Skip to main content

Cherating Bayview Resort


Cherating Bayview Resort menjadi pilihan untuk Hari Keluarga 2017 bagi company suami.

Sepanjang perjalanan tidak ada apa yang saya aspek mengenai Bayview Resort, saya ambil perdekatan tunggu dan lihat. 

Bertolak dari KL jumaat malam, bermalam di rumah mertua kat Pekan.
 11am Sabtu baru bergerak menuju ke Cherating.


Memandangkan kami berlima maka diberi bilik type 'Deluxe Room' ** sea View. ketersediaan kemudahan didalam bilik adalah:

- 2 katil queen size 
-Tv no astro ** chanel biasa
-Cerek Elektrik
-Towel
-Sabun mandi
-Water Heater
- Meja Solek + Cermin
-Almari baju

**Rates saya tak pasti sebab company suami yang aturkan.

Keadaan dalam bilik agak selesa, cuma tekanan air dalam bilik air sangat SLOW, dan jika anda bawa baby jeng-jeng ada nyamuk yea.

Lokasi Beach memang dekat dari bilik boleh nampak & bila malam boleh dengar deruan ombak bila buka pintu.

kawasan ini pada pendapat saya sesuai untuk anak-anak mandi sebab pasirnya tidak cerun dan airnya  tidak dalam.

Parking area belakang bilik sahaja.  .

***Kemudahan yang ada di Cherating Bayview Resort:

-Pool untuk orang dewasa & Kanak-kanak
-BBQ Area
-Private Beach ** kalau amik yang seaview tu memang dekat sangat dengan Beach.
-Gelanggan Volley Ball

Jika anda lapar perlu memandu sedikit kerana lokasi Bayview Resort agak ke dalam, walau bagaimanapun amat banyak kedai makan & restoran di sekitarnya.

Sabtu malam ahad sudah tentu BBQ time, tempat BBQ pun agak selesa. 

Kes  saya ada anak kecil makan dalam bilik jer sebab ada yang dah ketiduran keletihan bermain pasir.

Lokasi BBQ area dengan bilik kitaorang tak jauh & boleh nampak BBQ area dari bilik kitaorang. 


Tara...kalau anda rajin boleh bandingkan gambar daripada saya dengan gambar yang dekat web http://cheratingbayviewresort.com/


View Depan bilik







saya riview sikit la gambar bilik air, agak luas cuma air slow sangat nak basuh montot anak pun jenuh haihhh. tapi kat sinki tu laju la pulak airnye, tapi sinki bilik saya ni macam going to tersumbat.



Air dekat water heater ni pun agak laju, cuma tekanan air dekat water closet tu jer slow ya amat.



Tengok budak tu tengah buat apa? ada TV & Almari baju


Katil  memang selesa untuk kami 5 beranak, tilam & bantal pun selesa.
ada satu sudut yang saya tak snap , disediakan meja solek & kerusi rehat, bilik untuk type Deluxe agak besar, kalau nak bentang toto kat depan katil tu pun masih boleh & dan disebelah katil tu ada ruang lagi untuk solat. ha cerita bab solat , kalau datang sini bawa sejadah yer..sebab "no sejadah provided'".



Budak kecik ni tak suka mandi pantai dan geli amat dengan pasir, makanya swimming pool inilah tempat melepak bagi dia, tapi kan nyamuk banyak kat sini. 



Pagi ahad tu bangun tidur , terus turun pantai . air surut  so boleh nampak pasir yang landai...kitaorang berjalan sampai ketengan sambil tengok pakcik-pakcik ni tarik jala 'yer ke tarik jala'??? agaknya la kan...ni lah hasil tangkapan diorang, nak buat ikan masin katanya.
Excited anak-anak dapat tengok ikan melompat-lompat atas pasir.



 sampai ke tengah tu kitaorang berjalan



Budak ni duduk atas riba jer la , tangan dah menunjuk serata arah sebab tak nak lepak kat pantai. muka tak yah cakap la memang tarak senyum la ini budak.



Nak tengok dia senyum tu ha pergi pool baru ada senyum...haiyoooooo


Brekafast pagi tu, beli jer kat kedai, kuih-muih, nasi dangang, nasi lemak, nasi berlauk, coco crunch bawa dari rumah, tea tarik & kopi tarik diorang buat...hahahah saya sedikan mulut jer untuk telan. 

Brekafast tepi pantai, selepas breakfast masing-masing dah buat aktiviti, mandi laut, main bola pantai, main bola tampar, mandi kolam. sampai jam 11.00 kitaorang masuk bilik kebetulan hujan pun dah turun renyai-renyai so bersiap-siap untuk check out.

Luncheon kita kat Warung Aziz sata Kemaman.

Tu ja lah riview tentang Cherating Bayview Resort, salah satu sebab kenapa company suami pilih sini, sebab :

-Ada Pool
-Private Beach
-BBQ area


semoga riview saya ini bermanfaat kepada pembaca diluar sana. Hanya riview dari sudut mata & hati saya semata-mata.

bye-bye.


***uit korang nak tau tak, disebabkan lokasi Bayview ni ke dalam sikit, pastu ada hutan-hutan sikit, kitaorang anak beranak berpeluang menyaksikan show Monyet & babi hutan  eeewwwwww!!!!!!


Shaklee in. Dist.
Wangsa Maju & Subang Bestari Area
017-2908954

Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon