indivindu, malah membabitkan tekanan perasaan apabila terpaksa bergantung kepada orang lain untuk bergerak, apatah lagi sekiranya membabitkan bahagian utama seperti tulang belakang dan pinggul.
Osteoporosis atau keadaan tulang poros berlaku secara beransur-ansur.

BAGAIMANAKAH IA BERLAKU???

Tulang sentiasa mengalami proses pembaharuan dan pembentukan semula.

Bagaimanapun mencecah usia 30 tahun ke atas, jisim tulang mulai berkurangan kerana proses pembentukan semula (remodelling) semakin berkurangan.

Bagi wanita menopous, risiko osteoporosis lebih tinggi kerana kehilangan oestrogen, sejenis hormon berperanan penting melindungi kesihatan tulang dan badan.

Sebahagian besar penyusutan jisim tulang berlaku di dalam tulang trabecular (bahagian dalam). Hasilnya ia menjadi semakin tipis.
Puncak jisim tulang ini dipengaruhi banyak faktor, antaranya pemakanan, jantina bangsa, senaman, dan kesihatan tubuh secara keseluruhan

Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) mendedahkan osteoporosis sebagai masalah kesihatan utama, tetapi tidak banyak diperkatakan umum walaupun sejak 10 tahun lalu banyak kaedah rawatan, tetapi bilangan penghidap tulang patah tidak berkurangan
Dianggarkan 9juta kes patah tulang dicatatkan pada tahun2000, iaitu 1.7juta membabitkan lengan, 1.6 juta pinggul dan 1.4 juta membabitkan tulang belakang.

Masalah Ketara

-Kurang kalsium dalam badan dan kurang bersenam menjadi antara punca jisim tulang orang Asia lebih rendah.

-Wanita kehilangan jisim tulang hingga 2 peratus setiap tahun sepanjang tempoh lima hingga tujuh tahun selepas menopaus, risiko ini lebih tinggi kepada wanita yang menopaus awal (sebelum 45 tahun).

-Wanita yang memiliki rangka tubuh kecil perlu lebih risau berbanding berangka besar, manakala wanita asia dan Eropah lebih kerap berhadapan masalah tulang rapuh berbanding wanita gelap

-Menyifatkan osteoporosis bagaikan api dalam sekam apabila usia meningkat 50 ke atas dan mula sakit-sakit bahagian belakang.

-Biasanya apabila mencapai usia 60, bahagian belakang tubuh kelihatan sedikit membongkok dan ia berterusan jika tidak dirawat. Tulang belakang bagaikan termasuk ke dalam dan ketinggian tubuh menyusut, bagi wanita perubahan ini amat ketara selepas menopaus.


sakit belakang kerap dialami oleh kebanyakan orang dewasa sama ada sakit sedikit @ teruk.

TAHUKAN ANDA bahawa GAYA HIDUP yang diamalkan juga menyumbang kepada berlakunya masaalah SAKIT BELAKANG.

Untuk mengetahui sama ada anda berisiko untuk menghadapi masalah ini atau tidak jom kita jawab kuiz di bawah :

Soalan 1
Berapa kerap anda melakukan senaman?
A.Empat hari atau lebih dalam seminggu
B.Sekali seminggu
C.Tidak pernah atau sangat jarang

Soalan 2
Adakah anda memiliki berat yang ideal?
A.Tidak, saya obes
B.Sedikit berat
C.Saya mengekalkan berat yang sesuai dengan ketingian saya

Soalan 3
Jika perlu membawa beg yang berat, bagaimana cara anda melakukanya?
A.Sangkut di atas bahu dan ganti selang seli bagi mengelakan keletihan
B.Tampung beg di kedua-dua bahagian bahu.
C.Menyilangkan beg pada satu bahu dan ganti selang seli ke bahu yang lagi satu bagi mengelakkan keletihan.

Soalan 4
Bagaimana cara anda mengankat objek yang berat?
A.Mencangkung, pegang objek berdekatan dengan badan, angkat dengan paha dan memastikan bahagian belakang badan lurus.
B.Bongkokkan badan, pegang objek dan kemudian bangun.
C.Mencangkung, pegang ibjek rapat ke badan dan kemudian berdiri dengan meluruskan badan dan kaki serentak

Soalan 5
Bagaimana keadaan postur badan anda apabila sedang duduk.
A.Belakang badan kurus dan bahagian kaki ke rah belakang tempat duduk
B.Bahu sedikit membulat dan kaki disilangkan di atas lutut.
C.Kaki direhatkan di hadapan kerusi, belakang badan membongkok sedikit dan kepala terkedepan.

Soalan 6
Adakah anda kerap melakukan regangan untuk membaiki fleksibiliti tubuh?
A.Tidak atau jarang sekali
B. Ya, tetapi hanya sebagai rutin sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman.
C.Ya, saya melakukan regangan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

KIRA skor anda

          A       B      C
1-      3        2       1
2-      1        2       3
3-      1        3       2
4-      3        1       2
5-      3        2       1
6-      1        2       3

Skor 6-8
jika masih belum menderita daripada masalah belakang badan yang kronik, anda akan menghadapinya tidak lama lagi. corak gaya hidup anda meletakkan keadaan belakang badan dalam keadaan tegang

Skor 9-13
Beberapa corak gaya hidup anda boleh meningkatkan risiko kecerderaan. Lakukan beberapa perubahan bagi mengurangkan berlakunya masalah kesakitan belakang badan.

Skor 14-18
Tahniah kerana anda pandai menjaga kesihatan belakang badan anda.

Untuk pesanan @ konsultasi boleh hubungi saya Zakiah Zakaria
Contact no. 017-2908954| emel : as_zr@hotmail.com | facebook : zakiah zakaria
Untuk penghantaran postage via poslaju @ COD area Wangsa Maju | Setapak | Gombak | Bahau

Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon