Monday, 15 September 2014

Puteri Beach Resort Port Dickson - Merdeka 2014

Percutian Ke-3 untuk tahun 2014, selepas Pulau Langkawi & Cameron Higland.
Percutian tanpa dirancang, bangun pagi ahad seawal pagi terus masak seringkas yang boleh, sebab anak-anak dah berbunyi sehari sebelum tu nak pergi jenjalan, so kepala ligat berpikir destinasi yang dekat & tak perlu menempuh traffic jammed. Port Dickson destinasi yang terdekat paling lama pun 2 jam, dah pesan pada anak-anak jika kita tak dapat hotel kita balik hari jer...tapi en. suami cakap walk in sahaja, sampai PD tak terus cari hotel, kita pergi mandi pantai dulu..main pasir & breakfast sebab bertolak pagi so breakfast tepi pantai. sementara tunggu adik & famili datang kami dengan aktiviti kami.





menu ringkas home made

Sehingga jam 12.00 baru adik sampai Pd, jammed katanye..memang full kat Telok Kemang penuh manusia, kami terpaksa mencari lokasi persendirian untuk keselesaan anak-anak,  & akhirnya jumpa la pantai yang agak bersih n manusia pun tak ramai.

sementara anak-anak sebuk kat pantai saya Tinggalkan en. suami n anak-anak bersukaria  kat pantai . saya & adik operasi pusing cari hotel, pusing sikit jer pun lebih kurang 200m dari pantai yang kami lepak dah jumpa Hotel Puteri Beach Resort. So tak nak pusing lagi on jer apartment 3 bilik, yang paling best tengok la kanak-kanak ribena tuh, ada plak kolam siap gelongsor memang tak nak naik hotel la..nak terus terjun kolam.

tengok la muka happy deme tuh







 Apa yang membuatkan saya on jer sekali walk in jom tengok view Puteri Beach Resort, mendamaikan.  Pantai dekat jer..lengkap Pool n taman permainan.

Tapi yang kurengnya Breakfast memang FAILED. hhuuhhh tak sedap langsung !!!!!

Percutian 2 hari satu malam akhirnya berjaya- rezeki anak-anak- alhamdulillah.
umur panjang datang lagi.



Pengedar sah SHAklee
Zakiah Zakaria
017-2908954