Skip to main content

Fibroid

Fibroid tidak mengenal usia, perlu dibuang jika beri kesan kepada kesihatan.

Ramai yang menyangka fibroid berisiko kepada golongan wanita yang berumur sekitar 30-an ke atas sahaja, namun sebenarnya ia boleh berlaku kepada setiap wanita yang sudah mencapai umur akil baligh.

Kebanyakkan wanita tidak tahu bahawa mereka mempunyai fibroid kerana tidak mengalami gejala @ tanda-tanda penyakit tersebut. Hanya 20 hingga 30% sahaja yang mungkin menunjukkan gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.

 Menurut pakar perunding Obsetrik dan Ginekologi-Wanita yang mempunyai fibroid yang merupakan penyakit yang berkaitan dengan rahim , tidak perlu bimbang tentang kehadirannya kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.

Fibroid ialah sel-sel otot rahim yang bergumpal dan bukan sejenis kanser. Hanya kurang 1% fibroid boleh bertukar menjadi kanser yang dipanggil 'sarkoma'

Lebih 50% wanita mengalaminya, namun mereka tidak tahu pun mereka mempunyai fibroid sehinggalah membuat pemeriksaan berkala dan doktor mengesahkan di dalam rahim mereka terdapat ketulan fibroid.

Begitupun, ia tidak merbahaya bergantung kepada kedudukan dan saiznya. Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak.

Tiada sebab-sebab dan punca-punca tertentu mengapa wanita mempunyai ketulan fibroid di dalam rahim mereka kerana ia sendiri terdiri daripada otot rahim.

Lazimnya, fibroid membesar secara perlahan-lahan tanpa simptom.

Lokasi fibroid di dalam rahim sama ada di luar, tengah dan dalam akan memberi gejala yang berbeza kepada pengidapnya dan sering mempengaruhi  gejala yang dialami oleh seseorang.

Terdapat 5 jenis Fibroid :

  1. Fibroid sidemucosa
  2. Fibroid intramyometrium
  3. Fibroid subserosa
  4. Fibroid broad ligament
  5. Fibroid servikal
Jika fibroid bersaiz kecil, ia akan melekat di dinding rahim sahaja (fibroid subserosa) tetapi jika berbonggol ke dalam  (fibroid sidemucosa), ia akan mengubah lapisan tempat darah haid yang akan menyebabkan pengeluaran darah haid dalam jumlah yang banyak.


Fibroid yang besar jika terbonggol ke dalam akan menekan pundi kencing yang akan menyebabkan masalah kencing seperti kerap kali hendak kencing atau sering kali tidak dapat mengawal kencing. Jika hal ini berterusan air kencing akan bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan sesorang wanita itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing.

Jika membonggol ke belakang pula, ia akan menekan saluran usus di belakang. Ia mungkin akan menyebabkan kesukaran membuang air besar dan sembelit. Apabila ini berlaku sepatutnya dapatkan pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid masih boleh mengandung kecuali ia tumbuh di bahagian servik dan sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia akan menyebabkan salur fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar hamil.

Ibu yang mempunyai fibroid dalam di dalam rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.

Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin. Ia akan menyebabkan risiko pendarahan.

Sekiranya didapati ia tumbuh dalam saiz kecil pesakit tidak digalakkan untuk membuangnya melalui pembedahan kerana dikhuatiri pada masa akan datang akan wujud lagi ketulan-ketulan yang lain kerana benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.

JIka tidak merbahaya kenapa mahu melakukan pembedahan??? Sebenarnya pada fasa menopous, fibroid akan mengecut kerana wanita tidak lagi mengeluarkan hormon estrogen yang menggalakan pembesaran ketulan fibroid.

Pembedahan juga agak berisiko kerana akan mengakibatkan pendarahan yang banyak  kerana rahim merupakan sumber bekalan darah yang utama.

Biasanya fibroid yang tidak menganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras akan menyebabkan pesakit tidak selesa.

Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukan tanda-tanda tersebut:

Doktor akan mengesyorkan ia dibuang sekiranya saiz terlalu besar sehingga menyebabkan perut kembung seperti orang mengandung yang menimbulkan ketidakselesaan.

Pengeluaran darah haid yang begitu banyak sehingga pesakit perlu dimasukkan bekaln darah baru kerana kekurangan darah.

Fibroid yang terlalu terbonggol ke dalam sehingga terkeluar ke pintu rahim yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Nasihat-
Wanita perlu mengurangkan pengambilan produk berasaskan estrogen seperti susu, kacang soya, ubi keladi dan produk kecantikan yang menggunakan estrogen sebagai bahan utama dan amalkan gaya hidup sihat.



Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon