Skip to main content

TRIP Ho Chi Minh Vietnam

Baru mai mood nak share trip ke Vietnam September last year.


Plan trip ke Vietnam since bulan March 2018 sebab mencari tarikh cuti yang sesuai. 

Akhirnya memilih tarikh 14-17 SEPT18(4 hari 3 malam) sempena cuti Malaysia Day .

Misi mencari tiket Flite.

Pda masa tu tiket mahal. Tapi sebab gigih nak juga pergi makanya redah beli  Airpaz. Aku memilih penerbangan ke Ho Chi Minh menaiki Air Asia, Flite
jam 11.15am, manakala penerbangan balik Malaysia Malindo jam 4.30pm sampai Malaysia ya ampun orang ramainya. Sebab apa tau pilih Malindo masa balik Malaysia sebab tak yah nak beli Luggage, dah include all in. Maklumlah time pergi beg kosong, time balik beg beranak.



Day 1



Sampai kat Ho Chi Minh mencangak juga mencari travel guide, maklumlah kami sampai time orang solat Jumaat. Sementara tunggu travel guide  aku dah beli sim card vinaphone 4G speed. Beli satu ja simcard, husband guna hotspot ja, Orang kat kedai tu cakap data tu cukup untuk sepanjang percutian kami.

Kami di jemput terus dibawa ke Hotel. Hotel depan ja Malaysia Street. Lepas check in terus turun pergi Lunch sebab perut memang dah lapar gila. Lunch kat restoran bawah ja Restoran Musakarem. Yang best guna pakej ni sampai ja restoran makan dah terhidang terus bismillah ja. takde la meraban nak tengok menu nak orde bagai. Tapi sepanjang perjalanan nak ke hotel tadi tercengangan juga tengok trafik lalu lintas kenderaan, lampu hijau merah ke motosikal main jalan jer, hon kalu kat malaysia sensitip yakmat. Kat vietnam selamber je horn tu.

* Suggest check in kat Malaysia Street sebab, senang nak makan, senang nak shopping pasar Ben Thanh tu 5minit ja.




Settle Lunch , aktiviti santai ja lepas solat kami turun ke Pasar Ben Thanh saja nak tinjau-tinjau apa yang ada kat sana,maklumlah 1st time mai vietnam. Selama ni dok dengaq orang cerita ja. Wow kat pasar ben Thanh ni tawar menawar kow-kow punya siap berpeluh weyh.saja la try tawar sport shoes harga asal RM80 minta Rm40 dia tak bagi pada mulanya, aku cakap tak pe tak kasi saya jalan. Diorang tarik weyh tanye berapa nak? Aku tawar lagi RM30 hahahahh. Aku bukan nak beli sangat saja nak test . Sekalid dapat la weyh kena beli la hahahahh.



Malam Dinner, kami ke Restoran lain plak. Actually kat Malaysia Street ni Restoran Halal banyak Haji Osman, Haji Idris, Hajjah Basiroh, Musakarem so boleh pilih nak restoran mana. Lepas dinner jalan kat pasar malam tengok apa yang berkenan.

Day 2

Hari ni aktiviti ke Sungai Mekong Selepas breakfast kami memulakan perjalanan.

 Fakta: Sungai Mekong adalah antara sungai yang terpanjang di dunia dengan mengalir melalui 6 buah negara iaitu China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam.



tempoh perjalanan menaiki van  dalam 2 jam. Tu pun ada perhentian pertama tempat shopping telekung, kain pasang, tudung. sepanjang perjalanan tu dapat lihat diorang punya tanah kubur dalam bendang, ada yang buat kubur tepi rumah. Ada RNR jika nak terkuncil. Siap ada pili air so jangan risau eik. Kat airport memang kena bawa botol air jika nak membuang.

Dah sampai kat Jetty, boat dah ready tunggu family aku naik satu boat , tu yang best pergi satu keluarga. Menyusuri sungai Mekong dengan tourist guide tu cerita la macam-macam , aku lupa dah haih apa dia cerita sebab dok sebuk amik gambar anak-anak yang teruja naik bot tengok ayaq macam teh ais.

