Skip to main content

SAYANG , BUKAN MARAH

Tidak mudah untuk mendidik anak-anak , apatah lagi jika anak-anak itu sering dilabelkan lasak kerana keinginan mencuba apa sahaja yang dilihat di kawasan persekitaran.


Mereka juga sering dilabelkan tidak mendengar kata, hingga membuatkan ibu bapa hilang sabar, naik angin dan geram.

Jalan termudah, reaksi ibu bapa secara spontan akan meninggikan suara dengan riak muka bengis bagi menakutkan si anak.




TAHUKAH ANDA?

ia boleh menjejaskan perkembangan emosi dan mental kanak-kanak sekiranya ia berlarutan.??


Masaalah anak tidak mendengar kata, seperti yang diperkatakan lazimnya berpunca daripada ketiadaan komunikasi antara ibu bapa dan anak.

Si anak tidak dapat menumpukan perhatian terhadap arahan kerana terlalu asyik meneroka kawasan persekitaran yang dirasakan baru buat mereka.

Justeru, ibu bapa tidak perlu menunjukan kemarahan melampau pada anak, sebaliknya berikan tumpuan dan kasih sayang.



Berikut Panduan untuk mengurang rasa Marah pada anak.

~ Sebelum memarahi anak fikirkan (ini dah tak sempat nak fikir dah ) jika anda di marahi sedemikian. Walau apa pun kesalahannya, pasti anda juga tidak mahu dimarahi.

~Beri kesedaran kepada anak, bukannya sentiasa marah pada mereka. Fikirkan juga cara untuk membuatkan mereka faham apa yang dilakukan itu salah dan tidak perlu diulang.

~Fahami anak kerana mereka bukan robot yang hanya menurut arahan, mereka juga ada kehendak, keinginan serta pemikiran sendiri.

Fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut, pandang muka dan tatap matanya ketika bercakap kerana ia amat penting dalam apa jua bentuk komunikasi.

~ Didik diri untuk menunjukan rasa sayang melalui tindakan, suara dan mimik muka, barulah anak merasai kehadiran mereka diperlukan dan bukan sebaliknya.

~ Elak daripada mengeluarkan perkataan negatif kepada anak-anak atau menjatuhkan maruah mereka di depan orang lain keran ia boleh menjejaskan keyakinan diri mereka.



Ingatlah sifat positif si anak serta segala keletah anak-anak menghiburkan .

Berikan tumpuan kepada kelebihan itu.

Anak umpama Kain Putih Ibu bapa lah yang mencorakkan kain tersebut..Baik didikan ibu bapa, cantiklah coraknya, buruk didikan ibu bapa maka buruk & comot lah kain tersebut.

Wallahualam

-semoga mendapat manfaat-


ibuveronza shaklee ind. dist |017-2908954


Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon