Skip to main content

Bukit Melawati , Kuala Selangor

Tak pernah menjejak kaki ke Bukit Melawati, selepas PKP asyik lalu-lalang orang share jalan-jalan ke area Kuala Selangor, Sekinchan.

Acah-acah banyak kali juga nak ke sini, tapi sokmo tak jadi sebab tak bersungguh keinginan.

Akhirnya, minggu lepas, bila mak turun KL hantar anak-anak, decide bawa mak dan anak-anak jalan sini terus heret sekali adik-adik. Ramai baru meriah.

masa ni baru sampai parking


Kitaorang dari KL waze jer ikut highway Latar (tol banyak betui ikut sini). Perjalanan ambil masa satu jam lebih juga.

Alhamdulillah sampai jer Bukit Melawati , parking banyak lagi kosong, lepas park terus ke kaunter tiket untuk beli tiket naik tram.

cucu-cucu jalan dengan opah nak pergi nak tram dari parking

 

Harga tiket tram:-
Dewasa RM5
Kanak-kanak RM3

Lepas ambil tiket, pergi tandas dulu, sebab katanya tandas kat atas tu kena menapak jauh sikit. Bila nampak tram dah tunggu kat depan, so satu gerabak tu penuh family kitaorang jer.

pakat naik tram


taraaaaa

Macam jakun memasing naik tram... Bila tram  stop, so pakat la turun, port best amik gambar view kat atas ni. nampak la laut dari sini...laut apa nama entah ler.

dah sampai atas
Kat sini ada jual makanan monyet  / lutong. Tak sempat nak tengok berapa rm..hahaah sebab kalud nak posing amik gambar.

Pastu dah kecoh anak dara aku tertinggal botol air tupperware achu dia  atas tram, dan tram tu dah pun bergerak...hahahhah.

Lepas dah siap posing, kitaorang berjalan mendaki sikit melawat muzium Kuala Selangor, amik tahu sikit pasal sejarah Kuala Selangor. Kemudian keluar bergambar berlatar belakang rumah api.

ni ja gambar yang ada dalam muzium


sementara tunggu orang lain pakai kasut

dia yang paling awal keluar



dah turun ke bawah sikit daripada muzium

Nak bergambar dengan meriam tu pun kalud, sebab dah nampak tram sampai..hahahaah.

Ingat turun bawah tram akan stop kat Makan Diraja, tapi non hado! hahahahah.



Maka sampai bawah bergambar lagi kat bawah...dah pukul 12++, anak-anak dah bersungut lapar. Jom lah mencari lunch.



Semua google jer trip kali ni, sebab short trip tergempar! tak sempat nak google awal.

Akhirnya jumpa Restoran Dinding gelas Besar ( time lunch hour) peak hour sampai restoran ni pandai-pandai la hahah. sampai kena p tanya kaunter macam mana nak oder? hahahahah sebab tak nampak pelayan!

Alhamdulillh kenyang, tapi makanan biashheerrr jer. Anak-anak makan nasi ayam, mak anak pilih asam pedas, sup tulang, ulam+ulaman dan ada la lauk 2-3 jenis.

Settle makan dan terus solat kat sini (ada disediakan surau).

Next Coconut farm yang viral tu, sepanjang perjalanan tu nampak bendang jer , padi bukan musim kot so nampak sawah padi yang ada air jer lah...hhaha tapi tak kesah pun sebab kita pun asal jelapang padi.






Sampai Coconut farm dalam pukul 3petang so orang tak ramai sangat, meja banyak kosong so , kitaorang pilih part yang dekat dengan buai, dan jongkang-jongkit, senang mak n anak nak main. Tempat ni rasa saya owner chinese.





Kat sini nak rehat-rehat ,santai sambil minum air kelapa dan  coconut shake oklah sambil ootd.


Makanan hat lain tu tak sedap hahahahah terutama rojak dia....langsung tak sedap (pengakuan ikhlas).


Lama juga kitaorang melepak , ambil gambar....sampai mak dah naik bosan hahahahh.






Bila tengok orang dah start ramai, so kitaorang pun gerak.

Next....hahah memang tak tau nak pergi mana...so we decide balik jer solat kat rumah then bagi anak-anak mandi kolam.

selesai satu hari punya trip tergempar.



Comments

Popular posts from this blog

Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik

Welcome  to Sugeh Hill Resort Janda Baik. Percutian singkat dan berbaloi, anak-anak happy dan enjoy sangat-sangat. Cuti yang singkat nak bercuti luar KL tetapi tak nak memandu jauh...destinasi pilihan adalah JANDA BAIK. Kali ni saya memilih Resort Dato Alif Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik. Booking via wasap 012-3278133 . Pihak Sugeh reply pada hari yang sama cuma beberapa jam selepas. But for me ok jer. Booking Step kena klik link, so saya sertakan kat sini untuk rujukan. http://www.sugehhillresort.com Lepas dah klik  Pihak Sugeh minta wasap semula nombor booking.  Dekat sini banyak jenis bilik, so korang boleh pilih ikut selera korang la kan, saya tempek sekali Layout  Banyak aktiviti yang boleh buat kat sini. Tapi ada sesetengah aktiviti berbayar dan perlu bayar Depo RM50. -Mandi Sungai FOC -Mandi Pool FOC -Picnic / Berkelah FOC -Trampolin FOC -Flying Fox (RM20 kanak-kanak) (RM30 dewasa) -Berbasikal (kena sewa rm10 ) kalau tak nak sewa sila bawa basikal sendi

Janda baik Happy Paradise

Puas memikirkan short trip yang dekat sebab tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama. akhirnya guna khidmat pak google menjumpai tempat yang boleh dikatakan sesuai untuk anak-anak ber aktiviti. Happy Paradise, sampai jer kat lokasi terus suami tanye saya, Tempat cina ke ni? hahaha Yes owner Happy Paradise ni Cina Taiwan, cakap melayu pun tunggang terbalik, cakap mat salleh pun dia tak berapa paham. Tapi jangan risau sebab staff dan tukang masak dia muslim. masuk ikut pintu gerbang Happy Paradise  Booking room Via Booking.com saya pilih Queen Room with Garden View 1 single bed and 1 double bed   MYR 250 for 1 night  nasihat saya kalau amik bilik ni better duduk kat atas, sebab kalau kat bawah, korang boleh dengar orang atas berjalan dan bercakap ** tak kedap bunyi **   Private bathroom Room size 35 m² Smoking not allowed This double room has a balcony, seating area and garden view. Room facilities:   - Balcony

LITTLE CALIPH WANGSA MAJU

Program Pra sekolah bermula seawal usia 4 tahun, tetapi ada syaratnya, anak tidak dibenarkan memakai pampers, sebab teacher bagitau kat sini sekolah bukan taska!! Kenapa dalam banyak-banyak Tadika saya pilih Little Caliph? Saya ni jenis cepat terpengaruh juga sebenarnya, terpengaruh dengan keadaan sekeliling, pergaulan sekeliling, itu antaranya lagi satu sebab ni ha: Read & solat by 4 years old, but my dotter turn to 5years old next year. Intend to send our children to kindergarten islamic while speaking in English.  ini antara asbabnya. Open day on 5/9/15, start from 10-12noon, briefing from principals, see the clasroom, fitting uniform, fill out the registration form, my dotter loved very much.  FEES STRUCTURE 2016 d ah selesai register my dotter ni hari-hari tanye bila nak dapat uniform, puas la hari-hari melayan soalan yang sama keluar dari mulut dia. Fees untuk rujukan bagi tahun 2016. Registration Fee - FOR NEW STUDENTS ONLY RM100 Mon