Merasai kemanisan madu lebah 

Sampai jer, kitaorang dibawa ke ruang rehat / restoran dan merasai madu lebah asli. Dia bawa sarang lebah tu, pastu diambil madu dekat situ juga, manis macam gula serius. Kebetulan masa kitaorang datang adalah musim yang sangat elok dan lebah menghasilkan madu yang manis.Kami diajar minum cara-cara minum madu yang diperah limau dan kami berpeluang merasai royal Jelly. sebeban kami angkut dek termakan marketing tourist guide tuh hahahah.

Menikmati suasana Kampung
so next destinantion kami dibawa menaiki buggie mengelilingi kawasan kampung, ni tujuan dia nak kita merasai suasana kampung. bagi saya orang kampung rasa macam kat kampung kita ja.

Melihat pembuatan Gula-gula Kelapa
Sampai kat sini , dapat lihat bagaimana kaedah pembuatan gula-gula kelapa dari mula kelapa dikupas sehingga terhasilnya gula-gula.


Shopping Beg Kulit
Taraaaa kat sini ada kedai beg kulit, brand international jangan tak percaya sebijik sebijon . Beg coach tak yah citer ni kan negara pengeluar coach so bersepah la.

Persembahan Tradisional & Minum Santai 
lepas sopping berjalan lagi, kira banyak juga kalori terbakar ni, tapi dekat jer. kami dihidangkan dengan persembahan nyanyian. nyanyian dia kat, dia akan tengok kita dari negara mana. macam kitaorang dia nyanyi lagi singkong dengan lagu apa ya lupa dah. sambil dengar diorang menyanyi tu kami dihidangkan dengan buah-buahan, buah memang giler sedap, habis kami makan.

Naik Sampan
settle kat situ,kami dibawa menyusuri anak Sg. Mekong dengan menaiki sampan. wow pengalaman yang mengujakan especailly anak-anak. satu sampan tu ada dua orang pendayung, pasenger boleh naik 4 orang ja. Masa kat sini agent kitaorang cakap bagi la sedekah kepada pendayung, sebab gaji diorang ikut trip dan tak banyak. So atas ihsan kita nak bagi berapa. Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima.



Air Kelapa Manis tahap potong kaki
Time balik atas boat kami dihidangkan dengan air kelapa super sweet weyh. aku tanye letak gula ke? tourist tu jawab no sugar added hahah. manis tahap potong kaki, anak aku yang kecik tu tak cukup sebijik.

Kami menaiki van dan berhenti solat serta lunch yang telah diuruskan oleh agent. Dan meneruskan perjalanan balik ke hotel. Fuhhh

Day 3

War Musuem, Hard Rock Cafe, Bangunan Saigon Central Post Office
& Saigon Square shopping arked.

Seperti biasa akan memulakan perjalanan selepas breakfast. Van dah siap menunggu depan hotel.

Destinasi pertama hari ke-3 adalah War musuem.

Muzium ini adalah antara muzium yg paling popular di Vietnam.  Muzium ini berjaya menarik 500,000 pengunjung setahun yang mana 2/3 adalah pelancong asing.  Di buka pada 4 Sep 1975, ia memaparkan exibit-exibit yg berkaitan dengan Perang Vietnam.Bayaran tiket dikenakan tapi tak pasti berapa dhong sebab kami guan agent.

Ada 3 tingkat yang mempamirkan gambar-gambar,senjata perang.
Dibahagian luar bangunan ada kenderaan yang digunakan untuk perang dan macam-macam lagi.

HARD ROCK CAFE
dah siap bergambar, jalan-jalan dalam musuem seterusnya ke Hard Rock Cafe Shopping t-Shirt. 

POST OFFICE CENTRAL
Dari Hard Rock kami berjalan kaki menuju ke Post office yang menjadi salah satu mercu tanda kebanggaan Vietnam. Rupa-rupanya post office ni masih berfungsi, saya ingatkan untuk pameran sahaja. so boleh post poskad kepada orang kampung hiii.

SAIGON SQUARE
Dan destinasi seterusnya kitaorang menuju ke Saigon Square,plan nak shopping. dekat Saigon Square ni kalau bawa anak berderet macam aku memang tak leh shopping sebab kedai rapat-rapat.

dan seterusnya kami singgah masjid solat dan balik hotel.

Malam jam 8 Dinner, lepas Dinner Shopping. Malam ja shopping sebab kat Malaysia Street tu harga murah apabila malam menjelma. So malam ni last shopping. Geng lelaki pergi mengopi sambil menjamu mata melihat kereta menderu derai.

DAY 4 

Fly to Malysia, bye-bye vietnam.







Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon