Skip to main content

Posts

Pak Bara Beach, Satun Thailand

Daripada Tanyong Pao perjalanan diteruskan ke Pak Bara Beach berpandukan penunjuk arah 'waze'. Sejam lebih perjalanan, agak lama juga. Perancangan asal nak bermalam di Lang Ka  Beach Resort, Parking jer kereta di Lang Ka Beach, terus di sambut oleh dua orang pekerja dan berbahasa malaysia. wah bestnya tapi yang tak best bilik family dah Full tinggal bilik standard sahaja tu pun di sebelah belakang, dan pekerja kat sini baik, siap bawa tunjuk bilik dulu untuk view.  Jadi saya buat keputusan nak jalan lagi, sebab di Lang Ka Beach Resort ni memang tepi laut tetapi tak boleh mandi laut sebab ada tembok batu, so alasan tu paling top sebab anak-anak memang hantu main pasir. Kami meneruskan perjalanan menyusuri pantai Pak Bara, banyak deretan restoran di sepanjang pantai, pendek kata bab makan tak kebuluran la kalau stay area ni. Satu perkara di Satun ni diorang mengutamakan tulisan signboard dalam bahasa thailand, so saya yang memang tak tau bahasa siam apa lagi tulisan siam...

Tanyong pao, Satun Thailand

Percutian hujung tahun 2015 destinasi pilihan saya adalah Satun, Thailand. Sebenarnya plan asal nak ke Hatyai, tetiba hari nak pergi tukar ke Satun. ni kira percutian main redah. Alasan nak ke Satun sebab seafood yang murah dan sedap & Laut yang cantik. Perjalanan dari rumah mak (Changlun ke Wang Kelian)*border ambil masa dalam sejam, Ikut wang Kelian nak ke Satun adalah yang terdekat. Kami bertolak 22 hb dalam jam 11am sebab pergi renew pasport mak dulu di Imigresen bukit kayu hitam. sampai kat sempadan, nasib orang tak ramai so tak yah beratur panjang, cuma amik masa nak isi borang jer. Korang jangan lupa nak cop pasport masuk kat imigresen Thailand sila masukkan siap-siap RM1, macam kitaorang tak selit alih2 abis cop dia minta rm10 untuk 6orang..rugi 4 hengget. Kitaorang bawa masuk kereta, ambil insurans kat pekan Changlun untuk seminggu punya cuma RM19.00 sahaja. dan pastikan bawa sekali geran kereta. kitaorang terus menuju ke pekan satun, singgah beli sim card thail...

TIGA CARA MENGEPAM SUSU BADAN

Rasa sedih setiap kali susu badan merudum? tertekan ketika mengepam susu serta kecewa apabila susu yang dipam tidak seperti yang diharapkan? ala dah 30minit pam baru 1 oz??!!!! Sebenarnya masalah yang membelenggu kebanyakkan ibu menyusu itu sesuatu yang normal kerana ibu mengharapkan dapat memberikan yang terbaik kepada si kecil tersayang shingga berusia dua tahun. Apa yang tidak normal dan salah?   Apabila si ibu berterusan sedih tanpa melakukan sebarang ikhtiar dan usaha dan menganggap diri tidak dapat menghasilkan susu badan yang mencukupi untuk anak.  Maka mengambil langkah mudah dengan memberi susu formula walaupun menyedari si kecil ini masih memerlukan susu ibu terutama bagi mendapat khasiat terbaik. Bagi ibu -ibu yang sedang hamil dan baru melahirkan bayi anda perlu tahu kaedah dan teknik mengepam susu badan dengan betul, sebenarnya memahami kaedah bukan sahaja memudahkan , malahan ia membantu menghasilkan perahan susu badan yang mencuku...

