Thursday, 25 September 2014

Mabuk Hamil

Anda Hamil & Mengalami Mabuk Hamil?


Berapa lamakah mabuk hamil seperti loya & muntah akan berlangsung?




~ 8-10 wanita hamil mengalami mabuk & separuh daripadanya mengalami muntah-muntah

Apa itu mabuk hamil?  ialah kejadian medikal yang biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi simptomnya berbeza bagi setiap orang.

Anda mungkin mendapat serangan mual dari masa ke semasa apabila bangun dari tidur @ tidak boleh menghidu bau tertentu ini akan menyebabkan tercetusnya rasa mual & kurang selesa seperti pening kepala sepanjang hari.

Mabuk yang paling teruk dipanggil "hiperemesis gravidarum " (muntah berlebihan semasa hamil).

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari , tidak dapat makan & minum , dan berat badan menurun , maka anda mungkin menghidap "Hiperemesis"

Hiperemisis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi, maka berjumpalah doktor untuk dapatkan nasihat..

Kebiasaanya mabuk hamil bermula sekitar 5 @ 6 minggu kehamilan & berkurangan bagi kebanyakkan wanita apabila menjelang minggu ke 14, tetapi ada wanita yang berterusan sehingga minggu ke 16.

Manakala yang lain mengalami perlbagai peringkat loya @ muntah-muntah sepanjang 9 bulan sehingga kelahiran.

Tetapi sekiranya anda mengalami loya @ muntah pertama kali setelah 9minggu  hamil, maka berjumpalah dengan doktor, sebab anda mungkin menghidap penyakit lain.


Adakah mabuk hamil boleh menjejaskan bayi?

Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi selagi anda mampu mampu menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan & anda perlu minum banyak cecair.

Makanlah makanan seimbang jika boleh, akan tetapi jika anda berasa amat loya & tidak selera, makan apa sahaja yang anda boleh.

Anda tidak perlu gusar ketinggalan diet pemakanan sihat kerana, anda boleh mengejarnya kemudian.

Hepar anda menyimpan banyak nutrien yang bayi perlukan untuk membesar secara normal, jadi tidak akan berlaku apa-apa jika anda tidak banyak makan.

Adalah penting mengambil asid Folic ini akan membantu tulang belakang & sistem saraf bayi akan berkembang dengan baik. Untuk saya & anak saya guna B-Complex Shaklee with Folic Acid.

~Ambil Asid Folic pada waktu dimana anda tidak akan memuntahkannya.

B-Complex With Folic Acid  membantu tulang belakang & sistem saraf bayi berkembang

Makanan seimbang

Peppermint Ginger Plus - kurangkan loya ketika hamil.



Dapatkan bantuan dan sokongan , beritahu suami, keluarga & rakan-rakan tentang apa yang sedang dialami & apa yang diperlukan. ini agak membantu supaya anda berasa sedikit selesa dengan orang sekeliling anda.


-Pengalaman Mengandung adalah saat yang sangat indah apabila kita imbau kembali- 
Walaupun mabuk hamil adalah kenangan pahit dan kadangkala buat kita rasa serik.



Pengedar sah shaklee 

Zakiah Zakaria
017-2908954