Monday, 19 August 2013

PANDUAN PENYIMPANAN SUSU EBM

[Panduan penyimpanan EBM]

****Sedikit panduan untuk IBU-IBU  yang menyokong penyusuan ibu.*

------------------------------------------------------------------------------------------
Tempoh ketahanan EBM, berbeza bergantung kepada tempat penyimpanannya.

Mengikut Protokol Academy of Breastfeeding Medicine :

EBM yang baru diperah, dibiar pada SUHU BILIK boleh bertahan selama 3-4 jam dan maksima 6-8 jam bergantung kepada kebersihan sewaktu meMerah dan suhu persekitaran.

1- EBM yang baru diperah dan di simpan di dalam BEG PENYEJUK atau disimpan bersama PEK AIS boLeh bertahan selama maksima 24JAM-ini untuk pek ais yang boleh memberi suhu sekitar 15 darjah celcius.

2- EBM yang di simpan dalam kompartmen atau ruangan biasa peti sejuk satu pintu (bukan diruangan kompartment tepi pintu peti) boleh bertahan selama 72 jam atau selama 4-8 hari.
3- Pastikan EBM disimpan di bahagian dalam kompartment peti sejuk anda dan bukan di pintu peti sejuk mahupun di bahagian paling depan peti sejuk bagi menjamin tahap kesejukan kekal konsistan.

4- EBM yang disimpan di kompartmen dingin beku peti sejuk satu pintu boleh bertahan maksimum dua minggu (14hari).

5- EBM yang disimpan di kompartmen dingin beku peti sejuk dua pintu boleh bertahan selama TIGA BULAN dan maksimum ENAM BULAN.

6- EBM Yang disimpan di peti sejuk beku khusus (deep freezer atau chest type freezer) boleh bertahan sehingga ENAM BULAN dan maksima 12 BULAN.

7-Andai kata EBM yang diperah LEWAT DI SIMPAN, maka tempoh ketahanan yang diperincikan diatas mungkin menjadi lebih singkat.

8- Keperluan bahan seperti bekas khusus untuk penyimpanan stok EBM bergantung kepada ibu samaada ingin menggunakan botol @ beg plastik EBM, Tetapi pastikan bebas BPA. Bekas-bekas ini boleh dibeli dengan muadah dioutlet yang menyokong BF. Selain itu ibu perlu mempunyai tempat pendingin beku yang sesuai.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Peti sejuk dua pintu lebih baik daripada peti sejuk satu pintu...dan ada juga para ibu memilih deep freezer untuk menyimpan stok EBM mereka.

BIar apa pun tempat penyimpanan pilihan para ibu, adalah amat penting memastikan EBM diletakkan dalam bekas yang sesuai dan bersih serta sudah dikeringkan dalam udara, sebelum bekas tersebut digunakan.

*****JANGAN isi EBM terlalu PENUH, kerana EBM yang dingin beku akan mengembang dan sedikit ruang diperlukan untuk perubahan ini.

****If anda menggunakan Plastik EBM untuk menyimpan stok anda, sila pastikan hanya sekali menggunakannya (single use).

****Pastikan setiap EBM anda dilabel tarikh serta masa perahan sebelum disimpan.

***SIla pastikan dimana EBM yang paling awal disimpan perlulah paling awal digunakan.-first in-first out**

Semoga kaum ibu mendapat faedah daripada perkongsian ilmu hari ini


salam syawal
ibuveronza-az-

blog :ibuveronza.blogspot.com :pages : Sihat cergas dan cantik menawan

017-2908954 : ID :888221