Resepi bubur asyura (utara)

 Bubur Asyura Utara Resepi bubur asyura saya ambil daripada bonda tersayang, kebiasaannya orang kampung akan gotong royong buat kat surau or masjid, tapi kat kawasan kediaman saya, tak de pulak nampak geng surau ni mengacau bubur asyura, disebabkan teringin sangat nak makan so saya putuskan nak kacau sendiri gigih sungguh walaupun kacau sambil kepit anak kecik. Bahan-Bahan ** (rendam semalaman) Beras 2 bekas bulat tau fu fa  Kacang hijau Kacang tanah Kacang Kuda Bahan-Bahan Jagung  Keledek Pisang raja Santan Gula pasir Gula Merah Cara Membuat: 1. Beras yang direndam semalaman di kisar sehingga halus 2. Kacang hijau, kacang kuda, kacang tanah di rebus sehingga empuk 3.Masukkan beras yang di kisar bersama santan kedalam kuali / periuk 4. Masukkan keledek yang telah dipotong ***** ( dah gaul semua baru pasang api) 5. Masukkan gula *(ikut kemanisan yang anda suka) 6. Kacau sehingga keledek lembut dan menjadi pekat. ...

PETUA RAMBUT GUGUR

 Masalah keguguran rambut agak ketara pada beberapa bulan pertama selepas kelahiran, kebanyakkan ibu yang baru mendapat bayi pertama akan terkejut dengan situasi ini. Sebenarnya perkara ini adalah normal jadi para ibu jangan panik, kerana ini tidak akan menyebabkan anda "BOTAK". Rambut anda insyaallah akan kembali normal ketika bayi anda berusia 1 tahun. M engapa saya  (Wanita) mengalami masalah keguguran rambut selepas bersalin? Kerana 85% hingga 95% rambut anda mengalami fasa pertumbuhan manakala 5% hingga 15% mengalami fasa rehat.  Selepas fasa rehat rambut ini akan gugur (biasanya ketika anda bershampo, sikat rambut) .  Kemudian akan diganti dengan rambut baru yang akan tumbuh. Ini Juga disebab kan perubahan HORMON. Wanita kebiasaannya akan kehilangan 100 helai rambut sehari!!! Ketika ibu mengandung, hormon estrogen akan memanjangkan fasa pertumbuhan rambut. Sedikit sahaja bilangan rambut yang berada dalam fasa rehat dan kadar keguguran ra...

Orchid Bistro

Penghujung September 2015, en. boss ajak pergi Aeon Big Wangsa Maju, dengan alasan nak beli barang dapur. Masuk jer Aeon si anak bujang dah sibuk lapar, so minta dia buat pilihan nak makan kat mana, jadinya dia pilih nak makan kat 'Orchid Bistro'. Sebenarnya ini kali pertama saya tengok restoran ni selepas Aeon Big buat renovation. Dah dapat menu, memasing rambang mata nak order makanan. (sory gambar tak berapa cantik). Bila tengok menu, saya sangat la tertarik dengan gambar 'Mamak Mee'  Makanya saya pesan Mamak Mee (ada 2 ketul chicken wings) Suami pulak pesan Nasi Black Pepper (Free Ice Lemon Tea) Anak Teruna pesan Mixed Grill (3 Selction- ada chicken, beef & lamb)  Anak Dara pula pesan Chicken Maryland *sebab dia order set ni ada jagung. Portion dia agak besar , anak-anak saya punya memang tak habes makan, jadi saranan saya kalau budak kecil sebaiknya berkongsi jer lebih jimat dan tak membazir. bab rasa, tidak terlalu sed...

PERKARA YANG HARUS DIELAK SELEPAS MAKAN

Orang  dulu-dulu kata 'Anda adalah apa yang anda makan' Ada juga yang kata 'punca penyakit adalah dari perut'. Organ dalam badan kita terutamanya perut merupakan 'Kilang Pemprosesan' makanan atau apa sahaja nutrien yang kita ambil untuk mendapatkan khasiat yang diperlukan oleh kita sebagai manusia untuk hidup. Perut dan organ dalaman ini boleh disamakan seperti jentera ataupun kilang-kilang pemprosesan. Ini bermakna, seperti mana kilang dan jentera pemprosesan itu, kadar kecekapannya untuk mem proses bergantung kepada apa yang kuat berikan kepadanya. Saya nak kongsi hasil dari pembacaan saya mengenai ' amalan selepas makan yang patut dielakkan demi untuk kebaikan kesihatan kita.' Pernah tak tanya diri anda "Apakah tabiat yang sering anda lakukan selepas makan?" Dah dapat jawapan?    Jawapan anda penting kerana apa yang anda lakukan selepas makan sebenarnya banyak mempengaruhi diet dan sistem pencernaan tu...