Thursday, 28 May 2015

KUEH CARA MANIS

Saya nak kongsi resepi kueh cara manis.

Dah lama bersarang beli acuan kueh cara ni semenjak dapat tau anak-anak gemar kueh ni. Akhirnya hari ini berjaya juga..yeay


Bahan-Bahan
3 Cawan santan
2 Cawam Tepung Gandum
2 Biji telur ayam
Pewarna Hijau
5 Helai daun Pandan
Garam
Gula
Minyak Masak

Cara-Caranya
1. Kisar Santan bersama 3 Helai daun pandan yang telah dihiris dalam pengisar.
2. Kemudian tapis bahan yang di kisar tadi
3. Campurkan bahan yang di kisar tadi bersama tepung gandum, garam, pewarna hijau dan telur. Kacau sebati dan tapis.
4.Ambil baki daun pandan tadi hiris dihujungnya untuk tujuan  lenserkan minyak pada acuan.
5.Kemudian masukkan bahan tadi dalam acuan dan masukkan gula ikut kemanisan yang anda suka dan tutup guna tudung periuk.
6.Nak tahu masak or belum ambil lidi cucuk pada kueh tersebut..bila kita cucuk dia terkeluar dari acuan makna kata dah ready untuk diangkat.


Siap dihidang untuk minum petang.
Mudah sangat.

Selamat mencuba uuoollsss.