Skip to main content

Cameron Highland

Kepoh satu Malaya, Negeri Perlis & Terengganu suhu Sejuk-ala-ala over the sea, Cameron higland pulok 17 darjah celcius-wahhh-wahhh bestnye!!!!
Lobby parkland Hotel

Last week kita holiday ke Pulau , ini minggu kita naik Bukit Tinggi pulak best kot kan!!!, pergi satu family macam tak best, tak enjoy..pergi reramai baru kepochi so pakat dengan my sister 3 biji kereta kita konvoi. sepanjang perjalanan tak sesak-mesak , nak pergi next week chinese new year mau jammed .....Penat.

Trip 2 hari satu Malam, Hotel pilihan adalah Parkland Hotel memandangkan itu adalah antara yang berdekatan dengan pasar, so kita jalan kaki jer la kan exercise, apa adahal bukan panas pun..suhu sejuk..cakap keluar asap-beb

Perjalanan dari rumah jam 730am kekonon lepas subuh nak gerak..., sampai dalam jam 12.00 berhenti breakfast di hentian Tapah, & Lunch di taman Cameron (bawa bekal lunch homemade, nasi lemak + Ayam masak Merah + Telor Rebus + Ayam Goreng + Ikan bilis + Air Milo + Keropok + Nugget Goreng).

Jam 2.00 Check in, lepak lepaskan penat zzzzzz, petang ronda pasar, malam makan steamboat la...pastu balik reronda pasar malam lagi.
Glory Steamboat

Abam & Kakak selera nyer deme


 Esok pagi bangun awal nak Tangkap strawberi kata abam, awal nyer sampai!!!! strawberi park baru nak buka-yeay kitaorang group pertama, excited lah memasing nak tangkap strawberi..jangan kata anak-anak yang excited mak anak pun excited..hahahhah. dah selesai pluck strawberi , lepak, minum air strawberi, kek strawberi..anak-anak melompat berlari dah puas, baru kita turun.

kanak-kanak riang
Kembar tak seiras tak leh verenggang
Destinasi seterusnya Kea Farm borong sayur la..apa lagi!!!!! Ada 8 pack RM10, 10 pack Rm10, 16pack Rm10, Gila aihh tengok sayur fresh, Jagung 3longgok RM20.00 lagi gila, Strawberi lagi la...semua nak angkut aihhhh..

Selesai borong, balik hotel packing nak check out dah jam 1.00, turun singgah la dulu Ladang Teh Bharat, pekena teh secawan dua, snap photo, beli teh sekotak dua.


Otw turun tak boleh ni kalu tak singgah pekena durian bukit yang lazat & enak tuh...rugi kot.. dengan buah petai yang biji mata terbeliak 15papan RM10.00 walaupun makan tak banyak mana nak juga beli, sedekah jer la kat jiran ker pengasuh ker....yang penting nak beli sebab geram.

Alhamduillah percutian singkat berjaya dilaksanakan- next trip mana pulak???

Tunggu yer..sudah dirancang tinggal nak laksanakan jer lagi..

Jumpa di entry yang lain insyaalah.

Mau Join Biz Shaklee dengan saya jangan segan silu Contact 017-2908954 -Zakiah Zakaria

Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon