Skip to main content

TIGA CARA MENGEPAM SUSU BADAN


Rasa sedih setiap kali susu badan merudum? tertekan ketika mengepam susu serta kecewa apabila susu yang dipam tidak seperti yang diharapkan? ala dah 30minit pam baru 1 oz??!!!!

Sebenarnya masalah yang membelenggu kebanyakkan ibu menyusu itu sesuatu yang normal kerana ibu mengharapkan dapat memberikan yang terbaik kepada si kecil tersayang shingga berusia dua tahun.

Apa yang tidak normal dan salah? 
 Apabila si ibu berterusan sedih tanpa melakukan sebarang ikhtiar dan usaha dan menganggap diri tidak dapat menghasilkan susu badan yang mencukupi untuk anak.
 Maka mengambil langkah mudah dengan memberi susu formula walaupun menyedari si kecil ini masih memerlukan susu ibu terutama bagi mendapat khasiat terbaik.




Bagi ibu -ibu yang sedang hamil dan baru melahirkan bayi anda perlu tahu kaedah dan teknik mengepam susu badan dengan betul, sebenarnya memahami kaedah bukan sahaja memudahkan , malahan ia membantu menghasilkan perahan susu badan yang mencukupi.




TIGA CARA MENGEPAM SUSU BADAN:

1.Mengepam secara intensif.

2.Mengepam secara iringan.

                                  3.Mengepam secara padu.




1.MENGEPAM SECARA INTENSIF

Kaedah ini dijalankan dengan mengepam setiap dua jam. Ia merujuk kepada konsep permintaan dan bekalan.
 JANGAN MELIHAT KEPADA HASILNYA,
 FOKUS untuk memberikan isyarat pada badan supaya terus MENGELURKAN SUSU DENGAN SISTEMATIK.



2.MENGEPAM SECARA IRINGAN

Kaedah ini merujuk kepada tindakan sebelah payudara digunakan bayi untuk menyusu manakala sebelah lagi mengepam.
Kaedah ini diperlukan kerana badan mendapat isyarat susu diperlukan lebih daripada biasa seperti menyusukan anak kembar.
Kebaikan kaedah ini apabila penyusuan itu bermain dengan emosi yang membuatkan hati berasa lebih bahagia ketika menyusukan si kecil dan pada masa sama mengepam. Pasti hasilnya juga meningkat dan kaedah ini membuatkan susu keluar dengan lebih laju.


3. MENGEPAM SECARA PADU

Kaedah ini seperti memberi kejutan daripada tidur kepada badan yang dalam keadaan rehat dengan penghasilan susunya. Ia memerlukan masa sejam setiap hari dan lakukan selama tiga hari berturut-turut. Ia dijalankan dengan berterusan mengosongkan payudara, memberikan isyarat pada badan untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak serta lebih cepat.




Apa juga kaedah yang kita gunakan bergantung kepada permintaan dan bekalan, selain itu ibu perlu menjaga pengambilan makanan harian.

Digalakkan mengambil habatussauda, halba, lobak putih, alfalfa bagi membantu penghasilan jumlah susu badan yang banyak dan mencukupi. Sekiranya ibu tidak suka / gemar dengan makanan ini, ibu boleh mendapatkan makanan tambahan yang dibuat khas untuk menambah susu contohnya Vitamin Alfalfa, ESP.. Air kosong jangan lupa minum secukupnya.

Sebenarnya makanan yang diambil juga tidak dapat mengatasi masalah kekurangan penghasilan susu sekiranya tidak melakukan kaedah mengepam dengan betul dan konsisten.

 Ibu tidak seharusnya berasa putus asa dan sedih serta mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula. Segalanya perlu kuat dari segi fizikal dan mental dan tekad yang tinggi. Suami dan keluarga juga perlu memberi semangat serta membantu mengurangkan tekanan si ibu bagi memastikan susu badan tidak merudum.




Berusaha memberikan susu badan kepada anak, jangan cepat berputus asa dan melakukan teknik pengepaman yang betul serta menjaga pemakanan, suami adalah individu terpenting menjayakan penyusuan ibu sehingga berusia 2 tahun.


*** para suami sila bagi sokongan sebaiknya!!!!

Salam sayang semoga info ini bermanfaat.
jika mahukan konsultasi produk shaklee boleh hubungi saya di no. 017-2908954

Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon