Sesi pengajian tahun 2014 bakal berakhir seminggu lagi, bagi pelajar tadika dah bermula Konvokesyen , untuk Tadika Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zon Setapak, Majlis diadakan pada 13/11/14 (Khamis). Zon Setapak adalah zon terakhir, zon lain dah jalan dulu.
![]() |
surat makluman kehadiran pelajar |
Memandangkan hari Khamis adalah hari bekerja, so pagi tu saya dan suami macam biasa pergi kerja sebab program bermula petang, anak bujang di hantar ke rumah pengasuh, dibekalkan kelengkapan untuk program Konvo, minta tolong pengasuh hantar ke sekolah jer, sebab nanti bas akan ambil pelajar dekat sekolah di bawa ke Masjid Wilayah Persekutuan. (nama pun tadika MAIWP) segala aktiviti memang venue kat Masjid Wilayah.
Jam 2.15 saya dan suami sampai ke Masjid Wilayah, Suami sibuk la mencari anak bujang dia yang duduk dikalangan pelajar yang berjubah merah. Sekejap je dah jumpa anak bujang ni.. dah nampak baba mesti tanye mana ibu? dah nampak ibu mesti tanye adik..hiii adik tak bawa tinggal dengan pengasuh.
Ini adalah pertama kali saya hadir program tadika MAIWP, sebelum ni ada Program nasyid tengah tahun 2014, tetapi en. suami jer yang datang.
Ramai juga para ibu bapa yang datang , tapi dewan tak penuh , mungkin sebab dewan besar sangat dan hari pulak hari bekerja kan...Kat luar dewan ada orang jual bunga ala-ala konvokesyen kat universiti..heeheeee.. harga dalam RM10-RM30.
Acara macam biasa la, tengok tentatif tu, sekolah Tadika Al-Ridwaniah no. 2 yang terakhir so menunggu lah kitaorang, Jam 4pm baru selesai..tengok lah anak bujang tu bukan main seronok lagi pegang piala..."yeay menang katanya".
![]() |
tentatif program |

Bagi anda yang berada di sekitar Wangsa Maju, Jika nak hantar anak-anak ke Tadika Islam MAIWP , berlokasi di:
Sek. 4 Wangsa Maju ( bangunan surau al-Ridwaniah)
Yuran Bulanan RM20.00
Pendaftaran estimated dalam RM200-RM300 (saya dah lupa)
Pengambilan Umur 5-6 tahun sahaja
Pembelajaran dari jam 8.00am-12.00am
Untuk Pendaftaran 2015 ( dah dibuka)
Kelebihan yang saya dapat daripada anak bujang saya selama setahun di sini, bab baca iqra memang laju, baca doa-doa, fatihah , surah-surah pendek tu memang hafal jer (budak-budak kan memang cepat menghafal). tapi anak bujang saya ni jenis tak menunjuk, jika saya tanya cikgu ajar apa? dia diam jer..tapi kekadang sambil dia main-main dia boleh baca doa-doa yang saya tak pernah ajar pun.
Bangga la kan anak pandai mengaji!!!.
So jika anda berkeinginan nak hantar anak-anak ke Tadika MAIWP saya rekomen. Sebenarnya Zon Setapak ada banyak sekolah tadika, tapi saya tak ingat nak Senaraikan , antaranya :
Setapak Jaya
Kem Wardiburn
Kem Genting Kelang
Wangsa Maju Sek. 10
Wangsa maju Sek. 4
Isnin ni Program Khatam Al-Quran pulak
Maklumat lanjut boleh lawati : http://www.maiwp.gov.my/
salam puan saya nk tnya...klau tadika dya ajar anak membaca dan menulis x?
ReplyDelete