![]() |
dream world resort |
![]() |
view from pekan kundasang |
![]() |
dream world resort |
Saya pilih Dream World Resort Kundasang, naseb ada kekosongan lagi, sebab apa pilih resort ni setelah riview rasanya resort ni paling best pada hati saya.

Booking kereta saya dah buat pada tarikh sebelum fly, sory no. hp adik ni dah hilang sebab lama sangat baru terajin nak coret kat blog. kebetulan kereta myvy baru dengan sewa yang agak murah. Adik ni punya rate paling murah compare dengan agen lain yang saya hubungi.
Flite dah booking, hotel dah booking, kereta sewa dah booking, so next cari tempat menarik untuk dilawati sepanjang kat kundasang.
1- Desa Dairy Farm


2- Kundasang War Memorial
![]() |
budak ni tertidur lepas tengok lembu jadinya tak dapat masulk war memorial |
3- Tagal Sg. Moroli Kg Luanti
4- Ladang Teh

5- Mini Farm Strawberi

Day One
![]() |
dah ready nak ke airport |
Korang yang bawa baby jangan lupa bawa mykid @ surat beranak anak-anak, masa nak fly diorang akan minta sebelum kita naik flite. sampai sana pun diorang akan minta juga.
Touch down KK petang dah...adik sewa kereta dah siap tunggu kat airport, so on waze memandu terus ke Kundasang, disebabkan awal gelap so kami sampai dekat resort dah malam dan sepanjang perjalanan naik ke kundasang tak dapat la nak melihat permandangan sekeliling tambahan pula hari hujan.
Day TWO
![]() |
view from dream world |

![]() |
dah jumpa geng |

![]() |
view from dream world |
![]() |
view from dream world resort |
Kitaorang sampai Desa Dairy Farm breakfast jer la kat sana, sambil tengok lembu dan menikmati kehijauan rumput dengan udara yang berkabus...best weyyhhhh gila best!.


Kena bayar nak masuk ke Desa Dairy Farm tapi saya dah lupa.. time diorang perah susu pun ada, tapi saya memang tak ingat dah., SEBAB Peram entry ni lama sangat.
Next destinasi ke Strawberi Park, kawasan perkampungan, kecik jer sebab diusahakan oleh orang kampung secara kecil-kecilan, selesai petik & Makan strawberi terus lunch kat pekan Kundasang, sebab kat sini tak sure kedai makan yang halal, & nampak KFC, so kitaorang lunch KFC jer lah.
Lepas perut dah penuh, Terus menuju ke destinasi yang buat saya teruja adalah 'TAGAL", Sg Moroli nak tengok ikan kelah yang jinak, sebelum sampai Sg. Moroli akan jumpa PORING HOT SPRING ( Air panas) kitaorang tak singgah pun.
Dah sampai kat Ikan Jinak ni masuk ada Bayaran untuk DEWASA RM5 , KANAK-KANAK umur 6-12tahun RM2, dan limit masa 15 minit sahaja nanti dah abes masa diorang akan panggil nombor, ada makanan ikan yang dijual , seingat saya rm0.50 sen satu pack, ikan akan datang berkerumun bila tabur makanan, rasa geli kena gigit manja dengan ikan-ikan ni.
Dah selesai tengok ikan ni kitaorang pun drive balik ke resort ,
![]() |
nampak tak boss pun goli |
kebetulan sebelah Ikan Kelah adalah Ladang Tea so gigih juga naik ke ladang teh dengan jalan yang berbatu-batu, habes lah myvy owner ni....nak sedap naik guna 4wheel, tetapi selagi boleh cut budget kita kasi cut kan. tapi tak de apa pun kat ladang teh ni, ada kedai cenderamata, restoran & snap photo view ladang teh. baik pergi Cameron Higland lagi best. kitaorang singgah sekejap jer, saya & anak teruna ni jer yang turun sebab dua girls lagi dah zzzzzzz.
sebelum sampai resort area pekan kundasang nampak kiri kanan gerai jual sayur, gerai jual bunga, gerai jual buah-buahan,


so singgah la beli bauh-buah untuk dinner malam ni, sebelum balik resort singgah kedai runcit beli maggi & apa yang patut untuk dinner malam nanti, sebab dah keletihan tak larat nak keluar. lagipun area Kundasang ni tak berapa mesra muslim, takut termasuk kedai non muslim..Settle day TWO
Day THREE
Bersiap-siap untuk check out, sebab nak pergi pulau pulak lepas ni, OTW turun ke KK bestnya udara nyaman tak yah pasang Aircond, baru nampak view masa turun ni, kitorang singgah sekejap ambil gambar kat KINABALU PARK,
perjalanan diteruskan sampai di Tamparuli buat U-Turn Singgah kat RUMAH TERBALIK nak masuk perlu beli tiket, Harga Tiket untuk dewasa RM10.60, manakala kanak-kanak 4-12 tahun RM5.30.dah puas bergambar kat Rumah Terbali bergegas en. boss Drive menuju ke Jeselton Jety..Drift juga le sebab kul 4.00 kena ada kat Jetty.
jom layan gambar kat rumah terbalik.
Akhirnya sampai Jeselton Jety dan terlewat sikit, kat sini baru jumpa geng, MIL & ipar duai dah sampai lama
![]() |
jeselton jetty |
![]() |
dah ready nak ke pulau Gaya |
![]() |
dah selamat sampai pulau gaya |
![]() |
landing time |
CANTIK SANGAT AIHHHHH
![]() |
Pulau Gaya Jetty |
Kitaorang Check in kat Bunga Raya Island Resort, Mula-mula nak pilih Gaya Island tapi takut pula sebab atas air..hahhah rasa terapung.
Hotel Tip Top tak der nak komplain, nak tau harga refer agoda..

Malam tu dinner kat pulau ditemani alunan gitar dan kelunakan suara mendendangkan lagu kenegerian sabah di bawah bayu. tengok budak kecik ni nyeyak tidur.
Selesai dinner terus tidur la...kat sini tak payah nak menapak, sebab lokasi resort atas bukit , nak ke pantai boleh jer jalan or jogging, tetapi sebab mak anak ramai, call jer reception minta kereta golf, diorang akan datang amik dan hantar naik bilik.
Day FOUR
Bangun awal pagi Jogging en. boss jer la, saya mendugong jer atas katil, anak -anak dah terjun pool, sebab dekat bilik saya ada mini pool so depa awai-awai dah terjun.

Breakfast time, enjoy your food-cewaahhh
![]() |
breakfast time |
![]() |
Snorkling yokkkk |
![]() |
snorkling , budak tu pun terjun |
![]() |
air jernih |
![]() |
main pasir yang halus dan putih |
![]() |
aktiviti kayak |
![]() |
sedap la baby berayun kat sini |
![]() |
budak kecik ni bukan maik suka. |
![]() |
pantang jumpa air |

![]() |
batery dah low..hahhahah |
![]() |
nampak tak pasir yang putih tu... |
Matahari dah betul-betul atas kepala beralih ke swimming pool...hahah berendam pulak kat swimmnig pool, naseb masa breakfast tadi siap dah bungkus apa yang patut kat restoran jadinya anak-anak tak der la kelaparan selepas berendam. Lunch hari ini service to room sebab dah tak daya nak turun dah, lepas lunch rileks, simpan tenaga sebab petang nanti nak ke Marine Park dekat Gayana Eco resort
![]() |
dah puas mandi laut, mandi kolam pula |
Petang siap-siap tunggu boat nak ke Gayana Eco Resort Melawat Marine Park dan Dinner kat sini.
Naik Bot sekejap jer dah sampai, tapi nak berjalan ke Marine park tu jauh juga, nasib bawa baby carrier, kurang la lenguh mendukung sibaby debob ni., kat sini macam ada Taman laut mini, so lagi dekat dapat tengok hidupan laut. selesai makan tunggu boat balik hotel.
![]() |
dah sampai gayana eco resort |

Day FIVE
Chaeck Out time, breakfast then berkemas nak menuju ke KK, Tunggu boat sekejap jer, sepanjang kat Pulau Gaya ni , tak der pun manusia Muslim, hanya keluarga kami sahaja, yang ada mat salleh, japanese dan satu family cina dari KL.
Sampai Jeselton Jety, terus lunch kat Jetty sebab dah kelaparan, my sister in law tak sempat lunch sebab nak fly balik kl , kitaorang yang tinggal ni siap lunch menuju ke Promenade Apartments, tetapi 1 family adik ipar akan fly balik petang, so lepas lunch diorang pun amik teksi menuju ke airport , so yang tinggal ni muat la 3 bilik apartment...kitaorang la yang tak reti nak balik, dah ler datang awal, balik last sekali pula tu.
Petang tu minta driver hantar pergi pasar Philippines, Misi cari fridge magnet, t-shirt , kerongsang, butang baju melayu, ikan masin, makanan ringan. otw balik dari pasar tu driver bagitau dekat pasar malam barang jauh lebih murah, so apa lagi deal dengan driver bawa kitaorang pergi sana..hahah.
![]() |
sotong goreng tepung |
![]() |
ketam masak pedas |
Lepas makan terus ke pasar malam nak cari kerongsang, memang betul kerongsang kat sini jauh lebih murah compare pasar Philippines, nak bagitau lokasi pun tak reti sebab orang bawa...huuu..so sopping la kerongsang kat sini tak hengat..phewww. dah siap balik tidur.
![]() |
hasil tangkapan |
Day SIX
Check out time, apa pun breakfast dulu sebelum check out takut kebuluran nanti..hahahh...
![]() |
tinggal ni ja kanak-kanak ribena |
akhirnya kitaorang dah nak fly balik kl, tapi sebelum balik minta en. driver hantar kat Pasar Philippines sekali lagi sebab ada lagi barang nak beli..hahahah..hahah lagi tak balik kan...
bukan senang nak terbang mai sabah bah.
opssss bertentangan Promenade Hotel tu ada Mall yang baru buka, jika anda pengumpul t-Shirt Hard ROCK boleh dapatkan T-shirt kat situ... tu jer nak bagitau.
Flite kitaorang tengah hari, selamat landing di Bumi KL - home sweet home.
my Journey to Sabah.
bye-bye..umur panjang, sihat tubuh badan, poket penuh insyaalah kita ketemu lagi.
Comments
Post a Comment