Pokok Petai berasal dari Malaysia, Indonesia & Thailand. Petai @ Parkia Speciosa sering dijadikan ualm cicah, sambal, dimakan bersama nasi . sambal petai Ulam ini memang merangsang selera, mau tambah nasi berpinggan-pinggan, malah banyak khasiatnya. Ia mengandungi kadar Protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain disamping karbohidrat, air, kalsium fosforus, zat besi serta vitamin A, B1, B2 dan C. Dalam perubatan tradisional Melayu, Biji Petai dikatakan berkesan untuk membantu mereka yang mengalami KENCING MANIS, mencuci buah pinggang serta mengeluarkan cacing bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah terbabit. kandungan zat besi pada petai membantu mengurangkan risiko anemia manakala vitamin B6 pula membantu mengawal paras gula dalam darah. Namu, memakan petai dengan banyak juga tidak baik kerana ia mempunyai asid amino yang tinggi dan boleh menyebabkan komplikasi pada ginjal. petai haa...so walaupun tambah selera jaga-jaga jangan...
by Zakiah Zakaria