Friday, 21 March 2014

Akibat Terlebih tidur



Pernah tak ada di kalangan rakan-rakan anda kaki tidur? pantang ada masa terluang pasti boleh lelap mata, tak kisah kat mana-mana pun. tambahan lagi jika sudah berkeluarga masalah ini akan menimbulkan masalah kepada ahli keluarga sebab tabiat tidur boleh menganggu aktiviti bersama keluarga.

Apa yang kita panggil tentang perkara ini adalah masalah Oversleeping (tidur berlebihan) atau dalam istilah perubatan hipersomnia.

Merujuk kepada tabiat tidur seseorang individu yang berlaku secara berlebihan dan bercanggah dengan pola waktu tidur yang normal. Biasanya waktu tidur bagi individu yang mengalami hipersomnia boleh mencecah lebih daripada 12jam, sedangkan pola waktu tidur yang normal untuk orang dewasa adalah dalam lingkungan 6-8 jam sehari.



Hasil kajian yang telah dilakukan di peringkat antarabangsa mendapati sebanyaj 5-10% pesakit yang berjumpa doktor disahkan mengalami masaalah tersebut.


Apa Punca??

Menurut Pakar Psikiatri, prof. Dr, Azhar Mohd Zain- hipersomnia berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya gejala:

1-Narcolepsy, 
2-Breathing Related Sleep Disorder, 
3-Central Sleep Apnea  
4-Perubahan Gaya Hidup.


Empat perkara ini menyebabkan kualiti tidur indivindu terjejas.

1-Narcolepsy adalah gangguan yang berlaku pada otak di mana seseorang individu itu dikatakan gagal mengawal rasa mengantuk dan akan tertidur sekejap pada siang hari dalam apa jua keadaan tanpa sedar.

Mereka yang mengalami narcolepsy biasanya akan tertidur selama beberapa minit secara tiba-tiba ketika sedang melakukan kerja sama ada menulis, berada dalam bilik mesyuarat atau ketika memandu kenderaan sebelum tersedar semula.

dalam kitaran tidur yang normal , setiap individu akan melalui beberapa fasa tidur yang biasa iaitu bermula dengan peringkat tidur awal - diikuti peringkat tidur mendalam dan - peringkat paling akhir kira-kira 90minit.

peringkat paling akhir ini dikenali sebagai rapid eye movement (REM) dan bagi individu yang mengalami narcolepsy, tidur REM berlaku hampir serta merta dalam kitaran tidur mereka. 


2- Selain itu masaalah gangguan pernafasan sewaktu tidur ( breathing related sleep disorder), yang biasanya dialami oleh mereka yang menghidap obesiti dan tidur berdengkur, juga dikatakan mempunyai kecenderungan mengalami hipersomnia.

ini kerana mereka mengalami gangguan pernafasan sewaktu tidur akan kerap kali terjaga sehingga menyebabkan tidur mereka tidak nyenyak di malam hari.

Breathing related slpee disorder lazimya berlaku kepada individu yang mengalami masalah obesiti di mana leher mereka pendek dan sukar bernafas akibat tahap oksigen yang dimiliki sangat rendah sewaktu tidur.


Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah ini, mereka akan didiagnose terlebih dahulu dan akan diberikan pilihan sama ada melakukan pembedahan atau memaki topeng oksigen ketika tidur malam.

3- Satu lagi penyebab gejala hipersomnia dikenali sebagai central apnea disorder, yang mengakibatkan pernafasan seseorang itu terhenti seketika kerana otak tidak menghantar isyarat yang betul kepada otot yang mengawal pernafasan kita sewaktu tidur.

Pesakit yang mengalami masalah ini akan dirawat dengan menggunakan alat bantuan pernafasan atau menggunakan oksigen tambahan.

4- Gejala terakhir  ialah perubahan gaya hidup masyarakat sekarang yang turut menyebabkan ramai dalam kalangan mereka berhadapan dengan pola tidur tidak teratur. Sebahagian besar kes hipersomnia adalah melibatkan golongan remaja yang terdiri daripada pelajar koleh & universiti.

Ramai dalam kalangan pelajar dan kolej universiti mengalami hipersomnia kerana mereja lebih banyak berjaga pada waktu malam untuk menyiapkan tugasan dan kesannya waktu tidur mereka sudah berubah.  Mereka aktif pada waktu malam dan berasa letih dan mengantuk pada waktu siang.

Kanak-kanak yang mengalami ketagihan permainan video yang melampau juga berdepan dengan masalah sama sehingga menyebabkan mereka tidak dapat bangun pagi untuk ke sekolah kerana kualiti tidur sudah semakin menurun,


Kesan tidur berlebihan:

-Kencing Manis
Terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis.  Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun- temurun tetapi dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi 


-Sakit Jantung
Sekiranya anda biasa tidur lebih daripada 8 jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi, berdasarkan beberapa penelitiaan yang dijalankan, jumlah tidur 9jam hingga 12jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.



-Mudah lupa
Waktu tidur yang lebih dari 8 jam sehingga 9 jam sehari boleh meninggalkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekali gus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tidak ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk.



-Kenaikan berat badan
kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur. Disebabkan itulah bagi indivindu yang mengamalkan tidur berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21% berbanding mereka yang mendapatkan tidur secara normal.


Cara mengatasi :

Gejala hipersomnia boleh diatasi dengan dua cara iaitu sama ada :

1.Melalui kaedah perubatan atau
2.Mengawalnya sendiri dengan mengubah sikap dan gaya hidup.


Individu yang berhadapan dengan masalah hipersomnia dan tidur berlebihan pada waktu siang dinasihatkan mengubah gaya hidup mereka terutamanya melibatkan soal pengambilan makanan dan minuman yang berisiko menyumbang kepada masalah berkenaan.

Kebiasaannya , pihak psikiatri akan menasihatkan pesakit yang gemar mengambil minuman berkafen seperti kopi & teh supaya mengambil minuman berkenaan sebelum jan 7 malam bagi memastikan mereka boleh tidur nyenyak pada waktu malam.

Perokok juga disarankan untuk tidak merokok sepelas jam 7 malam memandangkan kandungan nikotin yang terdapat di dalam rokok berkenaan boleh mengaktifkan otak dan membuatkan seseorang individu itu berasa segar dan tidak mengantuk.

Aktiviti senaman dan bersukan seperti bermain badminton, berjoging atau futsal pada lewat malam juga perlu dielakkan keran selepas melakukan aktiviti tersebut badan akan menjadi aktif dan hanya akan berasa letih beberapa jam selepas itu.

Disarankan agar masyarakat menjadikan pengambilan susu dan buah-buahan seperti pisang pada waktu malam sebagai amalan . kerana kajian yang dijalankan mendapati susu boleh menenangkan minda dan badan.

-Peringatan jangan over sleep sebab banyak keburukan dari kebaikan-


i am shaklee ind. distributor
ikuti saya di : Fb-Zakiah Zakaria | hp. 017-2908954 |page -sihat cergas dan cantik menawan