Khamis minggu lepas program konvokesyen Zon Setapak Tadika MAWIP, Semalam berlangsung Program Khatam Al-Quran Perdana Tadika MAWIP bagi semua Zon, ada 5 zon dengan peserta seramai 1150 orang termasuk le anak bujang saya.

Program macam biasa berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta. Walaupun program diadakan pada hari bekerja, ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk menghadiri program ini secara tak langsung merakam kenangan anak-anak kecil yang comel-comel duduk bersila di depan rehal & Al-Quran.
Sempat juga saya rakamkan kenangan untuk ditonton oleh anak bujang saya bila meningkat dewasa nanti..
Dah selesai program sesi bergambar ler.. cikgu pun tumpang sekaki ha..dapat hadiah sebuah Al-Quran dan kotak pensel. syiok ler anak teruna.
Punya excited dalam kereta dah buka hadiah cikgu bagi terus buka al-quran cari surah ad-dhuha, sebab khatam kan bermula dari surah dhuha, sampai rumah pun dah malam ambil lagi al-quran baca surah dhuha, baca fatihah- alhamdullillah sejuk hati ibu.
- anak permata ibu-
tahun depan dah masuk tahun 1
* good luck Abam*

Comments
Post a Comment