Skip to main content

Langkawi 2019

Day One😊

Bertolak dari rumah mak jam 12 tengah hari.
Tiket feri dah beli awal via online.
Dewasa rm18
Kanak- kanak rm13

Sampai ja jeti kuala perlis dah ada orang yang tawarkan servis untuk park kereta. Untuk 3hari dua malam rm30.




Alhamdulillah dapat naik feri baru, selesa dan luas. Alhamdulillah anak- anak mood baik😃.

Perjalanan feri daripada k.perlis ke langkawi mengambil masa 1jam. Sampai langkawi dalam jam 3.15pm.

Kereta sewa saya dah book awal, saya google jer, disebabkan time saya pergi musim perayaan makanya harga melambung berganda compare hari biasa. Dah dapat kereta terus menuju ke chalet, ni pun saya booking via booking.com, last minit plan hotel & chalet area pantai dah full so sambaq ja yang mana berkenan dengan harga pun melambung juga😇.

Saya pilih Cloud9 holiday cottages. Actually chalet ni baru beroperasi dan ownernya masih dalam percubaan.  Lokasi agak jauh dari pekan kuah. Nak ke cenang dalam 7km kalau tak silap. Cloud9 ni dalam bendang tau, kalau hampa nak merasa view sawah memang cun sangat.


Selesai check in solat, kami lepak cenang cari makan, kemudian ke pekan kuah kebetulan sabtu malam ada pasar malam area baron hotel. Settle balik tidoq

Day two😊


Cloud9 holiday cottages provide breakfast tapi tak banyak pilihan sebab dia pun tak banyak unit. Breakfast sedap dan healthy.

Selesai b.fast kami menuju ke KILIM nak naik boat layan mangrove. Yang ni pun saya google dapat paling murah satu boat 2jam rm199.  Hok lain memang tak dapat rege ni. Sampai dalam jam 10 lebih macam tu kat KILIM. Huntung pergi satu keluarga ni sebab depa layan family kita ja, nak stop lama mana. Kalau campuq ni paham-paham la.

Ni pakej yang dibagi

LANGKAWI PACKAGES QUOTATION
Total : RM199.00 for Mangrove Tour
Include :
•Mangrove tour (2 hours)
Tour places :
-The River Cruise
-The Wild Life
-Eagle Watching
-The Bat Cave
-The Crocodile Cave
-Fish Farm



Boleh tekan link kat bawah untuk mangrove tour.

https://www.facebook.com/pg/langkawipackages/reviews/?ref=page_internal

Semua enjoy mangrove  tour ni.

Selesai mangrove, anak bujang request nak p Galeria Perdana. Lokasi Galeria ni sebelah KILIM ja. Nak masuk galeria ni kena bayaran tapi tak mahal pun, saya dah lupa.




Selesai Galeria apa lagi cari makanan la, perut lapaq. Kami menuju ke beras terbakar sebab Nak makan ikan bakaq .

Jom Ikan Bakar

Jalan Lapangan Terbang, 07000 Langkawi, Kedah
013-512 9931

https://g.co/kgs/W69gnA

Jom ikan bakaq sedap, servis laju😊🙃 comfirm la sebab self service😁. Harga pun berbaloi.

Settle makan kami terus ke Beras terbakar sebab lokasi dekat ja pun. Shopping time.

Next ke Pantai Cenang mandi laut😁.
Actually saya buat suprise birthday kat anak bujang. Suprise birthday deco ni pun saya jumpa kat ig. Servis ni paling terbaik dan boleh ikut apa yang saya request.


Settle potong kek, makan kepci sambung main pasir mandi pantai dan layan banana boat.
Banana boat tu rm25 per head tapi saya minta kurang dapat rm20 seorang. Kow tim punya kow tim 8 orang dapat rm130 sahaja😂.



Layan pantai sampai maghrib balik chalet  teruih pakat terjun pool sampai kui10 hahaha. Dinner geng bapak budak tapaw jer.

Day three
Breakfast sambil mandi kolam, sebab tempat makan sebelah pool jer. Settle mandi kemas baju untuk check out.




Destinasi ke Atma batik bagi anak2 layan canting batik.





Makan laksa sekoq area airport layan view laut sambil pekena laksa.

Minyak gamat

Haji ismail grop sopping cekelat

Tak dan nak p idaman suri & rams sebab kali ni pergi memang shopping tak tersenarai dalam list.

Kemudian lepak dataran lang.

Hantar kereta.

Beli kepci makan dalam boat sebab anak-anak lapar.

Uh tiket feri balik k.perlis minta tolong kawan adik ipar belikan. Kebetulan masa datang terserempak dengan dia. Huntung sangat dapat harga discount yipppeeee😉.

Kami naik bot last jam 8. Biasa kul7.30 last trip tapi musim perayaan depa tambah bot. So malam tak leh layan view sebab dah golap.

Sampai k.perlis call orang yang tempat park kereta, diorang datang amik pergi kat parking area.

Tak abis kat situ, opah ajak layan ikan bakaq kat koma laut😁.

Jam 11 baru bertolak balik ke Changloon.

Alhamdulillah trip langkawi success☺


Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon