Ramadhan 1435, teruja menanti bulan yang mulia. Maka saya sebagai ibu yang mempunyai anak berusia 6 tahun, semestinya mengambil peluang mendidik anak bujang untuk berpuasa, didikan awal sangat digalakkan agar mereka boleh membiasakan diri kelak.
Diawal 1 ramadhan kebetulan jatuh hari ahad, harapan saya tidaklah setinggi gunung, jika anak bujang tidak dapat berpuasa penuh, sekurang-kurangnya separuh hari pun dah ok- biar berperingkat, kerana ini adalah tahun pertama saya dedahkan si abang dengan puasa. Ramalan saya tepat jam 1.00 si abang dah mula bertanyakan bila nak azan..berulang kali, dan paling best bila mata dah mula berkaca, jadi dapatlah separuh hari untuk minggu pertama bulan ramadhan.
Apa Aktiviti yang saya buat untuk mendidik & mendedahkan anak berpuasa.:
Saya & anak menonton Upin & Ipin (siri puasa), macam mana Upin & Ipin bangun sahur, baca niat, dan berpuasa.
Dan tanpa saya duga, tidak terlintas pun anak bujang saya boleh berpuasa penuh walau satu hari pada ramadhan tahun ni, tetapi masuk minggu ke -2 Ramadhan- hari ke-9, apabila saya menjemput si abang di rumah pengasuh, pengasuh mengatakan si abang tak makan, berpuasa-riangnya hati ibu.
Hari pertama Abang berpuasa, tapi perlu diawasi kerana dia sering terlupa...tambahan pula menjelang petang, makanan dah terhidang diatas meja...nak jer dia amik sumbat masuk mulut.
Saya buat aktiviti sementara menunggu waktu berbuka untuk mengalih tumpuan daripada lapar. menonoton tv, bermain lego, bercerita, sehingga membuatkan dia leka.
So hari ni dah masuk 3 hari abang berpuasa, apa makanan kegemaran yang dia minta? nasi & ayam goreng (macam upin-ipin) & kuih cara manis.
bab sahur, nak menarik si anak untuk bangun dan makan pada waktu pagi adalah sesuatu perkara yang bukan mudah..jadi kena umpan sesuatu yng dia suka, kena ajak dia bercerita agar dia buka mulut untuk minum dan makan. Bila dia rasa seronok baru dia nak makan.
Setelah saya risik-risik, kenapa si abang nak berpuasa? cikgu cakap kalau puasa dapat masuk syurga, abang nak masuk syurga ( pengaruh cikgu sangat kuat), kanak-kanak lebih mendengar arahan cikgu daripada arahan mak ayah.
Terima Kasih Cikgu.
Comments
Post a Comment