Skip to main content

Langkawi 2019

Day One😊


Bertolak dari rumah mak jam 12 tengah hari.
Tiket feri dah beli awal via online


Dewasa rm18
Kanak- kanak rm13




Sampai ja jeti kuala perlis dah ada orang yang tawarkan servis untuk park kereta 3hari dua malam RM30.

Alhamdulillah dapat naik feri baru, selesa dan luas. Alhamdulillah anak- anak mood baik😃.

Perjalanan feri daripada k.perlis ke langkawi mengambil masa 1jam. Sampai langkawi dalam jam 3.15pm.

Kereta sewa saya dah book awal, saya tak nak share contact no kereta sewa sebab servis kureng.
Disebabkan masa saya pergi musim perayaan makanya harga melambung berganda compare hari biasa. Dah dapat kereta terus menuju ke chalet, Chalet pun saya booking via booking.com. last minit plan hotel & chalet area pantai dah full so sambaq ja yang mana berkenan dengan harga pun melambung juga😇.







Saya pilih Cloud9 holiday cottages. Actually chalet ni baru beroperasi dan ownernya masih dalam percubaan.  Lokasi agak jauh dari pekan kuah dalam 11km anggaran masa 15 minit kalau tak jem. Bagi saya okeh ja sebab kitaorang bukan datang nak shopping.  Nak ke cenang dalam 5km anggaran dalam 11minit.

Cloud9 holiday cottage lokasi dalam kawasan  bendang, kalau hampa nak merasa view sawah memang cun sangat @ tak pernah tengok sawah memang feel best la.

Selesai check in solat, kami lepak cenang cari makan, kemudian ke pekan kuah kebetulan sabtu malam ada pasar malam area baron hotel. Settle balik tidoq

Day two😊

Cloud9 holiday cottages provide breakfast tapi tak banyak pilihan sebab unit pun tak banyak, Breakfast sedap dan healthy mengikut selera saya.

Selesai breakfast  kami menuju ke KILIM perjalanan jauh juga dalam 22km anggaran masa 30minit.
Sebelum ni dah pergi island hoping jadi kali ni naik boat layan mangrove. Yang ni pun saya google dapat paling murah satu boat 2jam rm199.  Hok lain memang tak dapat rege ni.  kami sampai dalam jam 10am lebih macam tu kat KILIM. Huntung pergi satu keluarga ni sebab depa layan family kita ja dalam boat tu. so setiap pit stop tu bergantung pada kita nak stop berapa lama, Kalau campuq ni paham-paham la.

Ni pakej yang dibagi

LANGKAWI PACKAGES QUOTATION
Total : RM199.00 for Mangrove Tour
Include :
•Mangrove tour (2 hours)
Tour places :
-The River Cruise
-The Wild Life
-Eagle Watching
-The Bat Cave
-The Crocodile Cave
-Fish Farm

Boleh tekan link kat bawah untuk mangrove tour.

https://www.facebook.com/pg/langkawipackages/reviews/?ref=page_internal



pit stop pertama Fish Farm, dekat Fish Farm ni depa bagi penerangan sikit tentang ikan dan jika kita berhajat nak lunch kat sini boleh pilih ikan yang fresh untuk dimasak. Last tour nanti depa akan hantar kita kat sini untuk lunch.


The Crocodile Cave, nak masuk dalam gua ni puas reverse empat lima kali sebab bertembung dengan boat pelancong yang lain. Tapi kalau pergi lambat tak dapat masuk sebab air dah naik tinggi. timing kitaorang ni sedang elok.


The Bat Cave

The Bat Cave

The bat cave

The bat cave

The bat cave

The bat cave

The bat cave

The bat cave









The crocodile Cave, nampak tak mulut boya

The river cruise, ini adalah laluan kayak




Semua enjoy mangrove  tour ni.

Selesai mangrove, anak bujang request nak pergi Galeria Perdana. Lokasi Galeria ni sebelah KILIM ja. Nak masuk galeria ni kena bayaran tapi tak mahal pun, saya dah lupa harga silalah google. kalau dah masuk waktu boleh solat kat sini, surau selesa dan ada tandas.





Selesai Galeria apa lagi cari makanan la, perut lapaq. Kami menuju ke beras terbakar sebab Nak makan ikan bakaq .

Jom Ikan Bakar

Jalan Lapangan Terbang, 07000 Langkawi, Kedah
013-512 9931

https://g.co/kgs/W69gnA

Jom ikan bakaq sedap, servis laju😊🙃 comfirm la sebab self service😁. Harga pun berbaloi. Gambar tak dan snap sebab dah jadi pirana memasing lapar.

Settle makan kami terus ke Beras terbakar sebab lokasi dekat ja pun. Shopping at Beras Terbakar anak-anak beli cenderamata, mak anak shoping kain baju hahah-kekonon tak nak shopping.

Next ke Pantai Cenang mandi laut😁.
Actually saya buat suprise birthday kat anak bujang. Suprise birthday deco ni pun saya jumpa kat ig. Servis ni paling terbaik dan boleh ikut apa yang saya request. kalau korang nak buat birthday beach picnic or anniversary ke apa ke boleh contact no ni. 0175486058 kak Niza, sangat rekemen. sepatutnya kalau google kat IG or FB servis dua jam jer. Tapi kak niza ni punye servis sampai malam hahahah. Saya request beli KEPCI tapi ada ler charge runner hahhaha.




Settle potong kek, makan kepci sambung main pasir mandi pantai dan layan banana boat.
Banana boat tu rm25 per head tapi saya minta kurang dapat rm20 seorang. Kow tim punya kow tim 8 orang dapat rm130 sahaja😂. korang kalau pergi try la runding rege jangan follow jer rege yang diorang letak tuh.


Layan pantai sampai maghrib balik chalet  teruih pakat terjun pool sampai kui10 hahaha. Dinner geng bapak budak tapaw jer.


Day three
Breakfast sambil mandi kolam, sebab tempat makan sebelah pool jer. Settle mandi kemas baju untuk check out.







Atma batik bagi anak-anak layan canting batik.  Satu Frame lukisan RM30, boleh pilih design yang berkenan. Settle depa canting destinasi seterusnya makan laksa tepi pantai area airport.







Makan laksa sekoq area airport layan view laut. Cantik view gila ar.
Macam-macam ada bukan laksa jer, cucuq udang ais kacang superb gebu susu melimpah. Dah penuh tank next Minyak Gamat. 


Selesai borong minyak gamat, next Haji ismail grop sopping cekelat

Tak dan nak p idaman suri & rams sebab kali ni pergi memang shopping tak tersenarai dalam list.

Kemudian lepak dataran lang, baru anak-anak nak layan gasing kereta sewa dah call suh hantar kereta huhhh spoil betul la.

Terus ke Jetty Kuah loading beg, Beli kepci makan dalam boat sebab anak-anak lapar.

Uh tiket feri balik k.perlis minta tolong kawan adik ipar belikan. Kebetulan masa datang terserempak dengan dia. Huntung sangat dapat harga discount yipppeeee😉.

Kami naik bot last jam 8pm,  Biasa kul7.30 last trip bot. Tapi musim perayaan depa tambah bot. So malam tak leh layan view sebab dah golap.

Sampai k.perlis call orang yang tempat park kereta, diorang datang amik pergi kat parking area.

Tak abis kat situ, opah ajak layan ikan bakaq kat koma laut😁.

Jam 11 baru bertolak balik ke Changloon.

Alhamdulillah trip langkawi success☺

Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon