Wednesday, 1 February 2017

MAJLIS BERKHATAN & AKIKAH

Majlis Berkhatan & Akikah selamat berlangsung tanggal 10 Disember 2016.
Dimana tarikh bersunat abam & Aiman adalah pada 7 Disember 2016, Manakala Hafiy pula pada 9 Disember 2016. Tak dapat buat sekali diatas beberapa faktor.

 gambar semasa menunggu giliran


Dihari kejadian bangun seawal pagi, temujanji dengan Klinik Dr. Azhar  pada jam 8.30am, temujanji dibuat sebulan sebelum cuti sekolah ,

 no telefon KLINIK AZHAR CHANGLUN 04-9245969 

  Abam adalah orang yang ke-3, 
Alhamdulillah Abam tak nangis pun dan dia cakap tak sakit sikit pun, cuma bau hangit sebab guna kaedah 'Laser'.  Aiman nangis jugalah masa kena bius, lepas bius terus tertidur sampai SIAP...bangun jer terus jalan.

Dah sampai rumah terus tertidur

Mengira duit selepas kenduri

tara dah bertiga

Malam Kenduri sebuk la rewang goddies bag untuk tetamu

Bunga Gula-gula untuk tetamu


anak dara mengisi godies bag






Cerita botol kacang yang sedang viral untuk godies bag kenduri sekarang, saya pun terjebak sekali.
hasil google kat Mudah.com jumpa 

Molhit Pack @ 019-6694511 

kedai area cheras nak lebih detail lokasi boleh call no kat atas tu. owner melayu.  Sebotol RM0.37 sen. harga ni kat Chowkit  pun tak dapat sebab saya dah ronda, if dapat pun bukan botol yang design cam gini. saya angkat 700pcs RM259.00. Sticker  kitaorang  print sendiri pakai sticker , boleh refer gambar.







Kacang pulak kitaorang beli dekat NSK jer, sebab rumah dekat dengan NSK.



Inilah rupa Sticker hasil tangan en. boss, sebab tak de cutter potong pakai pisau jer bergilir la kitaorang, sakit juga lah tangan.





Gambar masa kenduri tak de pun sebab dah kebizian tak sempat nak snap,sempat snap makcik-makcik ni berzanji jer. Kambing golek pun tak sempat nak snap.



Abam terbaring, budak 2 ketoi ni melaram sakan.


bye-bye 2016