2016 pembukaan Trip ke Pulau Langkawi, Percutian pendek jer, kami memilih TRAIN ETS bertolak dari KL Sentral jam 9am, tiba di stesen Arau 3pm. kami pit stop sehari untuk bermalam di rumah mak.
keesokkannya , tengah hari naik ferry ke Langkawi amik masa 45minit ke Langkawi dari jetty Kuala Perlis, Tiket Ferry boleh beli online kat sini
ticket.langkawiferryline.com/
Tambang Ferry dari K.perlis ke Langkawi :
Dewasa RM18.00
Kanak-Kanak 3-12 tahun RM13.00
Sampai kat jetty Kuah dah ada pemandu tunggu, terus ke Dayang Bay Apartment Resort, Kuah. Lokasi berdekatan dari jeti dalam 10-15minit.
Kitaorang pilih studio suite, buka jer pintu ada sofa bed dan tv, ada bathroom kemudian 1 bilik attach dengan bathroom dan TV, kat veranda luar tersedia peti sejuk, meja makan, cerek elektrik, pinggan dan cawan.
Boleh basu baju sebab ada washing machine disediakn pada level 2 & 5. nak iron baju kena ke iron room yang telah disediakan.
So far kalau anak lebih dari 2 memang sesuai sangat bilik ni.
Lokasi dekat dengan pekan kuah, nak bershopping 5 kali sehari ulang alik pun sempat.
kitaorang tak berjalan sangat pun just esok tu pergi cable car, layankan anak-anak masuk muzium 3d, nak naik cable car perghhh beratur panjang gila-kebetulan masa kitaorang pergi tu hari wilayah (public holiday). so maybe orang wilayah yang datang kan.
Turun dari cable car singgah makan tengah hari Restoran Seashells kat lama padi, makanan ala-ala kampung (pun rasa so-so sahaja)
lepas tu shopping lerrrrr kat RAMS, HIG.
layankan anak-anak naik kereta kuda
Malam Dinner kat Restoran Nelayan , makanan pun so-so ja tak der la best mana pun.
Esok pagi dah siap-siap brekafast sebab flite tengah hari. Tapi sebelum pergi airport sempat lagi singgah menyopping kat pekan kuah.
Jom layan gambar anak-anak kat airport sementara nak tunggu check in. masa saya pergi tu cekelat Kinder Bueno yang pack 8ketoi tu memang habes, yang ada packing 3ketoi ja, so sampai airport gigih lagi kan cari cekelat, nasib hado. wajib la amik tu feveret anak bujang.
![]() |
anak cheq 3 orang jer yang lagi 2 tu anak menakan. |
Actually naik flite sekejap jer tak sempat anak-anak nak makan maggi pun..rasa dalam 45minit jer kot.
Sampai KLIA terus cari teksi.
Ingat tambang teksi bawah RM100.00, sekali RM136.00 , nak dijadikan cerita anak dara pula demam masa balik tu. Alhamdulillah safely landed home sweet home.
so sekian trip untuk pembukaan tahun 2016.
Comments
Post a Comment