Jeng-Jeng, hasil pencarian di pak google malam tadi, akhirnya saya jumpa satu pulau di Satun -KOH LIPE!!!
Nak ke Koh Lipe perlu menaiki speed boat dalam sejam setengah (macam dari kuala kedah nak ke langkawi). sebenarnya dari langkawi cuma 1 jam sahaja menggunakan speedboat aggaran dalam 30km
manakala dari Jetty pak bara 1 Jam setengah anggran 67km.
Daripada hotel tempat penginapan saya hanya 1.5km ke Jetty Pak bara., dekat sangat!!!!
sampai jer kat Jetty Pak bara deretan travel agent, tak sempat nak turun kereta diorang dah lambai-lambai panggil kita.
Anggaran ke Koh Lipe
-Speedboat dewasa 1000bhat (Ticket return)
-Speedboat kanak-kanan 4tahu -12 tahun 800bhat (selepas minta diskaun dapat ler 700bhat) **Ticket
Return
-Tax Jety Pak Bara 20bhat 1 kepala (DIKECUALIKAN BAYI)
Dah sampai Kat Jety Koh Lipe Kena bayar:
-200bhat 1 orang (DIKECUALIKAN BAYI) untuk jabatan perhutanan Thailand
- Daripada Jety Koh Lipe nak kena Pantai perlu naik Boat Long trail (50bhat seorang) ***SEHALA
Pendek kata depa ni seme DUIT ja!!!!! *** Nak angin pun hado
Harga makanan kat sini pun akan berlipat ganda, dan saya cadangkan uuoolsss bawa bekal macam meggi, roti, biscuit, air kotak, air mineral daripada Malaysia. Kat sini ada kedai runcit & Seven Eleven, tapi saya tak cadangkan anda membeli disini sebab makanan halal & non halal bercampur aduk, GELI kot saya.
Dari Jety Pak Bara boat katenya 11.30 tetapi jam 12.00 baru bergerak, opss sebelum terlupa sebab kitaorang bawa kereta so kereta kitaorang parking dengan agent travel, satu malam rm10-15.
Masa nak naik boat tu dia akan bagi kad nombor dan orang boat akan panggil kita ikut giliran nombor, once nombor kita dipanggil kad tersebut akan dikutip. tapi seat duduk jer la mana yang kosong.
![]() |
Nak masuk ke kawasan Jetty untuk menaiki speed boat kena tol kat sini |
![]() |
Waiting Area Jetty Pak Bara |

![]() |
Sedang Tunggu Speedboat |
![]() |
Keutamaan kepada kanak-kanak diberikan safety jaket sebelum naik boat |
![]() |
mamat ni dah tak sabar nak korek pasir |
Dah naik speed Boat ni if tak tahan pening kepala sila la amik pil.. Opah pun pening ,2 beradik ni naseb tertidur).
![]() |
si kecik ni pun naseb ler pergi balik tertidur dalam boat. |
Perjalanan diteruskan membelah laut yang luas, destinasi pertama Boat singgah di Tarutao National Park untuk menurunkan penumpang, dan penumpang dibenarkan turun selama 20minit, Perjalanan ke Tarutao ni ambil masa 30minit.
![]() |
Singgah di Tarutao National Park |
Kemudian perjalanan diteruskan lagi, dalam 30minit boat berhenti pulak di satu pulau yang memang cantik sangat, pasir puih sangat, air laut yang hijau, ada satu Natural stone Arch yang memang cantik, pulau ni dikenali sebagai Koh Khai. Berhenti kat sini untuk bergambar 20minit.
![]() |
tengok kat belakang tu Stone Arch yang sangat cantik |
Selepas hentian di Koh Khai, boat menyusur menuju ke destinasi, sampai je kat jety Koh Lipe loading beg , tercagak cagak juga lah nak pergi mana kan? perkara pertama kena buat kat sini bayar 200bhat satu kepala kepada Jabatan Perhutanan Thailand.
![]() |
situasi di jetty Koh lipe |
dah selesai bagi duit kat diorang bayaran untuk jabatan perhutanan tu memang kena bayar tak boleh tak hokehhh. Lepas tu tunggu @ beratur nak naik boat long trail (sampan) kt sini kena bayar 50bhat satu kepala. Jarak naik long trail boat ni sebenarnya tak jauh mana, dan speed boat boleh jer masuk, daripada apa yang diorang cakap nak jaga coral, tapi ada jer speed boat yang masuk untuk parking, salah satu sebab mungkin diorang nak bagi income kepada pengusaha-pengusaha boat long trail tu kot.
![]() |
memang nampak coral, gambar diambil masa naik sampan |
![]() |
dah sampai pantai koh lipe |
![]() |
Saya besarkan gambar ni, nak menunjukkan Jarak pantai Koh Lipe dari jety nak naik boat long trail |
![]() |
Turun kat sini, ada staff Varin Beach Resort dah siap tunggu untuk hangkut beg & check in. |
Saya terus deal dengan travel agent untuk speedboat dan tempat penginapan. Varin Beach Resort adalah Resort yang memang sangat Ideal dan memenuhi kriteria saya, Tepi pantai ,bersebalahan Walking Street dah breakfast provided.
Untuk Superior room RM230.00 dan saya ambil 2 extra bed RM100.00.
sampai jer kita dihidangkan dengan Welcome drink.
Kemudahan Varin Beach Resort
Air panas
Peti sejuk
Pengering Rambut
Tuala
Sabun
Shampoo
TV
Mineral Water
Kopi
Teh
Gula
Jug Cerek
******Peringatan Korang jangan lupa bawa adopter plug oversea punya untuk charge handphone korang ya, kalau tak naya okeh sebeb plug dia tak sama macam Malaysia.
![]() |
Varin Beach resort kupon untuk sarapan |
![]() |
View Varin Beach resort |
![]() |
View dari depan bilik |
![]() |
View dalam bilik |
![]() |
Varin Beach resort Restoran |
![]() |
Dalam Bilik King Size Bed |
![]() |
pasir halus |
![]() |
air jernih oooo |
![]() |
subhanallah memang cantik la laut dia, tambahan model kecik yang cute tu ..hahahah |

Dapat ler berendam sepetang anak-anak, kemudian naik untuk bersihkan badan , solat maghrib dan makan malam.
Walking Street??? Kenapa saya nak hotel berdekatan Walking Street ? dan uoollss yang pergi wajib juga find hotel the nearest.
Sebab kat sini ada bermacam-macam ada :
-kedai cenderahati,
-kedai makan,
-Kedai Baju/seluar/Topi
-kedai runcit,
-seven Eleven,
-money changer,
-Klinik,
-Massage
-Scuba & snorkling pakej
-Mesin ATM
macam-macam la.
Kitaorang tapau jer makan dalam bilik kat salah satu Restoran makanan India, uuoollsss Portion dia besar tau boleh makan untuk 2 orang, so jangan beli banyak-banyak.
Dinner kiorang:
Nasi goreng Udang
Nasi Goreng pineapple
Nasi Goreng apa ntah lupa dah
Tandoori
600bhat.
Tapi 2 bungkus nasi tak abis, sebab portion dia yang banyak.
![]() |
Welcome to Koh Lipe Walking Street |
Jom layan gambar sunset

![]() |
pemandangan petang |


![]() |
Tengah tunggu dinner |
Lepas dinner memang terus zzzzz sebab letih, esok nak bangun awal main laut lagi...hip-hip hore.
Yang tak BEST SANGAT!!!!! pasal Koh Lipe !!!!
Untuk orang muslim macam saya memang tak menyenangkan bab
1- Kedai makan ada sign HALAL tapi still served arak ** faktor mungkin sebab kebanyakkan pelancong adalah daripada kalangan Non Muslim ** mat salleh.
2- Anjing bersepah- tambahan di Walking Street sepanjang jalan anjing berkeliaran, tambahan depan Seven Eleven *** memang tak jadik nak masuk, sebab anjing dok bertempek kot depan pintu masuk.
3.-Area pantai pun anjing dok melepak bawah kerusi pantai---eeuuwwww
Saya memang kurang selesa dengan enviroment ni.
Tetapi Pantai memang cantik, nak berscuba, snorkling memang best...
Uoollssss nak snorkling dari koh lipe ke pulau lain ada Charge lagi Hokehhhh... datang Koh Lipe sedia duit penuh poket yea!!!!!.
Semoga entry saya ini boleh memberi sedikit info & guide anda yang ingin bercuti ke Koh Lipe.
Jumpa lagi di next entry.
Zakiah Shaklee
Zakiah Dexandra Perfume
Comments
Post a Comment