Skip to main content

KEAJAIBAN SUSU IBU

Tinggi Khasiat untuk bayi, Jadikan EBM satu budaya dalam Masyarakat.

Saya sering di soal tips menysusukan bayi oleh sahabat handai. Memandangkan saya berjaya menyusukan anak kedua saya dengan jayanya sehingga berusia 3 tahun, alhamdulillah dengan izin Allah SWT.

Apa petua yang saya??:
1- Niat-dari seawal mengandung saya dah pasang niat nak menysusukan bayi yang bakal lahir.
2-Semangat & Bersungguh-sungguh (jika anda orang yang mudah mengalah, anda tak akan berjaya)
3-Pemakanan yang seimbang.
4-Kekerapan menysusu & mengepam ( ada orang malas).


Penyusuan ibu begitu sempurna apabila bayi mendakap erat ibu dan bibirnya rapat dengan puting payudara ibu sehinggalah aktiviti menyusu berjalan dengan penuh kemesraan, dapatlah si ibu menatap sibayi dengan lebih dekat dan membelai manja.

Hubunga erat ini  tidak dapat dirasai sekerap oleh  ibu bekerjaya yang terpaksa meningalkan susu perahan (EBM) kepada pengasuh demi mengekalkan penyusuan ibu.

Memahami penyusuan secara semulajadi adalah kaedah terbaik memastikan bayi anda memperoleh zat yang diperlukan.

Susu ibu amat tinggi khasiatnya dengan kandungan Protein mudah hadam dan kompenan pertahanan badan semulajadi yang melindungi bayi daripada ancaman penyakit.

KOLOSTRUM iaitu susu yang dihasilkan sewaktu kelahiran atau susu awal bayi bukan sahaja padat dengan zat, malah kaya dengan antibodi yang berupaya melindungi bayi daripada ancaman bakteria dan virus pembawa penyakit.

Kajian menunjukan penyusuan susu ibu berupaya mengekalkan tahap kesihatan kanak-kanak sehingga dewasa.  Individu yang membesar dengan penyusuan susu ibu didapati mempunyai tekanan darah yang terkawal dan rendah paras kolestrol , mereke juga didapati kurang mengalami masaalah berat badan berlebihan.

Ada juga yang mengatakan individu yang memberikan susu ibu menunjukan prestasi yang lebih baik dalam ujian kecerdasan minda.

Penyusuan susu ibu adalah benar-benar menjimatkan kos bahkan adalah zat pemakanan yang unggul untuk kanak-kanak.

Oleh itu penyusuan susu ibu seharusnya diterapkan sebagai langkah pertama kearah  usaha mengurangkan permasalahan kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak serata dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia  (WHO) menganggarkan kadar kematian kanak-kanak bawah lima tahun dapat dikurangkan hingga 20% sekiranya penyusuan susu ibu diamalkan secara eksklusif iaitu tiada makanan atau minuman tambahan dan sebagainya untuk tempoh 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga ke usia dua tahun atau lebih.

Di negara kita Malaysia , kesedaran memberikan susu ibu semakin meningkat . Para ibu menerima konsep penyusuan susu ibu selepas menyedarai mengenai pelbagai manfaat.

Cuma sokongan daripada pelbagai pihak dan agensi masih kurang, manakalan sebilangan ibu menyusukan secara eksklusif pada 3 bulan pertama sahaja, gagal meneruskan amalan terbabit apabila mereka kembali bekerja.

Sistem sokongan terhadapa amalan penyusuan susu ibu secara berterusan boleh didapati dalam pelbagai kaedah, samada secara tradisional iaitu melalui ahli keluarga atau kaedah lebih moden iaitu melalui kakitangan kesihatan terlatih, pakar perunding laktasi, rakan-rakan.

Kunci kepada kejayaan amalan penyusuan susu ibu adalah memastikan wujudnya sistem sokongan secara berterusan khususnya dalam lingkungan kediaman dan komuniti dan niat yang betul untuk menyusukan bayi.



FAEDAH SUSU IBU

  • Kajian menunjukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Risiko penyakit Kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30 hingga 200 peratus lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka.
  • Keadaan ini akan menyebabkan dramatik penyakit kencing manis dan lain-lain.
  • Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta barah ovari dan payudara.
  • Penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kolestrol darah serta mengurangkan kejadian diabetis dan obesiti ketika dewasa.


Kualiti SUSU

Sekiranya anda dapat mengesan perubahan pada EBM seperti perubahan dari segi warna bau dan rasa. EBM yang disimpan berkemungkinan mengalami sedikit perubahan bau serta rasa akibat daripada tindakan enzim lipase, iaitu enzim yang mengurai kompenan asid lemak bagi membantu proses penghadaman susu ibu.

Tindakan enzim ini amat bermanfaat untuk bayi pramatang, oleh itu jika berubah rasa dan bau akibat tindakan enzim lipase. EBM anda masih selamat dan tidak memudaratkan simanja.


Saya berharap penyusuan ibu menjadi perkara normal dalam masyarakat , wanita sudah terdedah kepada penyusuan ibu sejak kecil justeru apabila mereka menjadi ibu ia bukan sesuatu yang janggal.

Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon