Skip to main content

SUSU KURANG AMBIL SHAKLEE


Jeng-jeng, Saya dah dua orang anak bersama Shaklee, susu lagi meriah dan konsistan ada la, Pelik pulak bila ada orang kata ambil Shaklee terus susu keluar beberapa titik, 
Magic betul Shaklee ni yea..dalam susu dok meriah lepas Ambil Shaklee terus merosot.

Sebenarmya Tahu ke tidak KONSEP PENYUSUAN ni ye para ibu sekalian?

Dekat internet bersepah orang berkongsi pasal konsep penyusuan, jika malas nak search kat internet, 
atau tak de internet, 
pergi jer dekat hospital kerajaan yang sekarang ni berlambak dok berkempen tentang penyusuan susu ibu.

Kawan saya, salah seorang jururawat di hospital kerajaan, 
dia kata tak larat nak berkempen. 

para ibu ni tak sedar-sedar kepentingan susu ibu.

ha....jururawat yang cakap bukan saya yang cakap ye.



Nak menjayakan penyusuan ni memang perlu berkorban dan banyak CABARAN,  TERUTAMA kepada golongan ibu yang berkejaya. 

Sebab apa saya kata perlu Berkorban?
Berkorban masa- kena luangkan masa untuk pam , macam mana nak ada susu kalau tak de permintaan- memang merosot la.

Kebanyakkan yang saya jumpa dan jawapannya:

-Malas nak pam
-Leceh
-Tak sempat
-Penat
-Payah
-Susu tak banyak
-Anak tak nak susu ibu

ini antara jawapan, dah kalau ibu dah ada list kat atas memang susu lama-lama kurang. sebab apa?

cth:
 jual barang, macam mana nak maju bisnes kalau tak de permintaan kan, nak jual kat sapa?


Jadik Konsep PENYUSUAN perlu ada PERMINTAAN vs BEKALAN (demand vs supply)
bila ada permintaan (pam) maka  terhasilnya bekalan.

itu konsep yang pertama kena pegang.

Jika susu dah DROP boleh usahakan dengan :

-Power pumping
-Kerapkan penyusuan
-Makan-makanan berkhasiat
-Minum air secukupnya
-Jangan Stress

Insyaallah sangat membantu

Bukan terus suap susu FORMULA ya

 stok ebm saya, since lepas pantang , dalam pantang saya tak buat stok, sebaiknya buat stok dalam pantang sebab penghasilan susu waktu itu sangat banyak. sebab badan kita tak tertekan, rehat cukup, makanan dijaga.


Jangan nak salahkan produk!!!! Salahkan diri sendiri!!! tanye diri setakat mana Usaha aku nak menjayakan penyusuan anak aku ni? back to niat kita.


ni lah tuan empunya stok ebm tu ha.
Alhamdulillah bagi saya, suplimen yang saya pilih dan Allah ketemukan sangat mengubah kehidupan keluarga saya dari segi kesihatan,  bukan saya dan keluarga sahaja malahan mak ayah, adik abang, ipar duai, sepupu sepapat, sahabat handai.

Semuanya dengan Kuasa Allah.
Terima kasih Ya Allah.


Ada kata nak boikot Shaklee sebab produk USA -


saya tempek sikit untuk panduan saya dan anda (wallahualam)




"KUALA LUMPUR: Usaha memboikot produk Yahudi dilihat hanya perlu dipraktikkan kepada syarikat tertentu yang memberi sumbangan kepada tabung perang Israel.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ada juga syarikat Yahudi yang menentang peperangan ke atas Gaza selain menyifatkan langkah boikot ke atas semua produk Israel disifatkan sangat mustahil direalisasikan.

"Kita tahu tidak boleh boikot semua produk Yahudi. Ada juga barangan mereka yang tidak menyumbang terhadap dana perang Israel," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Nadzim mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata, tindakan memboikot barangan dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia.

Jelasnya, tindakan memboikot melibatkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia.

Cadangan memboikot produk berkaitan Israel itu berikutan serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban.

Dalam pada itu, kata Nadzim, keupayaan masyarakat untuk menyekat pembelian produk Yahudi juga dilihat sukar.

"Bagaimanapun kesedaran itu sebenarnya sudah ada di kebanyakan negara, bantahan juga sudah dilihat secara terang-terangan termasuk negara bukan Islam.

"Namun kita lihat dan sedar jika melawan, ia umpama menentang kuasa besar Amerika Syarikat," ujarnya.

Jelasnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga harus bersatu dan memastikan langkah boikot dilakukan selepas mengkaji latar belakang produk berkenaan.

Tambahnya, seperti di PPIM, hanya empat produk diboikot iaitu Colgate, Starbucks, Coca-cola dan McDonald's."



tu pun saya tengok sekarang dah redup, ada jer yang berlebai, berpurdah, bertudung yang beratur kat MCD, lepak kat Starbuck, kalau anda perasan la kan.

cer tengok kat bilik air pakai ubat gigi apa yea? ha kan!!!

jom sejenak berfikir.

 

Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon