Ulser @ Luka di dalam mulut yang terjadi akibat tergigit, terkena makanan tajam, air terlalu panas, hydrated dan sebagainya akan membuatkan kita susah nak bercakap, apatah lagi makan.
Ada yang berpendapat ia boleh disembuhkan dengan kumuhan air garam ataupun minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Namun selain memilih 'bonjela' iaitu ubat ulser pilihan ramai, terdapat cara lain untuk cepat menghilangkannya.
ulser |
Ada yang berpendapat ia boleh disembuhkan dengan kumuhan air garam ataupun minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Namun selain memilih 'bonjela' iaitu ubat ulser pilihan ramai, terdapat cara lain untuk cepat menghilangkannya.
AIR GARAM
ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu lagi. Berkumur dengan air garam sebanyak dua @ tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut, pastinya ia cepat sembuh ia juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.
AIR & BAKING SODA
Campuran air dan baking soda boleh diletakkan dibahagian ulser. Anda akan dapat rasa pedih tetapi secara perlahan-lahan ia akan kurangkan diameter luka terbabit. Bahan campuran ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir.
ELAK MAKAN MASAM
Makan masam boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser . Kalau boleh elakkan makanan masam seperti buah limau, oren, mangga muda dan seumpamanya.
AIR KELAPA
Berjemur di bawah panas @ bekerja dilokasi panas matahari boleh memyebabkan suhu tubuh panas berlebihan . Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser, ia juga bagus untuk kesihatan.
VITAMIN B
Seseorang yang kekurangan Zat Besi @ B lebih mudah untuk menghidap ulser. Jika ande kekurangan zat besi dan vitamin B, maka ulser yang tumbuh mungkin akan lebih parah , SUPLIMEN Vitamin B serta makanan yang mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser. Antranya bayam, jagung, aprikot, yogurt & telur.
![]() |
B-complex |
VITAMIN C
Bagi mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil suplimen Vitamin B atau menambah pengambilan makanan mengandungi zat besi yang tinggi, Vitamin C juga mempunyai peranan hampir sama, Memperbanyakkan penggunaan Vitamin C juga dapat membantu proses penyembuhan ulser, atau boleh mengamalkan pemakanan seimbang antarnya mangga, oren, brokoli, strawberi, kiwi & anggur.
Lebih baik kita menjaga kesihatan sebelum merawat- itu kan lebih enteng!!!!
konsultasi percuma hubungi saya
fb : Zakiah Zakaria | 017-290 8954
Comments
Post a Comment